^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Mar 16, 2013

Tips Mengambil Hati Suami Dan Isteri


Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan
Sumber : http://www.informasi.my/tips-mengambil-hati-suami-dan-isteri/

Makanan Minuman Lemahkan Ingatan




Makanan & minuman boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa, ingatan menjadi lemah & menumpulkan minda.

Jangan makan atau minum:-

*Makanan atau minuman yang bercampur dengan semut.

*Makanan ringan atau segera kerana kadar garam & bahan perasa banyak.

*Makanan atau buah yang masam secara kerap seperti jeruk atau asam.

*Makanan laut & darat diambil dalam satu hidangan.

*Makanan yang lama terdedah & disentuh oleh tikus.

*Kepala ikan & organ dalaman haiwan seperti hati atau perut.

*Bawang besar, ketumbar kering & berempah.

*Minuman bersusu selepas makan daging atau ayam.

*Minuman bergas atau beralkohol.

Firman Allah S.W.T: “(Kalaulah ia tidak memikirkan asal & kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya).” (Surah ‘Abasa-ayat 24)

Kesan Ayat Al Quran pada Sel Darah Merah Dalam Tubuh Manusia


Kesan Ayat Al Quran pada Sel Darah Merah Dalam Tubuh Manusia

Alunan ayat al Quran terdiri dari beberapa frekuensi yang sampai ke telinga dan seterusnya menggetarkan sel otak. Ia memberi kesan kepada medan elektronik tubuh yang dikeluarkan oleh getaran frekuensi dari sel-sel tersebut. Tindakbalas langsung ini menukar getaran yang sedia ada pada tubuh jika frekuensi dari al Quran satersebut dihantar/didengar secara berulang. 

Virus dan kuman pula sangat terkesan dengan getaran suara terutama dari getaran alunan al Quran. Ia akan menjadi lemah dan berhenti. Aktiviti sel yang sihat pula akan meningkat dan menyembuhkan kembali program penyembuhan tubuh yang terganggu untuk bersedia semula bagi menentang virus dan kuman

Dibawah adalah gambar sebenar sel darah merah yang mula menukar medan elektromagnetik di sekitarnya selepas diperdengarkan alunan al Quran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...