^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label Bidaan Kenderaan WWW. Show all posts
Showing posts with label Bidaan Kenderaan WWW. Show all posts

May 30, 2012

Plat WWW 1 milik Sultan Johor dengan harga RM520 ribu,


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan
RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'.

Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.

Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod 'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100.

Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya.
Malaysiakini
Dibawah antara senarai pembida yang berjaya..

  Sumber: sini dan sini

Plat " WWW 1 " milik DYMM Sultan Johor




Senarai tender untuk No. Pendaftaran Plat kenderaan WWW yang dikeluarkan JPJ hari ini mengesahkan siapa pemilik siri No bertuah itu, didahului oleh DYMM Sultan Johor yang berjaya membida WWW 1 dengan harga RM520 ribu yang merupakan satu rekod baru dalam sejarah harga no. pendafatran kenderaan di Malaysia.

JPJ juga mengesahkan penjualan siri plat No. WWW mencatat sejarah sebagai penjualan yang paling tinggi dalam sejarah Jabatan berkenaan.


WWW 1 - RM 520.000.00

- D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

WWW 2 - RM 165,000,00

- Jubilee Harmoni Sdn. Bhd.

WWW 3 - RM 360,000,00

- One Power International Sdn, Bhd.
WWW 4 - RM 55, 000, 00

- Datuk Zarim Abd Aziz
- Pengarah CIDB

WWW 5 - RM 220, 000, 00

- SPB YANG DIPERTUAN AGONG

WWW 6 - RM 135, 000, 00

- H Land Development Sdn, Bhd.

WWW 7 - RM 117, 810, 00

- TAI JA VUN

WWW 9 - RM 350, 000, 00

- ASPEN SUNRISE Sdn. Bhd.

WWW 10 - RM 74, 800, 00

- DATO' NG CHEN OON


Plat MCA 1 sebelum ini menjadi rebutan.. dijual RM 320 ribu..!!


Plat Pahang CCC turun mendapat perhatian sebelum ini...


WKL 1 - Turun menjadi isu hangat satu ketika dahulu..


Jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouriadalah pemilik no plat termahal
didunia setakat ini RM 43.5 Juta hanya untuk no plat "1"..




May 24, 2012

Harian Metro : WWW 1 terima bidaan tertinggi dengan nilai RM520,000

woww.. harga utk no plate sahaja mencecah RM500K..sebelum muncul WWW nie, harga paling tinggi MCA 1 RM300K.  

Lagipun pembida utk WWW pun mencecah 18, 243 orang. Memang mendapat sambutan yang sagt mengalakkan dari orang ramai. Maklumlah sekali je no WWW nie muncul.

KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siri WWW juga mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.


Katanya bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.

"Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



May 17, 2012

WWW dijangka paling mahal

PUTRAJAYA: “Bidaan nombor kenderaan ‘WWW’ yang bermaksud ‘World Wide Web’ dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.

Menurutnya, setakat ini, harga nombor pendaftaran paling tinggi ialah ‘MCA 1’ yang dijual dengan harga RM300,100.

“Mereka yang berminat boleh membuat bidaan. Daripada maklum balas diterima, WWW akan mencapai harga jualan paling tinggi,” katanya, semalam.

Katanya, tempahan akan dibuka 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan. — Bernama


Sambutan hangat nombor pendaftaran 'WWW', 18,243 bidaan diterima

PUTRAJAYA: Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada pukul 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini.

Beliau berkata pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.


"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Para pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham.

"Keputusan (bidaan) dijangka diumumkan pada 24 Mei nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan 2011-2015 di sini hari ini.


Bidaan bagi nombor pendaftaran siri itu yang dibuka pada 30 April lalu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 12,805 bidaan diterima di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (2,362), JPJ Maju Juntion (926) dan Pos (2,150).

Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.

Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...