^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label Kekejaman. Show all posts
Showing posts with label Kekejaman. Show all posts

Jun 5, 2012

Pelajar makan jantung, otak teman sebilik

Pasti anda terkejut kan? ada zombie ker dalam dunia ni erk...kejam betul sampai ada makan otak dengan jantung.

Kejadian pembunuhan kejam dan kanibalisme ini berlaku di Washington semakin berleluasa di Amerika Syarikat.

Saya dapat tahu berita ini dari Sinar Harian, berita tersebut mengatakan seorang penuntut Universiti Morgan, mengaku telah membunuh rakan sebiliknya dan memakan otak serta jantung mangsa.

Alexander Kinyua, 21, dituduh melakukan pembunuhan kelas pertama ke atas Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie itu tanpa motif jelas oleh mahkamah pada Rabu lalu.

Dalam perkembangan terbaru, polis antarabangsa (Interpol) kini turut memburu bintang pornografi warga Kanada selepas disyaki merakamkan perbuatan kejam membunuh dan mengerat mayat rakannya.

Minggu lalu, seorang pemuda di Miami ditembak mati oleh pihak berkuasa selepas dia dilihat menggigit muka seorang lelaki yang hidup gelandangan secara tiba-tiba.


kredit - norizwanruslan.com


Alexander Kinyua, kiri, disyaki membunuh dan kemudian makan jantung dan otak Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie credit gambar theblogismine.com  



May 9, 2012

Rakaman Penyeksaan Warga Tua





LIMBANG: Siasatan polis berhubung kes seorang warga emas terlantar sakit yang didera isteri dan anak lelakinya di Kampung Tanggung Unggar, di sini, membawa kepada penemuan mengejutkan apabila dua beranak itu didapati turut merakam perbuatan zalim mereka menggunakan kamera telefon bimbit.




Tindakan wanita dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu terbongkar selepas polis menemui tiga rakaman video memaparkan perbuatan keji mereka dalam komputer riba 1Malaysia milik pelajar berkenaan di rumah mereka, semalam.

Lebih mengejutkan, rakaman video itu memaparkan wanita berkenaan yang berusia 50 tahun memukul suaminya dengan rotan manakala anak lelakinya ‘tumpang sekaki’ mendera bapanya, termasuk menarik alat sulit lelaki berusia 64 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, jiran keluarga terbabit menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Khamis lalu, melaporkan perbuatan kejam dua beranak itu.

“Keesokannya, pegawai JKM bersama polis pergi ke rumah mereka yang mengambil masa sejam perjalanan dengan bot dari sini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber -  Harian Metro
bazookapenaka.com


VIDEO: Apabila Kanak-kanak Didera…ZALIM!




Tiada kata yang mampu dilafazkan apabila kanak-kanak ini diperlakukan dengan kejam oleh si pelakunya.

Sebagai manusia yang bertamadun, apa yang berlaku dalam video ini harus dipandang berat oleh kita semua terutama pihak berkuasa.
Kanak-kanak ini telah dipukul dengan bantal, ditendang, dicubit tanpa ada langsung belas kasihan dan simpati daripada insan yang bernama manusia, tetapi berhati iblis!

Menjerit-jerit kanak-kanak ini menahan kesakitan akibat daripada perbuatan tersebut.
Tiada kata yang mampu dilafazkan apabila kanak-kanak ini diperlakukan dengan kejam oleh si pelakunya.

Sebagai manusia yang bertamadun, apa yang berlaku dalam video ini harus dipandang berat oleh kita semua terutama pihak berkuasa.

Kanak-kanak ini telah dipukul dengan bantal, ditendang, dicubit tanpa ada langsung belas kasihan dan simpati daripada insan yang bernama manusia, tetapi berhati iblis!
Menjerit-jerit kanak-kanak ini menahan kesakitan akibat daripada perbuatan tersebut.

Untuk makluman dari pihak PDRM, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

KLIK SINI UNTUK VIDEO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...