^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Jan 31, 2012

25 Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya


Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
1 - dunia ibarat laut yang dalam
Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”
2 - terima nasihat
Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”
3 - tawadduk
Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”
4 - baja bagi tanaman
Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
5 - hutang
Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”
6 - putus asa dari rahmat Allah
Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
7 - pendusta akan hilang kpercayaan
Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”
8 - jiran tetangga yang jahat
Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
9 - orang bodoh sebagai utusan
Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
10 - dusta dan daging burung
Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
11 - pilih majlis
Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”
12 - jangan makan sampai kenyang
Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
13 - pahit dan manis
Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
14 - makan bersama orang yang bertakwa 
Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
15 - ilmu untuk diamalkan
Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
16 - mencari kawan sejati
Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
17 - bertutur dengan baik dan sopan serta bermanis muka
Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
18 - pilih teman yang berharap
Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
19 - jangan riya' dan mengharapkan sanjungan
Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
20 - jangan condong kepada dunia
Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
21 - berdiam diri lebih baik dari berkata yang kotor
Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”
22 - berjalan tanpa tujuan dan mensia-siakan harta
Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
23 - disayangi dan tiada penyesalan
Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
24 - bergaul rapat dengan orang yang alim dan berilmu
Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
25 - ala kadar dan jangan hipokrit

Jan 30, 2012

2nd Anniversary



Pejam celik dah pun 2 tahun usia perkahwinan kami.. saya nk imbau masa awal2 kahwin lak..


nie gambar masa akad nikah 30 Jan 2010

Nie lak time umah belah laki - 31 Jan 2012

 Time jalan2 kat Langkawi.. 
Best gak kalau dapat gi sana lagi..huhu





Benarkah Petai itu Raja segala Ulam?

petai  Gambar Ehsan dr Zihan

Haa.. oleh kerana kelmarin baru sahaja memakan petai ni.. tiba-tiba hari ini saja la nak berkongsi maklumat tentang khasiat petai yang mungkin ada diantara kita yang mungkin tidak mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya..

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Petai atau nama saintifiknya Parkia spp tergolong dalam famili Leguminasae. Petai banyak ataupun senang didapati dikawasan Tropika. Pokok petai yang biasa didapati di negara kita ada empat jenis.


petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. Biasanya petai dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat sambal. Petai umumnya menyumbang kearah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin, galian dan unsur-unsur lain. Di bawah disenaraikan kandungan dalam 100 gram petai:


Kandungan khasiat dalam buah petai berbeza mengikut umur dan tahap kesegaran bijinya. Petai yang kecut dan yang tidak bulat bijinya mempunyai kandungan khasiat yang rendah.
Diantara khasiat petai yang telah berjaya dibuktikan dengan pelbagai kajian adalah :-


Strok
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

Kegemukan
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

Depresi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Tekanan Darah
Kandungan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula rendah! Ya.. Itulah Petai yang dikatakan Raja Segala Ulam. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menyenaraikan Petai sebagai salah satu tumbuhan yang patut diamalkan untuk mengurangkan risiko tekanan darah.

Tenaga Minda
Kajian yang dilakukan di Sekolah Twikenham Middlesex dengan seramai 200 orang pelajar hanya diberi makan petai untuk sarapan, makan tengahari dan masa rehat telah membuktikan petai yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi boleh membantu pelajaran dengan membuatkan pelajar lebih segar dan menguatkan tenaga minda seseorang pelajar.
Dalam perubatan atau penyembuhan pula Petai adalah tumbuhan yang dikatakan dapat menghindar serta menyembuhkan beberapa masalah kesihatan antaranya :-

Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.
Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Wahhhh.. banyak sungguh khasiat dan kelebihan petai ni kan.. petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.
Nampaknya kata bidalan Omputih tentang buah epal ni :
An apple a day keeps the doctor away
Boleh kita tukarkan kepada :
A plank of petai a day keeps the doctor away
Hahaha.. layannnn…..

Read more: http://www.zilhan.com/





Jan 29, 2012

Nabi Muhammad s.a.w. - Part 3

Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan.

Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama.

Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah

 Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

Meneladani perbuatan Rasulullah

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya.

Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ

"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا

"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan.

Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
 Sumber : Wikipedia

Nabi Muhammad s.a.w. - Part 2

Kerasulan

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:




"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
 
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas.

Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Marhalah dakwah Rasulullah

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
  • Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
  • Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
  • Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

Thalabun Nusrah


Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
  • Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
  • Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

 Sumber : Wikipedia

Nabi Muhammad s.a.w. - Part 1

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran

Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib.

Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Masa remaja

Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka.

Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di
  
Berumah Tangga
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda.

Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.

Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

Sumber :  Wikipedia

MAULIDUR RASUL




Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber : Wikipedia 





Syuhada- Nak masuk setahun dah..

Semalam keluar jalan2, tiba2 teringat nk kena gi klinik ambil injection untuk setahun nya..
Iya, 2 Feb nie dah planning untuk balik kampung.  Kebetulan lak ahad nie public Maulidur Rasul, dan selasa Thaipusam lak. Memang cantik sesangat utk cuti, rehat kan minda yang tak berapa betol nie. Kan terlambat lak untuk inject, so ambik awal senang sket.

Timbang syuhada semalam, berat 8 kg jer, last inject masa berumur 6bulan, berat 6.7 Kg
Sepanjang 6 bulan tu, naik 1.3 kg je, tapi kira ok la lagi kan.
Ada gak peningkatan. Membesar dengan susu ibu plus makan & minum jus + madu..

Kejap je masa berlalu, nak masuk setahun my little princess nie - Syuhada.


Nie gamabar masa berumur sehari, 3Feb2011, dalam pukul 1000. 
Jauh beza nya dengan rupa sekarang nie.. sebiji muka Baba.. tapi tak per, orang kata sejuk sket kalau anak perempuan sama muka ayah kan. Harap2 gitu la.


Nie masa pegi jalan2 kt Tasik Shah Alam dengan Auntie n

Semalam badan syuhada panas sket, macam nak deman sket. Mungkin effect dari kena injection petang semalam la kot. Memang merengek la sket, menyusu je sepanjang nak tido tu..bila dah ok sket, mmg lena je tido.


Jan 28, 2012

Malang nya Nasib Hari..

Gambar hiasan dr Mr Google

Aku nie bukan jenis workaholic sesangat tapi terpaksa kerja pada hari sabtu nie sehingga sekarang pukul 2326.. aduh penat nya la..sakit kepala, sume penyakit dah menyinggah nie

Alahai, sian nya kat anakku, Hada terpaksa stay dengan pengasuh sampai lewat malam gini..
Maafkan Mommy sayang, terpaksa kerja..@ dengan kata lain kena standby kat ofis je untuk key in data in port system., So, senang nak communicate dengan colleague lain. . Apa punya operation clerk, cabut lari tapi kalau kerja hari ahad nak la.. Benci botol..tapi sabar je la.. KERJA


Malangnya la, nasib la jadi kuli orang.
Time2 gini la terpikir kalau kerja sendiri kan best..dapat duk kampung lak..takda la kena merantau jauh ke negeri orang..huhuhu ( sebenarnya takda jauh sangat kelantan dengan selangor tapi tetap dipanggil perantau. Orang duk Oversea sana lagi jauh)..

Testimoni cocoa collagen

Anda Nak Tahu Rahsia Vitamin B Compleks ? 

FAQ - Antara soalan-soalan yg biasa ditanya oleh pembeli.

Jan 27, 2012

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


lm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya.
Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
“Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu”

Lelaki Menangis Bila…


1. Putus Hubungan Dengan Kekasih
Hasil kajian mendapati lelaki terlalu menyayangi kekasih hatinya pasti menangis bila hubungan terputus.Biasanya lelaki tidak boleh menerima hakikat hubungan cinta berakhir di tengah jalan, dan tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Mereka akan menangis di belakang gara-gara malu.
2. Bila Jatuh Sakit
Ada sesetengah lelaki akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suami akibat penyakit yang dihidapi.
3. Kehilangan Pasangan
Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia. Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat, luka ini lama untuk disembuhkan.
4. Tertekan
Tidak kira bebanan pekerjaan, masalah peribadi dan sebagainya, akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan mudah dengan mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan, namun ia bukan penyelesaian yang baik.



5. Bertengkar dengan Pasangan
Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga. Lebih memburukkan keadaan apabila si isteri meminta cerai atas perbalahan yang berlaku.
6. Melihat anak-anak sakit
Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan apabila melihat anak-anak mengalami penyakit yang kronik dan tidak dapat disembuhkan lagi.

Cepatnya Masa Berlalu



Pejam celik dah masuk setahun anak daraku sorang nie.. Tinggal berapa hari je lagi nak celebrate besday pada 3Feb2012. Selama setahun ni juga syuhada membesar dengan SusuIbu walaupun dah campur la sket masa umur 3 bulan dulu.. tak da kesedaran civik masa itu.. Anak sulung la katakan, takda pengalaman pasal breastfeeding..moga dapat teruskan penyusuan sehingga 2 to 3 tahun.
Al maklum je la susu sekarang nie agak mahal dipasaran.. Insyaallah Susu Ibu adalah yang terbaik.

Detail My Princess - Syuhada

Nama Penuh - Mazarina Amsyuhada Bt Amran ( Nama Ayah pendek je, nama anak panjang lebar)
D.O.B  - 03 February 2011; 0830
Tempat Lahir - Pusat Bersalin Az-zahra, Kuantan ( Tak Sempat nk balik Kelantan..sangkut kt umah akak kat kuantan..hahahha.. tarikh due 14 February 2011) Syuhada tak sabar2 nk mellihat dunia nie

Jom dapatkan info psl Breastfeeding kt SINI


4 Set Penyusuan yang sangat POPULAR !

Susu mula menitik sambil menunggu anak angkatnya lahir.

Jimat dan Sihat Kerana Susu Ibu

Zat besi, susuibu dan berat anak yang ideal.

Jalan2 kat BLOG ATHIRA HUSNA


Blogwalking pagi2 sabtu nie..tiba2 jumpa lak blog Warna Pinky milik Athirah Husna.
Ada contect psl blog feed secara percuma lak tu..Tak perlu bayar pun..totally FREE..huhuh








Nie Banner Ms Pink VS Ahtira Husna..
Pakat2 klik & singgah kat Blog Athira Husna ye
Tuan tanah mmg peminat setia PINKY..
Boleh dikata Semua PINK la.. corak2 bunga pun pink
Banner & blog sama corak je.. PINK
Apa yang penting kita hepi dalam apa jua yang kita lakukan


Ada 3 perkaa penting bg sesaper yang Join Feed Blog Athira Husna
  1. Review serba sedikita psl Blog Pink nie..
  2. Kena letak Link Blog http://tirana91.blogspot.com/  
  3. Lastly..link FB page blog Athira Husna Blogspot

renung2kan & slamat beramal

Petua Hilangkan Panau

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Iaitu kulat dari jenis genus Malassezia. Sekiranya kulit anda berpanau, tentu akan berasa gatal-gatal semasa berpeluh. Lepas tu ianya agak berdebu bila digaru. Mesti tak selesa, kan?

Hah, kat bawah ni ada satu contoh kulit yang berpanau. Saya amik dari web Wikipedia.

gambar sejenis penyakit kulit iaitu panau



Justeru itu, bagi anda yang ingin sangat menghilangkan panau di badan ni, cubalah satu petua berikut;


1. Dapatkan 2 helai daun gelenggang dan basuhlah supaya ia bersih.

Ini rupa bentuk daun gelenggang yang saya jumpa di Flickr.com milik syzygy_in.

inilah rupanya daun gelenggang


2. Kemudian, anda letakkan daun gelenggang tu kat tapak tangan. Putar-putarkan daun tersebut sampai lumat.

3. Bila dah lumat, sapukanlah pada kawasan kulit anda yang ada panau tu.

4. Buatlah petua ni 2 kali sehari sehingga panau tersebut hilang.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Set A untuk kesihatan Optimum lelaki dan perempuan

Kekayaan vs kesihatan... Ubat vs vitamin

Tips untuk elak anak senang sakit dan demam.

Jan 26, 2012

3 Kegunaan Air Kelapa Dalam Hidup Anda



Pokok kelapa telah diciptakan oleh-Nya dengan pelbagai kegunaan. Setiap inci daripadanya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara kegunaan biasa ialah digunakan bahan masakan, minuman, mainan kanak-kanak suatu masa dulu, perubatan tradisional dan ada juga yang menjadikan buah kelapa sebagai bantal.


Jadi, di sini saya akan kongsikan 3 kegunaan air kelapa untuk anda iaitu;


1. Mengubati demam campak


Sama ada demam campak ataupun demam yang berlanjutan, anda boleh minum air kelapa muda untuk menurunkan panas badan dan menyembuhkan demam campak.


Caranya;

- Ambil sebiji kelapa muda dan belah untuk mendapatkan airnya.

gambar kelapa muda
Gambar hiasan - AllProduct.com


- Tuangkan air kelapa muda tu dalam ke dalam cawan. Kira-kira dalam setengah cawan pun dah cukup.

- Amalkan meminumnya sehinggalah demam anda tu sembuh.


Namun begitu, anda juga boleh meminum air kelapa muda begitu saje. Tak payah tuang ke dalam cawan. Sesetengah pendapat mengatakan yang cara ni lebih berkesan.

Cuma cara yang pertama tadi tu mungkin sesuai ditujukan untuk kanak-kanak. Sebab kadang-kadang ada di antara mereka yang taknak minum air secara terus dalam buah kelapa tu. Sebagai alternatif, anda tuangkanlah ke dalam cawan. :)



2. Penawar racun


Sekiranya anda atau sesiapa saja yang terminum racun, segera berikan mangsa minum air kelapa muda sebanyak mungkin. Tujuannya supaya keadaan mangsa tidak melarat.

Kemudian, anda bawalah mangsa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.



3. Menambahkan keenakan masakan anda


Satu lagi kegunaan air kelapa ialah sebagai bahan untuk mengenakan masakan anda. Tapi kali ini ialah air kelapa tua.

gambar kelapa tua
Gambar hiasan - Wikimedia


Selalunya, kalau anda beli kelapa kat kedai rucit, mesti pekedai tu belah dan terus buang air kelapa macam tu aje, kan?

Tapi, sebenarnya air kelapa tua ni pun ada kegunaannya tau. Ya, ianya dikatakan mampu menambahkan kelazatan masakan anda.


Caranya begini;


Setiap kali anda memerah kelapa parut tu, perahlah ia dengan menggunakan air kelapa. Khasiatnya ialah masakan anda bukan saja lebih enak malah akan tahan lama. Atau dalam bahasa lain, ia dapat mengelakkan masakan anda daripada cepat basi. :)

Sumber : http://petuasejagat.blogspot.com/

Penawar masalah pencernaan

Kalsium @ Ostematrix Shaklee melegakan sakit pinggang

Pulihkan tekanan darah dengan Vitalea dan dapatkan tidur yang nyenyak dengan Ostematrix

4 Khasiat Jus Belimbing Besi

Penyakit darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang saling berkait rapat. Begitu juga dengan sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Biasanya, jika anda mengalami penyakit kencing manis, risiko untuk dihidapi 3 penyakit yang dinyatakan tadi amat tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda tak kawal paras gula dalam darah.

Manakala sakit tekak pula merupakan gejala biasa yang dialami oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bila dah sakit tekak, biasanya ia akan disusuli pula dengan batuk dan bersin.

Bagi masalah kencing tak lawas, ia terjadi akibat berlakunya jangkitan pada saluran kencing. anda Kesannya, anda yang menghidapnya mungkin;

  • Sukar untuk menahan kencing,
  • Tak dapat kepuasan yang sepatutnya semasa kencing,
  • Terasa pedih dan panas sewaktu kencing,
  • Kekadang akan mengalami kencing berdarah
  • Mengalami demam dan
  • Sakit pada bahagian ari-ari.

Uihh... begitulah serba ringkas info tentang penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit tekak dan kencing tak lawas.

Namun begitu, anda masih berpeluang untuk merawatnya sebelum terlambat. Setiap penyakit tentu ada ubatnya. Salah satunya adalah dengan mengamalkan petua tradisional. Iaitu dengan meminum jus belimbing besi sebanyak 2 atau 3 kali sehari. :)

Jus Belimbing Besi
Jus Belimbing Besi - amountainofcrushedice.wordpress.com



Langkah-langkah penyediaan jus belimbing besi:


1. Ambil 3 biji buah belimbing besi dan basuh sampai bersih.

Buah Belimbing Besi
Buah Belimbing Besi - Wikipedia


2. Anda kisar kesemua belimbing besi tadi.

3. Setelah itu, anda minumlah jusnya. Anda boleh bahagikannya dengan membuat 2 atau 3 kali minum.


Itu saja. Haha... rasanya ini mungkin antara ubat darah tinggi, kencing manis, sakit tekak dan kencing tak lawas yang paling sedap kot. :D

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Shaklee Diet Program
Tak kenal maka tak cinta? 
Perkara yang perlu tahu tentang Alfalfa dan Lecithin?   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...