Salams, for sharing..... Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... . " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. .. Insya Allah Allahu Akbar ! Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini . Ke rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka. ..Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu... Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya... Subhanallah! Alhamdulillah. Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu dan Insya-Allah kehidupanmu akan bertambah baik Dan buktinya dalam 12 jam kamu harus Percaya akan keajaiban bulan ini. AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 12 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN BERITA BAIK ESOK. |
Oct 22, 2011
MEMBUKA PINTU REZEKI
Oct 21, 2011
Cara Jawab Telefon Yang Betul 【ツ】
By: Lamanku.com
Nak topup murah..daftar pun murah2 je RM5 utk seumur hidup.. klu nk topup murah..MEH SINGGAH SINI ----->>> Topup MURAH
Oct 18, 2011
13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Gambar: amrufm
Sumber : ZON CINTA
Kenapa Energizing Soy Protein Shaklee hot selling?
Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.
(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Kesilapan pertama : Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
1. Saidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
1. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128)
2. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
3. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
1. menakutkan anak-anak dengan sekolah
2. menakutkan dengan tempat gelap
3. menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
4. menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
1. tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
2. terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
1. mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
2. membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda(intelektual).
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, ia itu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.
Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak Sebagai ibu bapak kitalah yang akan disoal diakhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
sumber dr informasi.com
Vitamin utk Ibu Mengandung
Oct 11, 2011
Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung
Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.
Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
-Artikel iluvislam.com
Oct 10, 2011
Rahsia Batu Permata..!!
Posted by info kedah
Pada suatu hari, seorang wanita telah menjumpai sebiji permata yang sangat berharga di dalam sungai. Keesokan harinya, dia bertemu dengan seorang musafir yang sedang kelaparan. Lalu wanita itu pun membuka begnya untuk berkongsi makanan.
Musafir itu terlihat batu permata tadi dan lantas berkata,"Alangkah beruntungnya saya jika memiliki permata seperti itu." Wanita itu terdiam sejenak dan dengan perlahan menghulurkan permata itu sambil berkata,"Ambillah permata ini, semoga Allah mencukupkan keperluan tuan!" Dengan kehairanan musafir itu melihat permata itu di atas telapak tangannya. Wanita itupun berlalu pergi meninggalkan musafir yang masih terpinga-pinga..
Tidak lama kemudian si musafir bertemu kembali dengan wanita itu. Dia memulangkan batu permata tersebut sambil berkata," Batu permata ini dapat menampung keperluan saya seumur hidup. Namun saya berharap sesuatu yang lebih berharga dari batu ini. Khabarkanlah kepada saya ilmu dan amalan yang memudahkan kamu memberikan batu permata kepada saya ini tanpa keraguan"
11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
sumber : Chainz of Frenz yahoogroup
Oct 6, 2011
Maksud Tersirat Hadiah Daripada Pasangan
Gambar Ehsan D& Sumber : http://zoncinta.com/
- JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
- CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.
- GELANG - Tanda mesra.
- RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.
- SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.
- KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.
- PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
- PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
- MINYAK WANGI - Tanda cinta.
- BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
- BUKU – Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
- BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang.
- COKLAT - Semanis cintamu.
- LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan
- SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
- HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup).
- MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!
Atong dan Pak Mat Kastam
Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.
"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.
Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.
Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.
"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"
"Basikal", jawab Atong ringkas.
"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.
Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.
Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.
"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"
"Basikal", jawab Atong ringkas.
Agen topup diperlukan. Yuran utk seumur hiduo hanya RM20 (Biasa RM50, Jimat RM30).. PERCUMA TOPUP RM5 utk 10 orang terawal.. Keuntungan sehingga : - Celcom (4.50%), Maxis (3.20%), DiGi (2.10%).. TERHAD!!
http://mcna-topupbisness.blogspot.com/
Oct 3, 2011
Nangka Beracun
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN...
'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN...
Sesungguhnya wanita terlalu istimewa
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusiaBukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Oct 2, 2011
Petua Orang Lama Vs Moden
Kulit Lebih Licin
Untuk mendapatkan kulit muka yang tegang dan licin, ambil putih telur yang sejuk.
Sapukan dimuka seperti masker selamat 30 minit
Kemudian bilas seperti biasa. Hasilnya wajah anda lebih cantik bila dekenakan solekan
Pegaga Hilangkan Parut
Sumber : Mingguan Wanita - Feb 2011
Bagi menghilangkan parut di muka, ambil daun pegaga dan campurkan dengan sedikit beras.
Tumbuk sehingga lumat dan lumurkan disekitar parut tersebut.
Amalkan setiap malam sebelum tidur. Insyaallah parut akan berkurangan
Nak cara cepat??
Wajah beseri2 dengan pengamalan vitamin yang sesuai
Lebih cepat kesan nya KLIK SINI
Sihat Berseri Dengan Shaklee Meal Shakes!
Boleh Cantik ke dengan Vitamin Shaklee?
Cantikkan diri sebelum usia 40 tahun.
Oct 1, 2011
Kulit Cantik Dengan Khasiat Kelapa
Sejak dahulu kita telah ketahui bahawa santan mempunyai pelbagai kebaikan dalam makanan mahupun dalam kecantikan. Selain untuk kulit cantik, Santan turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang cantik dan rambut lebat bersinar
Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu juga berfungsi dalam mengekalkan daya ketahanan badan dan melindungi kulit.
Pernahkah anda mendengar mengenai lulur santan? Tahukah anda bahawa lulur santan dapat menjadikan kulit cantik dan gebu.. ini lah kebaikan dan khasiat pada lulursantan yang akan di paparkan di sini..
Lulur santan adalah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang kulit menjadi lebih anjal dan membantu mengekalkan kelambapan kulit untuk kulit
cantik berseri. Di samping itu, lulur santan juga bolehmegurangkanb kesan kegelapan kulit apabila berjemur.
Asid laurik yang terdapat dalam lulur santan turut berupaya meransang pembentukan kolagen dalam sel kulit dan juga melindungi kulit daripada kuman. Kulit akan cerah secara semula jadi tanpa pengelupasan melalui penyingkiran sel kulit mati dan kotosan yang melekat pada badan. Inilah fungsi lulur santan.
Kaedah LulurSantan
credit to KELAB DIET
Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu juga berfungsi dalam mengekalkan daya ketahanan badan dan melindungi kulit.
Pernahkah anda mendengar mengenai lulur santan? Tahukah anda bahawa lulur santan dapat menjadikan kulit cantik dan gebu.. ini lah kebaikan dan khasiat pada lulursantan yang akan di paparkan di sini..
Lulur santan adalah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang kulit menjadi lebih anjal dan membantu mengekalkan kelambapan kulit untuk kulit
cantik berseri. Di samping itu, lulur santan juga bolehmegurangkanb kesan kegelapan kulit apabila berjemur.
Asid laurik yang terdapat dalam lulur santan turut berupaya meransang pembentukan kolagen dalam sel kulit dan juga melindungi kulit daripada kuman. Kulit akan cerah secara semula jadi tanpa pengelupasan melalui penyingkiran sel kulit mati dan kotosan yang melekat pada badan. Inilah fungsi lulur santan.
Kaedah LulurSantan
- Sebelum melakukan rawatan lulur santan, kulit akan di analisis untuk memastikan rawatan yang sesuai.
- Lulur santan akan di oleskan padan badan dari atas bahu hingga ke tapak kaki.
- Badan akan di bilas dengan air suam.
- Kemudian serbuk susu akan di sapu pada keseluruhan badan
- Setelah itu urutan daripada kaki hingga ke kepala.
- Berendam di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
- Selalunya anda akan di berikan dengan teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.
- menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
- Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
- Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
- Mengurangkan tekanan & keletihan.
- Mengekalkan tenaga.
- Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
- Memperbaiki tekstur kulit.
- Mengurangkan dehidrasi
credit to KELAB DIET
Bersyukur Adalah Ciri Orang Hebat
"We must thank God," kata Mr. X.
"We came the long way and the right way," ulas Mr. X.
Mr. X merujuk kepada keadaan kita di Malaysia.
"Others...they came the long way but the came the wrong way."
Malaysia adalah negara yang semakin hari semakin nyata semangat perkaumannya.
Hal ini bukanlah suatu yang menjengkelkan, tidak juga sesuatu yang mengejutkan kerana sememangnya dunia hari ini dicorakkan oleh Nasionalisme.
Semangat kebangsaan yang retorik semata-mata.
Tapi Malaysia masih sebuah negara yang aman. Alhamdulillah. Kita masih terkawal.
Masih ada di luar sana negara yang masyarakatnya seakan-akan kurang bertamadun lagi.
Akhlak yang tidak sedap mata memandang.
Demikian maksud Mr. X. Apa yang diucap oleh Mr. X itu benar.
In fact, we must always thank God. Syukur is the key to success.
Orang yang tidak bersyukur adalah orang yang lupa diri.
"Dan orang hebat di dunia ini, semuanya bersyukur!" Mr. X menutup bicara pagi itu.
Artikel dr iluvislam.com
Saat Yang Paling Bahagia
Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? "
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."
Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"
Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.."
Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)
"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia
percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya
Artikel iluvislam.com
Subscribe to:
Posts (Atom)