^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Aug 7, 2012

5 kuih popular Terengganu di masa bulan Ramadan




Bulan Ramadhan selalu di alu-alukan bagi umat Islam. Bukan sahaja ia adalah masa untuk menunaikan ibadat puasa tetapi memberi kesempatan untuk meraih sedikit wang lebih di pasar-pasar Ramadhan bagi mereka yang pandai memasak.

Inilah masanya untuk menikmati pelbagai kuih-muih yang tidak mudah didapati pada bulan-bulan lain. Pantai timur tidak dikecualikan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kuih-muih tradisi sudah mula hilang kerana terlalu remeh untuk membuatnya. Kami menyajikan 5 jenis kuih Terengganu digemari ramai yang boleh dijumpai pada bulan Ramadhan.

No. 1- Akok, manis dan lemak, sesuap, maka kirim salamlah pada diet anda. Nasib baik orang-orang pantai timur ni makan lauk singgang yang dikatakan boleh merampingkan badan. Jadi dapatlah mengimbangkan kelemakkan kuih Akok. Akok yang terbaik dibancuh daripada santan perah, telur merah, tepung, gula nipa dan pati pandan. Ini dipukul menjadi bancuhan hijau muda dan kemudian dibakar di atas bara api daripada sabut kelapa. Mesti makan panas-panas!

3 Fakta Mengenai Orang Yang Menggunakan Tangan Kiri vs Tangan Kanan (Mesti Baca)







Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atautangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.
http://i.imgur.com/bV2sP.jpgStatistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.
Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.
Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan..

9 Mimpi Nabi Allah




9 mimpi rasulullah
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

7 Sunnah Rasullalah SAW yang terbaik….


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .


12 Fakta Menarik Tentang Sukan Olympic


Bendera Rasmi Olympic
Dicipta oleh Pierre de Coubertin pada tahun 1914, bendera Olympic mengandungi 5 saling cincin di atas latar belakang putih. Lima cincin melambangkan lima benua penting dan saling melambangkan persahabatan yang akan diperolehi daripada pertandingan antarabangsa ini. Cincin, dari kiri ke kanan, biru, kuning, hitam, hijau, dan merah. Warna-warna yang telah dipilih kerana sekurang-kurangnya salah satu darinya muncul pada bendera setiap negara di dunia. Bendera Olympic telah dikibarkan buat pertama kalinya semasa Sukan Olympic pada tahun 1920.
Moto Olympic
Pada tahun 1921, Pierre de Coubertin, pengasas Sukan Olympic moden, meminjam frasa Latin dari kawannya, Father Henri Didon, untuk motto Olympic: Citius, Altius, Fortius (“lebih cepat, lebih tinggi, lebih kukuh”).
Ikrar Olimpik
Pierre de Coubertin menulis ikrar bagi atlet untuk membacanya pada setiap Sukan Olympic. Sewaktu upacara pembukaan, seorang atlet membaca sumpah bagi pihak semua atlet. Ikrar Olympic menyatakan,
“Dengan nama semua pesaing, saya berjanji bahawa kita akan mengambil bahagian dalam Sukan Olympic, menghormati dan mematuhi peraturan yang mengawal mereka, dalam semangat kesukanan sebenar, untuk kemuliaan sukan dan penghormatan pasukan kami. ”

Aug 4, 2012

Amalan Sunnah Yang Tidak Diketahui




Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.


Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam”

Aug 3, 2012

Sheikh Muszaphar Ajar Bella Berenang


Angkasawan negara pertama, Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr. Harlina telah mengajar puteri sulung mereka, Sophea Isabella atau Bella untuk berenang walaupun anak kecil mereka itu belum lagi menjangkau usia setahun.
Umum mengetahui, Harlina telah melahirkan Bella pada 21 Julai tahun lalu melalui proses ‘water-birth’ atau pun kaedah melahirkan bayi dalam air.
Nampaknya, Bella dan air sememangnya tidak dapat dipisahkan!
Video Bella yang sedang belajar berenang yang dimuat naik oleh Sheikh Muszaphar sendiri di laman You Tube sejak bulan lalu mendapat kunjungan penonton sebanyak 175,395.
Eloklah Sheikh Muszaphar dan isterinya sudah membiasakan Bella dengan air kerana belajar berenang itu adalah salah satu sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah S.A.W.
Semoga cara serta didikan Sheikh Muszaphar dan Harlina dapat memberikan inspirasi kepada ibu bapa yang lain.
Oleh: NAIMAH SHAARI
kredit - NewHub

Anak solehah



Papa balik daripada masjid setelah usai terawikh...

Quratul Aina : (berlari dapatkan papanya) Papaa...Aina tadi kan, dah hafal surah2 lazim tau..Mama yang ajar, mama kan papa cedapp dia baca al-Quran..

Papa : Alhamdulillah..(dukung anaknya dan cium pipinya)

Quratul Aina : Papaaa...!! Ummm (cekak pinggang masa didukung, sukee tau yium pipi kitee)

Papa : hehehe..tak nak kena cium yea,meh papa cubitttttt pipi dia..hihih..comel anak papa ni, kecik2 lagi pandai dah.

Quratul Aina : Anak papa mama kan..(mama datang dah duduk sebelah lalu dipeluk kedua papa mamanya)

Papa : (tersenyum sangat lapang dada dgn memandang isteri dan anaknya itu) Sayangg, terima kasih (gengam tgn isterinya)

Mama : (tetiba) Eh syg (ckp pada anaknya), papa baru balik ni kan. Kesian papa haus, amikkan air mama dah buat atas meja dapur tu. (setelah anak ke dapur) Abangggg, nk kena yium pipi, aina dapat tadi,mamanya nk jugakk!!! (>.<) heeeee...

KELEBIHAN LAILATUL~QADR.



“Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadar, ayat 3)
Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah SAW beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)
"Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah SWT, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadr adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)
Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.
Jom kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan Al~Mubarak ini. Semoga kita diketemukan dengan Lailatul~Qadr. Aamiin Ya Robbal Alamiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...