Tips untuk mendidik anak-anak untuk menjadi anak yang soleh & solehah..insyaallah.. |
1.Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain – yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2.
Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak)
jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna
kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha
mendengar lagi maha melihat.
3.
Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat
dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita
juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu
ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak
dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4.
Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu
panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan
kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5.
Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang
dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya
yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6.
Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati
Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah
kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7.
Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan
perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana
kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf
padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia
buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8.
Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat
keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.
Selalu ingatkan anak bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta
hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah
tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak
sayang, manusia tak suka.
10.
Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut
nama dia…..untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama,
kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka )
Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan
jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa
buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa.
kredit - http://mykidz.mywww.jomsinggah.com
No comments:
Post a Comment