woww.. harga utk no plate sahaja mencecah RM500K..sebelum muncul WWW nie, harga paling tinggi MCA 1 RM300K.
Lagipun pembida utk WWW pun mencecah 18, 243 orang. Memang mendapat sambutan yang sagt mengalakkan dari orang ramai. Maklumlah sekali je no WWW nie muncul.
Lagipun pembida utk WWW pun mencecah 18, 243 orang. Memang mendapat sambutan yang sagt mengalakkan dari orang ramai. Maklumlah sekali je no WWW nie muncul.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siri WWW juga mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.
Katanya bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.
"Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51
diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan
kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3
juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan
nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.
Kong berkata sebanyak 4,908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya 5,091 akan menjadi nombor semasa Apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak.
Katanya keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini, dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.
Beliau berkata nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju.
"Bagi pembida yang berjaya, bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik.
"Manakala pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan," katanya. - Bernama
Sumber - hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment