^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Oct 4, 2012

Tips Keluarga Bahagia


Tips keluarga bahagia” yang saya kira sangat baik untuk kita ambil manfaat daripadanya.



·         Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH…berdoa bersama2…mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2

·         Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama….

·         Galakkan isteri tidur di atas lengan suami…

·         Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan….

·         Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri….

·         Isteri yang romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya….

·         Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi ALLAH…

·         Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga….

·         Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu dan berdoa pada ALLAH, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik…


·         Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak….

·         Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali(rujuk)…

·         Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat…

·         Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri…

·         Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung….

·         Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga….

·         Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah….

·         Menjawab setiap pertanyaan suami dan isteri dengan lembut dengan penuh kasih sayang…

·         Pasangan tua, jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami atau isteri tidur sendirian….

·         Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri….

·         Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak….

·         Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga…

·         Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia….

·         Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian…

·         Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan. …

·         Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya. …

·         Jika anak atau pasangan kita berbuat salah ..jangan lah di nasihat secara kasar…Berlembutlah ..guna kan secara berhemah …
     nasihat dengan kasih sayang…dan sentiasa memohon agar ALLAH beri kita kekuatan menghadapi semua dugaan tu..

·         Didik anak semenjak di dalam perut lagi ..dengan bacaan AL-Quran..zikir.. ..nasyid..hiburan. yang di benarkan agama…

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...