^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Sep 27, 2012

Rahsia Di Sebalik Tanda Tangan



Tanda tangan amat penting untuk seseorang kerana banyak urusan urusan yang memerlukan 
kita untuk menurunkan tanda tangan untuk tujuan pengesahan, autograf, dan sebagainya. 
Dan kebanyakan dari kita tidak tahu menilai tanda tangan dan kita cuma menilai tanda tangan 
secara luaran. Kenapa tanda tangan sangat penting? Mungkin ada yang tidak tahu tandatangan 
boleh menujukkan personaliti seseorang.

Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak 
kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) 
seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri 
berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.


3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain
 yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka 
dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu 
mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam
 tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka nama mereka. Golongan ini cuba untuk 
kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang
 tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang
apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. 
Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti 
angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang 
sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka 
dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan 
diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. 
Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan 
mereka akan cepat melenting.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa
 sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan 
memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

So, macam mana? Tepat atau tidak? mungkin ini agak berguna untuk kita gunakan semasa 
menilai seseorang yang baru kita kenali.

kredit-http://di-sini-bermula.blogspot.com

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...