^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Oct 10, 2011

Rahsia Batu Permata..!!


 

Pada suatu hari, seorang wanita telah menjumpai sebiji permata yang sangat berharga di dalam sungai. Keesokan harinya, dia bertemu dengan seorang musafir yang sedang kelaparan. Lalu wanita itu pun membuka begnya untuk berkongsi makanan. 

Musafir itu terlihat batu permata tadi dan lantas berkata,"Alangkah beruntungnya saya jika memiliki permata seperti itu." Wanita itu terdiam sejenak dan dengan perlahan menghulurkan permata itu sambil berkata,"Ambillah permata ini, semoga Allah mencukupkan keperluan tuan!" Dengan kehairanan musafir itu melihat permata itu di atas telapak tangannya. Wanita itupun berlalu pergi meninggalkan musafir yang masih terpinga-pinga.. 

Tidak lama kemudian si musafir bertemu kembali dengan wanita itu. Dia memulangkan batu permata tersebut sambil berkata," Batu permata ini dapat menampung keperluan saya seumur hidup. Namun saya berharap sesuatu yang lebih berharga dari batu ini. Khabarkanlah kepada saya ilmu dan amalan yang memudahkan kamu memberikan batu permata kepada saya ini tanpa keraguan"

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



sumber : Chainz of Frenz yahoogroup

Oct 6, 2011

Maksud Tersirat Hadiah Daripada Pasangan


Gambar Ehsan D& Sumber   : http://zoncinta.com/
  • JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
  • CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.
  • GELANG - Tanda mesra.
  • RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.
  • SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.
  • KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.
  • PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
  • PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
  • MINYAK WANGI - Tanda cinta.
  • BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
  • BUKU  – Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
  • BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang.
  • COKLAT - Semanis cintamu.
  • LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan
  • SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
  • HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup).
Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan adalah….
  • MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!

    Atong dan Pak Mat Kastam


    Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

    "Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

    Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

    Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

    "Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

    "Basikal", jawab Atong ringkas. 
     
    Agen topup diperlukan. Yuran utk seumur hiduo hanya RM20 (Biasa RM50, Jimat RM30).. PERCUMA TOPUP RM5 utk 10 orang terawal.. Keuntungan sehingga : - Celcom (4.50%), Maxis (3.20%), DiGi (2.10%).. TERHAD!!
    http://mcna-topupbisness.blogspot.com/
     

    Oct 3, 2011

    Nangka Beracun

    Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

    'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

    Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

    Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

    'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN...


    Sesungguhnya wanita terlalu istimewa

    Kau digelar sebagai penyeri dunia
    Hadirmu melengkap hubungan manusia
    Bukan sahaja dirindui yang biasa
    Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

    Akalmu senipis bilahan rambut
    Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
    Jua hatimu bak kaca yang rapuh
    Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

    Tercipta engkau dari rusuk lelaki
    Bukan dari kaki untuk dialasi
    Bukan dari kepala untuk dijunjung
    Tapi dekat dibahu untuk dilindung
    Dekat jua di hati untuk dikasihi
    Engkaulah wanita hiasan duniawi

    Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
    Jika datangnya dari kayu yang bengkok
    Begitulah peribadi yang dibentuk

    Didiklah wanita dengan keimanan
    Bukannya harta ataupun pujian
    Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

    Engkaulah wanita istimewa

    Sedarilah insan istimewa
    Bahawa kelembutan bukan kelemahan
    Bukan jua penghinaan dari Tuhan
    Bahkan sebagai hiasan kecantikan

    Oct 2, 2011

    Petua Orang Lama Vs Moden

    Kulit Lebih Licin

    Untuk mendapatkan kulit muka yang tegang dan licin, ambil putih telur yang sejuk.
    Sapukan dimuka seperti masker selamat 30 minit
    Kemudian bilas seperti biasa. Hasilnya wajah anda lebih cantik bila dekenakan solekan

     
    Pegaga Hilangkan Parut

    Sumber : Mingguan Wanita - Feb 2011
    Bagi menghilangkan parut di muka, ambil daun pegaga dan campurkan dengan sedikit beras.
    Tumbuk sehingga lumat dan lumurkan disekitar parut tersebut.
    Amalkan setiap malam sebelum tidur. Insyaallah parut akan berkurangan

    Nak cara cepat??
    Wajah beseri2 dengan pengamalan vitamin yang sesuai
    Lebih cepat kesan nya  KLIK SINI 

    Sihat Berseri Dengan Shaklee Meal Shakes!

    Boleh Cantik ke dengan Vitamin Shaklee?

    Cantikkan diri sebelum usia 40 tahun.

     

     

    Oct 1, 2011

    Kulit Cantik Dengan Khasiat Kelapa

    Sejak dahulu kita telah ketahui bahawa santan mempunyai pelbagai kebaikan dalam makanan mahupun dalam kecantikan. Selain untuk kulit cantik, Santan turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang cantik dan rambut lebat bersinar

    Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu juga berfungsi dalam mengekalkan daya ketahanan badan dan melindungi kulit.

    Pernahkah anda mendengar mengenai lulur santan? Tahukah anda bahawa lulur santan dapat menjadikan kulit cantik dan gebu.. ini lah kebaikan dan khasiat pada lulursantan yang akan di paparkan di sini..

    Lulur santan adalah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang kulit menjadi lebih anjal dan membantu mengekalkan kelambapan kulit untuk kulit
     cantik berseri. Di samping itu, lulur santan juga bolehmegurangkanb kesan kegelapan kulit apabila berjemur.

    Asid laurik yang terdapat dalam lulur santan turut berupaya meransang pembentukan kolagen dalam sel kulit dan juga melindungi kulit daripada kuman. Kulit akan cerah secara semula jadi tanpa pengelupasan melalui penyingkiran sel kulit mati dan kotosan yang melekat pada badan. Inilah fungsi lulur santan.


    Kaedah LulurSantan


    • Sebelum melakukan rawatan lulur santan, kulit akan di analisis untuk memastikan rawatan yang sesuai.
    • Lulur santan akan di oleskan padan badan dari atas bahu hingga ke tapak kaki.
    • Badan akan di bilas dengan air suam.
    • Kemudian serbuk susu akan di sapu pada keseluruhan badan
    • Setelah itu urutan daripada kaki hingga ke kepala.
    • Berendam di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
    • Selalunya anda akan di berikan  dengan teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.
    Kebaikan Lulur Santan
    • menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
    • Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
    • Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
    • Mengurangkan tekanan & keletihan.
    • Mengekalkan tenaga.
    • Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
    • Memperbaiki tekstur kulit.
    • Mengurangkan dehidrasi
    **Di petikdari Majalah Rapi nov 15 2009
    credit to KELAB DIET

    Bersyukur Adalah Ciri Orang Hebat

    Satu hari, aku dan Mr. X sedang duduk menunggu seseorang. Sambil-sambil itu kami bersembang. Macam-macam isu yang keluar, dari bicara yang tidak ada makna sampailah kepada isu-isu hangat di tanah air.

    "We must thank God," kata Mr. X.
    "We came the long way and the right way," ulas Mr. X.

    Mr. X merujuk kepada keadaan kita di Malaysia.
    "Others...they came the long way but the came the wrong way."

    Malaysia adalah negara yang semakin hari semakin nyata semangat perkaumannya.
    Hal ini bukanlah suatu yang menjengkelkan, tidak juga sesuatu yang mengejutkan kerana sememangnya dunia hari ini dicorakkan oleh Nasionalisme.

    Semangat kebangsaan yang retorik semata-mata.
    Tapi Malaysia masih sebuah negara yang aman. Alhamdulillah. Kita masih terkawal.
    Masih ada di luar sana negara yang masyarakatnya seakan-akan kurang bertamadun lagi.

    Akhlak yang tidak sedap mata memandang.

    Demikian maksud Mr. X. Apa yang diucap oleh Mr. X itu benar.
    In fact, we must always thank God. Syukur is the key to success.

    Orang yang tidak bersyukur adalah orang yang lupa diri.
    "Dan orang hebat di dunia ini, semuanya bersyukur!" Mr. X menutup bicara pagi itu.

    Artikel dr iluvislam.com

    Saat Yang Paling Bahagia

    Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? "

    Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."

    Si isteri terdiam sejenak.
     Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"

    Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.."

    Firman Allah SWT :
    "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)

    "Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

    "Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia
    percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya

    Artikel iluvislam.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...