PERSINGGAHAN DI QUBA’
Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba’.
Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah. Mereka pulang ke rumah apabila matahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka pulang ke rumah masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah bersama-sama para sahabatnyaseba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan untuk meluahkan perasaannya dengan melaung,” wahai bangsa Arab, itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu,” kaum muslimin pun marah dan segera mereka mencapai senjata.
Ibn al-Qayyum menceritakan,” Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum musliminpun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai seorang nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam suasana di selubungi ketenagan dan wahyu pun turu kepada Rasulullah”.
“…Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari kalangan orang yang ebriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya”
(al-Tahrim: 4)
Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalnagan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus mendatangi Rasulullah untuk mengucap selamat datang – dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w) oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai pun kenallah diri Rasulullah itu.
Al-Madinah keseluruhannya dengan penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran bisyarah kedatangan Rasulullah utusan Allah oleh Habquq yang bertulis, “Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan al-Quddus dari bukit Faran”.
Di Quba’ Rasulullah (s.a.w) telah singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lain mengatakan Rasulullah singgah di rumah Sa’d bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah itu, hingga selesai beliau menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan kepada Rasulullah sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan sempat beliau menemui Rasulullah dan Abu Bakr”di Quba’ di sana beliau singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm.
Rasulullah tinggal di Quba’ empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba’ dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari belakang untuk menemui Banu al-Najar, mereka adalah bapa saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki.
MEMASUKI AL-MADINAH
Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, selumh anak-anak gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.
Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan man hamba”. Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, “Biarlah dia bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid al-Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh, namun Rasulullah tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga bap’a saudara Rasulullah sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya, maica kata Rasulullah, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As’ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau.
Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, “Mana dia rumah keluarga kami yang terdekat?”. Kata Abu Ayub, “Saya Rasulullah dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk”. Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, “Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah”.
Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah Zainab masih bersama Abi al-As, kerana tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar.
Kata Aisyah: Setibanya Rasulullah ke al-Madinah, Abu Bakr dan Bilal terns lemah badan, Aisyah masuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan khabar mereka, “Bagaimana bapa mendapati diri bapa. Dan bagimana pula kau Bilal?”. Kata Aisyah, “Abu Bakr ini apabila terasa demam berat beliau akan berkata:
Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya dari tali kasutnya.
Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut:
Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk bermalam di lembah Makkah di sebelahku hkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari ku berminiim dari air Mijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail.
Kata Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu Baginda hal dua orang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah demamnya itu serta letakkannya ke Juhfah.”
Di sini selesai sebahagian dari penghidupan Rasulullah dan terlaksana satu juzu’ peranan dakwah Islamiah di peringkat Makkah.
No comments:
Post a Comment