AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL
1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur
inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam,
kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum
ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.
Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah
dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi
Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir
didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu
jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan
bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya
nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat,
banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja
nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu
masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat
melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak
matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan
pertolongan Allah SWT.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah
(Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu
Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini
istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40
tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh
bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah
dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu
Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah
dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
credit - Padamu aku bersujud
No comments:
Post a Comment