Kemaskinikan diet anda semasa kehamilan
Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.
Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.
Dua ratus kalori bersamaan dengan:
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.

- dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
- segulung kuih popia (tidak digoreng);
- tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
- sekeping keju dengan roti.
- Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
- Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
- Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.
Makanlah ikan-ikan yang sesuai
Pakar-pakar secara amnya mencadangkan wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 16 tahun supaya tidak makan ikan jerung, ikan todak atau mersuji kerana mungkin ia mengandungi tahap merkuri yang tidak selamat. Anda juga perlu elakkan ikan yang memakan di dasar seperti ikan duri kerana mungkin mereka makan bahan pencemar.
Mereka juga menasihatkan wanita hamil dan menyusu, dan mereka yang bercadang untuk hamil, supaya makan tidak lebih daripada empat biji tin tuna bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna segar dalam seminggu. Nasihat ini adalah berdasarkan dua biji tin bersaiz sederhana dengan berat bersih 140g setin dan stik tuna segar yang mempunyai berat 40g apabila dimasak atau 170g semasa mentah. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi).
Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai faedah ikan untuk pembesaran bayi anda dan bagaimana mendapatkan keseimbangan ikan yang sesuai dalam diet anda.

Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai
Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.
- Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
- Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
- Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
- Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
- Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
- Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.
Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai
Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.
Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.
Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.
Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.
Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.
Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.

Jangan berdiet
Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.
Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!
Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.

Tambahkan berat badan secara perlahan
Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.
Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo dan 15 kilo. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit.
Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar.

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam
Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan.
Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.

Makanan tak sesuai kadang-kala adalah OK
Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda. Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan!Sumber - babycenter.com.my
Ohh!!! kalau bini aku menganndung lagi aku akan pakai entri ini.. Rindu nak baby lagi..emmm. Bila baca entri kau ni...issskk
ReplyDeletetambah jgn tak tambah ye..
Deleteanak kan rezeki dr allah..
hi.. jom baca entry baru pka.
ReplyDeletehttp://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/make-up-by-pka-rahim.html
tq :)
tq pka rahim
Deletexsempat nk join contest aritu..huhu
hi..!
ReplyDeletejom baca entry baru pka.
http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/ziela-make-up-by-pka-rahim.html
tq :)