^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Dec 19, 2011

Bersenam Untuk Kesihatan



Abu : Isk, banyak betol lemak ayam ni.

Ali : Normal lah, ayam.

Abu : Ayam ni dulu mesti tak rajin pergi exercise.

Ali : Errr... apa jenis lawak kau buat ni?

Lawak spontan yang kawan serumah buat ketika memasak malam tadi berkaitan dengan bersenam.

Ya, bersenam.

Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan 'apakah kepentingan bersenam?' pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Inilah jawapan-jawapan tipikal
masyarakat pada soalan ini :

1. Untuk menyihatkan badan.
2. Untuk membakar lemak.
3. Untuk menguruskan badan.
4. Untuk menghilangkan stress.

Pendek kata, semua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam; untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (baca: golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya.

Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. Dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (baca: main video games atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurang-kurangnya boleh sihatkan badan.

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Selain itu, sabda Rasulullah SAW :
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)

Apa lagi kawan-kawan? Ayuh, kita lazimkan bersukan. Badan cergas, otak cerdas, insyaAllah.
p/s: Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani.

- Artikel iluvislam.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...