Gejala atau Sindrom Pra-Menstruasi (PMS) sering menghantui kebanyakan wanita setiap bulan. Gejala ini boleh dirasai 14 hari sebelum keluarnya darah menstruasi. Ramai yang mengeluh apabila terpaksa melalui gejala ini.

Pelbagai masalah pasti timbul sekali gus ‘menyeksa’ tubuh wanita setiap kali menghampiri detik menstruasi ini. Apa yang pasti, gejalanya memang pelbagai serta berbeza-beza antara individu. Antaranya :

1. Perubahan emosi: Mudah marah, sedih, sensitif dan perasaan serba tak kena.
2. Badan mudah penat, lemah, tidak bersemangat atau malas bergerak.
3. Sakit kepala dan migrain.
4. Pinggang dan perut terasa sakit, lenguh, ketegangan di bahagian perut sehingga ada yang pengsan.
5. Nafsu makan dan minum meningkat, menyukai makanan masam atau pedas.
6. Berat badan bertambah kerana tubuh menyimpan air dalam jumlah yang banyak.

Timbul rasa sakit sewaktu haid dianggap normal sekiranya kesakitan yang dirasai itu tidak melampau. Sekiranya sakitnya dirasakan agak keterlaluan sehingga boleh menyebabkan anda pengsan, sebaiknya berjumpalah dengan doktor. Sakit luar biasa ini boleh terjadi disebabkan adanya penyakit atau kelainan pada organ dalaman kewanitaan individu. Seperti infeksi rahim, ketumbuhan dan kelainan kedudukan rahim.

Rasa sakit sewaktu haid juga dianggap sebagai gejala semula jadi disebabkan perubahan hormon sebelum hingga sesudah haid. Menjelang menstruasi jumlah hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang. Disebabkan faktor inilah berlakunya kontraksi rahim sewaktu proses pengeluaran endrometrium.

Tip Mudah Atasi PMS :

1. Perbanyakan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dalam tubuh. Susu, tempe dan kekacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
2. Amalkan pengambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yang bervitamin C.
3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi vitamin B6 dan E untuk mencegah ketegangan pada perut.
4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
5. Kurangkan makanan yang bertepung, kafein dan coklat.
6. Makanlah makanan yang berserat tinggi.
7. Bagi individu yang berhadapan dengan masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yang tinggi khasiat zat besinya.

Atasi Ketidakselesaan Pada Perut Dengan :

1. Tuam misalnya menggunakan botol berisi air panas. Tekapkan pada bahagian perut atau pinggang yang terasa sakit atau tegang.

2. Mencegah perut kembung : Minum minuman yang panas, contohnya air halia. Halia sangat berkesan untuk mencegah perut kembung ketika haid.

3. Sapu perut dengan minyak kayu putih atau balsam agar panas.

4. Ambil posisi menonggeng dengan rahim di bawah, selama 5 minit. Lakukan berulang-ulang sambil menarik nafas dalam-dalam. Dan keluarkan nafas secara perlahan agar lebih relaks.

5. Sekiranya terlalu sakit, anda boleh mengambil ubat tahan sakit mengikut sukatan yang disarankan oleh doktor.

 Sumber : Pa&Ma

9 Tip Melegakan Rasa Sakit PMS

"No More Period Pain!!"

GLA COMPLEX

  Suka entry ni ? Ringankan tangan anda untuk tekan button like yeah ! Thanks