^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Jan 10, 2012

Kelebihan Cuka Apple (Apple Cider Vinegar)


Sejak beribu tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakan Cuka Apal sebagai makanan dan ubatan untuk diri sendiri dan haiwan peliharaan mereka.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan “fermentation” yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan.
Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat dan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Menurutnya, cuka epal boleh dicampur dengan madu untuk membuat air yang dinamakan ‘honergar’ (madu + cuka epal).

Mengikut penyelidikannya, air campuran itu boleh membunuh bakteria yang memudaratkan dalam usus manusia dan menyarankan agar ia diminum sebagai minum harian sebagai tonik kesihatan.
Rasanya memang menyegarkan seperti rasa teh limau dan masam-masam manis. Pesakit kencing manis disyorkan tidak melebihi dua sudu teh madu sehari.

Dari segi zat nutrien (makanan yang berkhasiat), cuka epal kaya dengan vitamin, zat galian, enzim dan asid amino, iaitu bahan nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh.

Ia juga mengandungi antioksida yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas yang berbahaya untuk tubuh manusia.

Cuka epal mengandungi sejenis serat pektin atau serat larut air. Serat larut air membantu dalam melawaskan sistem pembuangan najis dalam tubuh.

Kelebihan cuka epal adalah seperti berikut:

Kencing manis

Beberapa kajian membuktikan bahawa cuka epal dapat membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah.

Mengikut penyelidikan Universiti Arizona yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Cara, individu yang meminumnya mempunyai kadar glukosa yang lebih baik.

Kajian selanjutnya membuktikan bahawa ia dapat mengawal glukosa dalam darah agar tidak meningkat secara mendadak selepas jamuan.

Resipi sihat untuk mengawal berat badan

Cuka epal digunakan dalam banyak program penurunan berat badan kerana dipercayai dapat membantu mengawal nafsu makan dan menahan lapar.

Ia boleh digunakan sebagai bahan ‘dressing’ untuk salad yang enak apabila ditambah dengan madu dan minyak ‘flax’ serta digaul dalam sayur-sayuran dan dimakan mentah seperti ulam.

Ia adalah alternatif yang lebih baik berbanding mayonais atau salad dressing thousand island yang mengandungi lebih banyak kalori.

Rasanya lebih enak jika salad itu ditambah kismis, anggur atau biji bunga matahari (sunflower seeds).

Kelebihan lain :-

1) Menurunkan berat badan
2) Penjagaan rambut
3) Penjagaan haiwan peliharaan
4) Bahan masakan
5) Kesihatan – menyembuh penyakit gout, alergi, jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang
kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi) dan menurunkan tekanan darah tinggi.
6) Pembersihan rumah – bersih lantai, tingkap dll.

Hati-hati – Tidak semua cuka apal yang dijual cara pembuatannya natural

Banyak cuka epal yang di komersialkan telah dipasteurkan, disuling untuk menjadikannya produk yang bagus. Malangnya, penambahan pemprosesan cuka epal ini boleh memusnahkan kebaikan yang ada.

Jadi secara alternativnya anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

Cuka epal yang bermutu tinggi boleh dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:

1. Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).
2. Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).
3. Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.
4. Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di dalam botol.

kalau nak beli cuka epal di pasaraya Giant belilah jenama “BRAGG” kerana diproses secara organik. Kalau jenama yang lain (seperti jenama “HEINZ”) walaupun harganya murah dibimbangi cara pembuatan tidak natural sebab proses pembuatan cuka memerlukan masa. untuk tujuan komersial biasanya ditambah yis, induk cuka yang dah siap dan garam anti kulat.

Tidak rugi untuk anda nikmati kebaikan bahan dari alam semulajadi ini sebagai makanan kesihatan tambahan jika dah tahu banyak manfaat darinya.

Rujukan:
1) http://www.apple-cider-vinegar-benefits.com/
2) http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,123507,00.html?
3) http://sitik.wordpress.com/2009/12/26/khasiat-cuka-epal/

Sumber : Dear Diary 

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Minuman Vivix lambatkan proses penuaan :- Majalah Aniqah

Mengapa asid folik diperlukan?? Penting ke mengambil asid folik semasa hamil??

 

 

1 comment:

  1. cuka epal sesuai x untuk ibu yg menyusukan baby..ada side efeect kt baby x nnt..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...