^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Mar 30, 2012

INFO HAMIL : 8 tips hamil secara sihat

Sumber :Utusan Malaysia 19/08/2001
utusan.com.my

ANDA disahkan hamil? Apa yang penting anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan ialah menjaga kesihatan fizikal dan emosi sebaik-baiknya.
Seperti wanita lain, anda juga sebenarnya berpotensi melahirkan bayi yang sihat dan bebas daripada sebarang masalah sepanjang hamil jika anda mengamalkan beberapa tips berikut seperti:

1. Memilih pakar perbidananMemilih pakar perbidanan pada peringkat awal dapat membantu mengeratkan hubungan dalam menyiapkan diri sebelum proses kelahiran.
Pada masa yang sama, penjagaan pranatal yang baik penting untuk kesihatan bayi.

2. Diet yang seimbangPastikan anda mengambil diet yang seimbang seperti protein dan mengawal kalori selain mengambil vitamin dan garam galian lain seperti zat besi dan asid folik.


Nak Harga Istimewa - Email - pokoksena85@yahoo.com, SMS - 0199517292 & Fanpage - JOM SINGGAH 

INFO HAMIL : KURANG DARAH SEMASA MENGANDUNG

Ini adalah PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI..!!!

Kurang darah adalah keadaan dimana paras darah merah kurang dari normal iaitu kurang dari 11 gram/dl.

Penyebab Kurang Darah

1~Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
2~Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
3~Jangkitan cacing
4~Masalah perubatan seperti malaria,thalasemia,leukemia,buasir dan pendarahan dari faraj.

Tanda-Tanda Kurang Darah

1~Pucat
2~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
3~Sentiasa rasa pening
4~Rasa pitam bila bangun
5~Kebas kaki dan tangan
6~Rasa mengah dan berdebar-debar
7~Degupan jantung cepat

[Gaya Hidup Sihat] Kebaikan Lecithin untuk ibu yang menyusu?
[Gaya Hidup Sihat]Vitamin untuk Anak. Pelaburan terbaik

Mar 28, 2012

10 Mitos dan Fakta Tentang Kesihatan Lelaki



Penulisan-

lelaki bercukur

Beberapa mitos dan fakta yang menjadi tanggapan orang mengenai kesihatan lelaki. Fakta-fakta di bawah akan membetulkan tanggapan sebenar anda mengenai kesihatan lelaki.

1. Memakai topi atau menggunakan pengering rambut menyebabkan kebotakan.

Mitos: Tiada bukti yang menunjukkan penggunaan pengering rambut menyebabkan kebotakan. Paten keguguran rambut lelaki adalah disebabkan liang-liang rambut semakin mengecil menyebabkan rambut menjadi semakin pendek, halus dan akhirnya tiada rambut.

2. Lelaki yang memakai seluar dalam mempunyai lebih rendah bilangan sperma.

Walaupun terdedah dengan suhu yang tinggi secara berpanjangan mampu memberi kesan kepada bilangan sperma, bukti-bukti yang mengatakan memakai seluar dalam mengurangkan bilangan sperma adalah tidak konsisten.

[Gaya Hidup Sihat] Vitamin utk perkembangan pintar minda dan IQ kanak2 di setiap peringkat umur - Memadai peruntukan duit average RM25-Rm30 per month
[Gaya Hidup Sihat] Kesilapan Menilai Suplemen Vitamin


Mar 25, 2012

17 Tips Menjaga Hati Isteri

Gambar ihsan Mr Google
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. 
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah. 
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cuba lah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah. 


[Gaya Hidup Sihat] Saya Setuju! "SMS : Rugi Siapa Tak Cuba Set Penyusuan Shaklee"
[Gaya Hidup Sihat] Hadiah hebat buat suami : Set "I Love You, Hubby!"

Mar 21, 2012

Erti Sebuah Kehidupan




Awan sedikit mendung, ketika kaki  kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalan melalui kawasan berlampu merah. Baju merahnya yang labuh melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang aiskrim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk digigit, sementara tangan kirinya memegang tangan ayahnya.

Yani dan ayahnya memasuki kawasan perkuburan, membelok ke kanan & kemudian duduk Di depan sebuah nisan.

“Yani, ini kubur nenek yani. Mari kita berdo’a untuk nenek” Yani melihat wajah ayahnya, lalu menirukan tangan ayahnya yang mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya.
Dia mendengar ayahnya berdoa untuk neneknya…

[Gaya Hidup Sihat]Vitamin Kesuburan, Bagaimanakah Fungsinya? (Testimoni Pengguna)
[Gaya Hidup Sihat] Masalah eczema.. Nutriferon juga penawar terbaik utk masalah eczema

Dosa Semalam



Leave yesterday behind by `PatrickRuegheimer ~ devianart
Assalamualaikum.
Aku hanya mahu dikenali sebagai Rahadatul ‘Aisy.Cinta. Aku juga seperti gadis yang lain. Penuh dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. Aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang, baik hati dan sempurna di mataku..

Dan kerana cinta, aku leka. Setelah bercinta, aku lupa akan kewajipan terhadapNya. Semakin malas aku untuk bersolat, semakin malas aku untuk membaca Al-Quran. Aku makin terhanyut kerana cinta. Masa yang ada dipenuhkan dengan bersama si dia. Di mulutku, hanya menyebut namanya. Di hatiku, hanya ada dia. Masa bersama keluarga dan kawan-kawan semakin tiada. Begitulah kuasa cinta.

Takdir. Satu hari kami ditakdirkan putus. Katanya, perasaan cinta sudah hilang dalam dirinya. Katanya, aku tidak pandai menjaga hatinya. Katanya lagi, aku sudah tidak ada dalam hatinya.
Sungguh, menerima perkhabaran tersebut, aku pasrah. Aku rebah. Kenapa perlu ditinggalkan di saat hati masih sayang?  Aku terkedu, terpaku. Aku cuba memujuknya, tapi gagal. Dia tetap nekad dengan keputusannya. 

[Gaya Hidup Sihat] Ibu Menyusu | Amalan Asas Untuk Kembali Langsing
[Gaya Hidup Sihat]Jadual saranan Vitamin

30 Petua Memikat Suami Anda



Bagi isteri yang baru bernikah yang ingin terus kekal Memikat Suami/Lelaki nya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya. Dan pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal Memikat Suami/Lelaki sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati.

Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.

Maka di bawah ini antara cara-cara memikat suami/lelaki anda :

1. Selalu berdoa agar Memikat Suami/Lelaki sentiasa menyayangi kita.

2. Bila Memikat Suami/Lelaki balik dari kerja, tegur dan sentuh Memikat Suami/Lelaki sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan Memikat Suami/Lelaki sepanjang hari. ( jika Memikat Suami/Lelaki dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.



[Gaya Hidup Sihat]Kenapa Saya Suka Shaklee!
[Gaya Hidup Sihat]Kebaikan Lecithin untuk ibu yang menyusu?

20 Sebab Wanita Akan Membenci Seseorang Lelaki



Berikut adalah sebab wanita akan membenci seseorang lelaki, jika lelaki :


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!



[Gaya Hidup Sihat]Vitamin untuk Anak. Pelaburan terbaik
[Gaya hidup Sihat]Vitamin utk perkembangan pintar minda dan IQ kanak2 di setiap peringkat umur - Memadai peruntukan duit average RM25-Rm30 per month

Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki



Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka.

Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

1. Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.

2. Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.



[Gaya Hidup Sihat]Kesilapan Menilai Suplemen Vitamin
[Gaya Hidup Sihat]RAMBUT SAYA BANYAK GUGUR!! 9 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

Mar 20, 2012

Ajoi cari awek

Masa Ajoi di zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…

Satu hari dia masuk ke kelab.

Dia duduk sorang-sorang di bar..

Tidak lama kemudian dia nampak Sumardi bersama 5 orang awek-awek cantik di sekeliling dia.

Mereka duduk2 di lounge dan Sumardi kelihatan seperti seorang Raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.

Ajoi yang duduk sorang dan berfikir, bila agaknya aku boleh jadi macam dia?

Awek pun aku takde…

Semasa Sumardi sedang ke tandas, Ajoi menahannya dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?

Sumardi membisik ke telinga Ajoi: “Joi,ni gua nak bagitau lu…”

Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk di bar, lemparkan kunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang dengan sendirinya.

Ajoi menjawab: “tapi aku takde keta bro, aku ada kapcai jer…”

Sumardi: “Ko hanya perlukan kunci kereta jer.. tengok aku ada keychain kereta Jaguar..”

Ajoi: Ler…tu jer tektiknya.

Malam esoknya Ajoi dengan semangat membara masuk ke kelab, dia melihat Sumardi di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.

Ajoi berjalan menuju bar dengan muka confident giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.

Tapi tidak ada respon sama sekali

Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.

Tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.

Ajoi tidak faham..

Korang nak tahu jawapannya ???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sumardi akhirnya datang ke Ajoi dan berbisik: “Ajoi, lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu bro……..!!!

Sumber  -  kumbangjingga.blogspot.com

Mar 16, 2012

Maaf Tuan!

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.

“Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???”, sergah Kapten pasukan.

“Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!” balas penembak tu.

“Takpe… takpe… saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!” 

Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf  “Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!”.

Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah “Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!”

Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.

“Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!”

Suami Kedekut

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.

Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

“Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?” sambil menunjuk kedalam cermin…
“Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!”

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya, 

“Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?”

Isterinya tidak menjawab… dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.

Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..

“Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?” sambil menunjuk kedalam cermin…

“Itu adalah kepunyaanmu… dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !”

Jogging. Takut mati tapi tak takut Allah



Kita ni kalau doktor cakap pasal penyakit pasti takut dan ikut nasihat doktor, nak panjang umurlah katakan, biar lambat mati.

Doktor kata jalan 10,000 langkah setiap hari untuk elak penyakit jantung, obesiti dan kencing manis.

Walhal Nabi Muhammad SAW dah cakap lebih 1400 tahun dulu, jalan setiap hari 5 waktu ke masjid.

Ekoran Orang yang tak membayar hutang - Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.

Ekoran dari statement pasal pembayaran hutang PTPTN, jumpa la berkenaan pasal nie..
Takkan la kita tak boleh spend RM50 - RM100 untuk bayar hutang PTPTN, tapi pergi jalan Luar Negara boleh lak..

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya:

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya: “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya: “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

=====

PTPTN - Peminjam tak faham

Oleh Mohd Sabran Md Sani
          
KUALA LUMPUR: Kurangnya kefahaman mengenai pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyebabkan agensi terbabit dilabel sebagai along selepas didakwa mengenakan caj tidak munasabah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Agos Cholan berkata, lebih mendukacitakan apabila ada yang sanggup melontar pelbagai tuduhan tidak munasabah, sedangkan niat agensi terbabit hanya membantu menyalurkan pinjaman dengan menggunakan pendekatan yang bersifat mesra pelanggan.

[JOM SINGGAH] Nak Rahsia Kulit Cantik - Tips Muka Berseri - Petua Lama VS Petua Moden
[JOM SINGGAH] Set Berpantang - Vitamin dan jamu, mana satu menjadi pilihan?

Mar 15, 2012

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

[Gaya Hidup Sihat] Masalah eczema.. Nutriferon juga penawar terbaik utk masalah eczema
[Gaya Hidup Sihat] Basic H : Selamat, Berkesan, Mesra Alam.. Ia harus ada di rumah dan bawa kemana sahaja. Ia juga penawar bestttttt utk eczema dan kulit gatal2...

Kisah Penjual Tempe




bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Bacalah....moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun

mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , 
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.



[Gaya Hidup Sihat] Jom dapatkan Vitamin Penyusuan di LILKAISTORE..
[Gaya Hidup Sihat] ESP.... Alfalfa... tiba2 ia menjadi hot dikalangan isteri2 ..Semestinya semua mahu berikan yg terbaik buat sang suami

Amal Jariah : Peluang melabur projek Mini Perpustakaan Sekolah Tahfiz


Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Mini Perpustakaan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) Seremban sila salurkan melalui :

Nama akaun : SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Atau sila hubungi :

019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi
019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri
e-mel : sriitahfizdarulum@yahoo.com

Mar 14, 2012

Harian Metro : Tatih sampai lemas


Oleh Muhamaad Razis Ismail
hmetro.com.my

AJAL...Nik Mohamad Iqbal ditemui terapung, kelmarin.
AJAL...Nik Mohamad Iqbal ditemui terapung, kelmarin.

[JOM SINGGAH]Mencari vitamin untuk lelaki?
[JOM SINGGAH] Penawar masalah pencernaan

Harian Metro : ‘Mak, kau cari aku ke?’

hmetro.com.my

PASIR GUDANG: “Malam tadi (kelmarin) Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata: ‘Mak, kau cari aku ke?’

“Saya mengiakannya sebelum bertanya mengapa dia tidak balik dan Dirang menjawab: Jangan sedih lagi, aku di sini sudah ok,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh sebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang.

[JOM SINGGAH]Tips Turunkan Berat Badan | Kurus Dengan Cara Yang Betul
[JOM SINGGAH]Kebaikan Soy Lecithin - Kurus & Minda

10 Hal Yang Diperlukan Suami Dari Isteri

Mengerti dan memahami keperluan masing-masing pasangan adalah salah satu kunci langgengnya rumah tangga. Di tengah zaman yang penuh tantangan ini, mempertahankan sebuah pernikahan adalah suatu mukjizat dan hal yang luar biasa. Bahkan menjaga agar cinta tetap bersemi dan bergelora diantara suami dan istri merupakan sebuah tugas yang sangat berat sehingga memerlukan perjuangan yang ekstra untuk melakukannya.
Pada artikel kali ini, penulis mengangkat mengenai apa yang perlu diketahui oleh istri mengenai apa yang dibutuhkan suami dari dirinya. Apa sajakah itu? Baca selengkapnya dibawah ini.
1. Percayalah Kepada Kemampuannya
Banyak pria percaya bahwa sangat penting bagi mereka untuk melindungi dan menyediakan segala yang diperlukan oleh orang-orang yang mereka cintai. Biarkan dia tahu bahwa Anda yakin dengan bakat dan keterampilan yang dimiliki olehnya.

[JOM SINGGAH] Perlukan Vitamin ? Mungkin yang anda cari ada disini...
[JOM SINGGAH] EUPHORIA TRIAL PACKS


Harian Metro : Kematian Adik Nadirah..Bermotifkan Dendam

Hmetro 

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.
“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

[JOM SINGGAH] NutriFeron..Tingkat fungsi Imun Badan
[JOM SINGGAH] Yang mana satu untuk anda? Fullpack atau EUPHORIA Trial Pack lebih berbaloi

TIPS & CARA ATASI SIFAT PANAS BARAN




Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.

Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri. Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran iaitu :

1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan

Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan. Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.

[JOM SINGGAH]Kebaikan Soy Lecithin - Kurus & Minda
[JOM SINGGAH] Perlukan Vitamin ? Mungkin yang anda cari ada disini...

Mar 13, 2012

Rahsia penciptaan buah delima



Assalamualaikum warahmatullah,

 Laman-Seri kongsikan rahsia penciptaan buah delima. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah SWT yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." (Surah al-Rahman ayat 68)

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

[JOM SINGGAH] Jom dapatkan Vitamin Penyusuan di LILKAISTORE..
[JOM SINGGAH]Tips Kulit Cantik



Avokado buah kaya nutrisi





BUAH avokado kini dipromosi menjadi sebahagian diet sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

BUAH avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.

[JOM SINGGAH] Pulihkan tekanan darah dengan Vitalea dan dapatkan tidur yang nyenyak dengan Ostematrix
[JOM SINGGAH] Petua Lama Menghilangkan selulit & Cara memerangikan Selulit cara Moden


Khasiat buah kranberi untuk wanita




Kranberi atau nama saintifiknya vaccinium macrocarpon bukan sahaja sedap dimakan, malah mempunyai khasiat pemakanan mahupun khasiat ubatannya yang tersendiri. Dikatakan bahawa pengembara Eropah yang menjelajah benua Amerika pada zaman dahulu boleh hidup dengan hanya berbekalkan buah kranberi kering dalam perjalanan mereka. Amalan ini menunjukkan bahawa mereka menyedari akan khasiat dan agen penyembuhan yang terdapat pada buah kranberi.

[JOM SINGGAH] Kekal Sihat, Bertenaga dan Awet Muda - Vivix Shaklee
[JOM SINGGAH] Beza Obimin dan Vita-Lea Shaklee

Iklaneka - Delicacy Kid Wear


Berminat mencari pakaian pyjamas budak2..murah2..
Produk lain yang terdapat di Delicacy -
  1. Pyjamas 
  2. Brooch ( Pelbagai Jenis) - PIn HURUF
  3. Bantal Panas @ Tungku Elektrik - Terhangat di Pasaran
  4. Dan Pelbagai Lagi la..
  5. IpAd budak2
  6. Kain Sulam comey

Jawapan di DELICACY KIDS WEAR

Ni Page FB - DELICACY KIDS WEAR

Owner - Mazni Haznira

FB - MazniHaznira MohdNazir

Bagi sesiapa yang berminat boleh la singgah, mana tau dapat diskaun sket terutama orang kuantan nie

Cepat2 Singgah ye.. and LIKE ye..

Mar 12, 2012

4 Fakta Mengenai Vitamin C

VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM

1. DEFINASI

Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. 

Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

1. Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam

Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.

Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)

2. STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

doaedit
            Berdoa boleh mententeramkan jiwa

Surah Al-Baqarah(2):155

Firman Allah yang bermaksud: 

“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….

“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

[JOM SINGGAH] Mencari vitamin untuk lelaki?

[JOM SINGGAH] Kulit cantik Berseri dengan Miracle Mask

10 kebaikan kalsium yg anda perlu tahu


_____________________________
Apa kata harini luangkan masa 10min utk membaca info tentang kesihatan. Saya nak berkongsi info tentang kalsium. Biasanya, kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi..kan kan .. tetapi tahukah anda apa kebaikan kalsium yg lain?.. Mari baca

10 Kebaikan Kalsium:
 
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan. 

    [Gaya Hidup Sihat] Kanak-kanak sakit buah pinggang tak jadi dibedah selepas mengambil Meal Shakes 

20 Ways to Speed Up Your Metabolism



Whether you're trying to shed some lbs or just stay fit, these tricks to increase your metabolism from Heather Bauer, RD,CDN, will help you reach the finish line even faster. 

1. Keep Hydrated 
I'm sure the general population thinks dieticians sound like a broken record when it comes to the whole water thing, but it really is important. Drinking the recommended eight glasses of water a day will help your body function at peak performance levels.

2. Keep Calcium Levels Up 
Current obesity research shows that a dip in calcium levels can trigger the same hormone that causes the body to hold onto fat to be released. Choose low-fat dairy, cheese, yogurt, salmon, tofu, and oatmeal. 


[Gaya Hidup Sihat]Amalan Terbaik Untuk Mama Hamil
[Gaya Hidup Sihat]10 kebaikan kalsium yg anda perlu tahu 

Cara Nak Mengawal Marah

Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang. Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya.

Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut:

1. BERTENANG
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

[Gaya Hidup Sihat] Bebaskan si kecil dari seksaan ekzema
[Gaya Hidup Sihat] Perlukah Orang Sihat Ambil Vitamin?

18SX : KEBAIKAN SEKS *MESTI BACA*



Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika DIAMALKAN SECARA BETUL. Oleh itu, seks hanya HALAL kepada pasangan yang sudah berKAHWIN. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.

1) Mengurangkan Berat Badan
Macam-macam alasan untuk bersenam? Jangan terkejut kalau seks juga dianggap sebagai senaman. Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75-150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2) Tingkatkan Kesihatan Jantung
Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Cara lain? Tentulah seks kerana ia merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

[Gaya Hidup Sihat] B Complex dan Ostematrix Untuk Yang Migrain
[Gaya Hidup Sihat] Mengapa Asid Folik Penting Buat Ibu Hamil?

Mar 11, 2012

Khurafat Kekejaman Sihir


Semalam layan cerita TV9.. tengok lak pasal Khurafat kul 8.30 malam.. 
Tajuk nya mengenai SIHIR. Macamana orang yang terpelajar tapi sanggup menyihir orang lain..padahal sakit hati bab2 kecik jer tapi sayang akal pendek, tak boleh nak pikir apa yang baik dan apa yang tak elok.

Memang sungguh kejam, menyihir lak sampai lubang kubur. Apa nak jadi la zaman sekarang nie
Manusia nie tak pernah puas, ada sahaja perasaan hasad dengki, iri hati. & sebagai nyer yang berkenaan. Mohon jauh dari perasaan semua tu..

Bila tengok pasal nie semalam, betul2 membuat aku teringat kat arwah abah.
Keadaan nya sama macam yang ditayangkan kat dalam TV9.  Kita sendiri pun tak boleh nak paham & rasa kesakitan yang arwah abah alami. Kesakitan nya hanya pada waktu maghrib hingga ke subuh.  Kejadian nie betul2 time arwah abah dah nk pencen.Memang besar dugaan yang arwah alami. Kami sekeluarga redha dengan apa yang telah berlaku, tapi benda macam nie susah untuk dilupakan, tambahan lak ayah sendiri yang terkena.


Ya ALLAH, Engkau lindungilah kami sekeluarga dari perbuatan khianat manusia lain.

Search kat Internet, cara2 nak elak kena sihir..

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :- 
 
1) Al-Fatihah. 

[Gaya Hidup Sihat] Carotomax : Membantu Penglihatan
[Gaya Hidup Sihat] Seribu Satu Kegunaan Basic-H2

Mar 8, 2012

Anda Nak Tahu Rahsia Vitamin B Compleks ?


Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.

Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress
[Gaya Hidup Sihat]Kenapa saya kata B complex bagus untuk kurus?*
[Gaya Hidup Sihat]B Complex dan Ostematrix Untuk Yang Migrain

    Antara punca gagal mendapat zuriat serta cadangan untuk memperbaiki keadaan tersebut




    Anak adalah anugerah Tuhan. kehadiran cahayamata dalam kehidupan pasangan suami isteri adalah kebahagiaan yang tidak terhingga kepada setiap pasangan. namun, bukan semua pasangan 'mudah' dikurniakan anak. ada yang 'bertuah' yang perlu menjalani beberapa 'fasa' barulah dapat anak. nah! kali ni saya nak share entry dari Mommy Lyna tentang masalah ketidaksuburan di kalangan suami isteri serta cadangan untuk mengatasinya.

    inshaALLAH. sebarang kemusykilan boleh terus hubungi saya ye.

    credit to Mommy Lyna untuk info ini~*
    Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

    Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membaw kepada perceraian!
    Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

    Punca wanita tidak subur:
    • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
    • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
    • Penyakit berkaitan kelamin.
    • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
    • Merokok.
    • Pengambilan kafein yang berlebihan.
    • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
    • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

    [Gaya Hidup Sihat] Petua untuk Hamil
    [Gaya Hidup Sihat] Perlukah Orang Sihat Ambil Vitamin?

    Petua Menghilangkan Selulit


    Sedia maklum,selulit atau kesan parut pada bahagian luar paha,perut dan punggung amat sukar untuk dihilangkan. Akan tetapi rawatan tradisional akan dapat mengurangkan kesannya.


    Cara-caranya:

    Cara 1. Ambil tawas,bancuh/canpur dengan sedikit air suam. Sapukan pada tempat atau bahagian yang terdapat selulit setiap hari.

    Cara 2. Ambil minyak kelapa hijau,gunakan untuk mengurut bahagian badan yang berselulit setiap pagi selepas mandi.

    [Gaya Hidup Sihat]Cara memerangikan Selulit cara Moden
    [Gaya Hidup Sihat] Mengapa Asid Folik Penting Buat Ibu Hamil?

    Mar 7, 2012

    4 Mitos Vs 4 Fakta Berkaitan Ketidaksuburan

    MASALAH sukar hamil atau ketidaksuburan atau kemandulan seringkali menghantui pasangan yang belum memiliki cahayamata. Bukan mereka sahaja, pasangan yang baru mendapat seorang anak juga menghadapi masalah ini.


    Pelbagai andaian dibuat. Malangnya, ada di antara pegangan ini merupakan mitos ketidaksuburan semata. Dan inilah yang membantutkan usaha-usaha ke arah yang betul. Kita ikutinya..

    Mitos 1 – Bersabar saja, sampai masa nanti hamil juga.
    Fakta: Bersabar itu amat baik sekali. Tetapi ketidaksuburan adalah masalah perubatan dan pada kebiasaannya memerlukan rawatan. Sekurang-kurangnya 50% daripada pasangan yang menghabiskan penilaian ketidaksuburan dan menjalani rawatan akan berjaya hamil.

    [Gaya Hidup Sihat]  FAQ Mengenai Supplement
    [Gaya Hidup Sihat] LECITHIN SHAKLEE..Cara Nk kurus.. 15Kg dlm 2 bulan

    Fakta-Fakta Menarik Tentang Jantung Anda!

    INI adalah antara fakta-fakta menarik tentang jantung kita. Mungkin ada yang sudah anda ketahui dan ada yang belum. Pemahaman tentang jantung yang lebih baik, akan membuat seseorang lebih berhati-hati menjaga jantungnya. Sekadar perkongsian untuk menambah pengetahuan bersama saja. icon smile
    fakta menarik tentang jantung

    1. Jantung merupakan pam berotot yang terletak di bahagian tengah ruang dada dan berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh.'

    2. Dianggarkan jantung berdegup lebih kurang 3 billion kali bagi sepanjang hidup seseorang dan ia tidak pernah berehat semenjak mula berfungsi ketika janin berumur 1 bulan di dalam kandungan ibu lagi.

    [Gaya Hidup Sihat]  Vitamin dan jamu, mana satu menjadi pilihan?
    [Gaya Hidup Sihat] Cara Nak kurus untuk ibu menyusu*

    Mar 6, 2012

    7 TIPS JANTUNG SIHAT


    Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya “kolesterol”.

    credit Wanita Sihat



    Sakit jantung adalah antara salah satu penyakit yang amat digeruni. Kalau boleh,cuba usaha elakkan ianya dari terkena kepada kita. Disini diperturunkan tips untuk memiliki jantung yang sihat.

    1. Ketahui Sejarah Keluarga Anda
    Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.
    Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.
    Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

    [Gaya Hidup Sihat] Carotomax : Membantu Penglihatan
    [Gaya Hidup Sihat]18 SX (Testimoni): Ketahui khasiat Vitamin E & Alfalfa terhadap hubungan intim anda~

    10 Ways to Easily Improve Your Mood


    Learn little things you can do to boost happiness all day long


    It's not easy being upbeat--especially as the holiday season and year-end work projects are approaching hard and fast. Shorter days, longer nights, and even chillier temps can put you in a funk. Plus, your stress levels may be soaring thanks to a jam-packed to-do list. But what's sweeter than that warm feeling you get from sipping a peppermint-spiced latte on a chilly morning? These 10 small, feel-good moves offer a major mood boost. Try one--or all--to feel happier and calmer in no time.


    Happiness Helper #1: Shop Smart

    Emotional Health

    Personal Growth & Fulfillment

    Money may buy happiness, but only if you spend it wisely.
    To get more happiness for your dollar, splurge for experiences instead of stuff. Miriam Tatzel, PhD, of Empire State College surveyed 329 shoppers and found that "experiencers"--consumers who are easygoing about spending on a great meal out or a concert, for example--are happier than those who lavish their money on material goods such as clothes or jewelry. Added bonus: Experiences allow you to spend quality time with family and friends; a new pair of shoes is a solo endeavor.



    Happiness Helper #2: Do a Good Deed

    People who volunteer are likelier to be happier than those who don't--regardless of how much money they make or other socioeconomic factors. Researchers believe volunteering boosts happiness because it increases empathy, which makes you appreciate all the good stuff in your own life.

    Pitching in for a regular cause in your community is ideal (such as serving food at your church's soup kitchen), but you can make a difference in other ways in mere minutes. Become an organ donor or sign up for a charity walk. For the person on your holiday gift list who has everything, consider donating money to a good cause in their name. Check out villagevolunteers.org for ideas: Just $20 buys a water filter to give Kenyan orphans clean drinking water, and $35 is enough to purchase 10 mosquito nets to help prevent malaria.



    [Gaya Hidup Sihat]  Tips Muka Berseri - Petua Lama VS Petua Moden
    [Gaya Hidup Sihat] Petua untuk Hamil

    10 Sebab Kenapa Anda Harus Jauhi Dadah

    Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Kali ini WanitaSihat ingin kongsikan 10 sebab kenapa kita harus menjauhi dadah.


    1. Hukum. Sesungguhnya dadah diharamkan Allah swt.

    2. Kesihatan: Dadah seperti marijuana, kokain dan lain-lain meninggalkan kesan BURUK kepada kesihatan. Malah ia boleh membawa maut. Tambah pula dengan tabiat penagih dadah yang tidak menjaga kesihatan, malas bersenam dan lain-lain.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...