^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Mar 13, 2012

Khasiat buah kranberi untuk wanita




Kranberi atau nama saintifiknya vaccinium macrocarpon bukan sahaja sedap dimakan, malah mempunyai khasiat pemakanan mahupun khasiat ubatannya yang tersendiri. Dikatakan bahawa pengembara Eropah yang menjelajah benua Amerika pada zaman dahulu boleh hidup dengan hanya berbekalkan buah kranberi kering dalam perjalanan mereka. Amalan ini menunjukkan bahawa mereka menyedari akan khasiat dan agen penyembuhan yang terdapat pada buah kranberi.

[JOM SINGGAH] Kekal Sihat, Bertenaga dan Awet Muda - Vivix Shaklee
[JOM SINGGAH] Beza Obimin dan Vita-Lea Shaklee



Pokok kranberi adalah pohon renek yang tumbuh secara liar di dalam kawasan hutan. Daunnya berbentuk bujur dan berwarna hijau kuat pada bahagian atas daun manakala bahagian bawah daun berwarna hijau kekelabuan.

Bunga kranberi

Apabila pokok ini berbunga pada pertengahan musim panas, ia mengeluarkan bunga berwarna merah jambu yang tumbuh secara berasingan atau dalam kumpulan pada putik berasingan. Buah kranberi berwarna merah tua boleh dipetik pada awal musim bunga. Buah ini berbentuk bulat manakala bahagian hujung buah berbentuk bujur telur. Buahnya lebih besar daripada blackcurrant.

Buah kranberi besar adalah dari jenis Amerika, kaya dengan pectin dan amat sesuai dikeringkan sekaligus memastikan kehilangan khasiatnya pada tahap minimum. Perkara ini jugalah yang telah membuatkan kranberi menjadi buah yang amat berguna kepada penjelajah dan pengembara pada zaman dahulu. Buah kranberi diselaputi lapisan seperti lilin yang membantu buah ini tahan lebih lama serta memperlahankan proses kerosakannya.

kranberi di pokoknya

Buah kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Buahnya juga rendah karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan hanya mempunyai 4 gram karbohidrat dan 2 gram serat di mana ⅓ (1/3) daripadanya adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium, magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2 riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.

Nutrients in raw cranberries[11]
Nutrient Value per 100 grams % Daily Value
Energy 46 kcal
Fiber, total dietary 4.6 g 15.3%
Sugars, total 4.04 g
Calcium, Ca 8 mg 0.8%
Magnesium, Mg 6 mg 1.9%
Manganese, Mn 0.15 mg 7%
Phosphorus, P 13 mg 1.9%
Potassium, K 85 mg 1.8%
Sodium, Na 2 mg 0.1%
Vitamin C, total ascorbic acid 13.3 mg 16%
Vitamin A, IU 60 IU 9%
Vitamin K, μg 5.1 μg 6.4%
Carotene, beta 36 μg ne
Lutein + zeaxanthin 91 μg ne

Cegah jangkitan saluran kencing dan batu karang

Dikatakan antara khasiat ubatan kranberi adalah untuk mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Disebabkan oleh kebaikan inilah, ramai wanita yang mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing.

Malah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan. Buah kranberi juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis (cystitis).

Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang. Meminum jus kranberi dalam jumlah yang kecil dalam masa beberapa kali seminggu dikatakan mampu melindungi diri daripada mengalami masalah sembelit dan juga diarea. Namun begitu, jangan meminum terlampau banyak kerana seperti juga buah-buahan lain, pengambilan berlebihan mampu membawa kepada masalah sakit perut.

Rangsang kulit lebih cerah dan muda

Buah kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavonoid dan polyphenolic. Flavonoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan risiko atherosclerosis. Penyelidikan berterusan juga mencadangkan bahawa kranberi menawarkan pertahanan semulajadi menentang atherosclerosis. Pengambilan buah kranberi dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Radikal bebas merosakkan kolagen dalam kulit dan kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam serta menjadi kemerah-merahan. Buah kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit lebih cerah dan nampak lebih muda.

Bukan itu sahaja kebaikan buah kranberi, ia juga mampu mencegah bakteria daripada melekat pada gigi, sekaligus menjadikan gigi berada dalam keadaan bersih dengan lebih lama. Buah kranberi dikatakan mempunyai agen bagi memusnahkan bakteria berbau busuk yang terbina di dalam mulut dan membawa kepada nafas berbau.

Buah kranberi juga bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu menguatkan dan menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan mengurangkan risiko jangkitan. Khasiat buah kranberi juga dikatakan dapat meminimumkan kesan kebanyakan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah kranberi, namun begitu pengunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Credit - Laman Seri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...