Sumber :Utusan Malaysia 19/08/2001
utusan.com.myANDA disahkan hamil? Apa yang penting anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan ialah menjaga kesihatan fizikal dan emosi sebaik-baiknya.
Seperti wanita lain, anda juga sebenarnya berpotensi melahirkan bayi yang sihat dan bebas daripada sebarang masalah sepanjang hamil jika anda mengamalkan beberapa tips berikut seperti:
1. Memilih pakar perbidananMemilih pakar perbidanan pada peringkat awal dapat membantu mengeratkan hubungan dalam menyiapkan diri sebelum proses kelahiran.
Pada masa yang sama, penjagaan pranatal yang baik penting untuk kesihatan bayi.
2. Diet yang seimbangPastikan anda mengambil diet yang seimbang seperti protein dan mengawal kalori selain mengambil vitamin dan garam galian lain seperti zat besi dan asid folik.
[Gaya Hidup Sihat] Cinch & Lecithin- kurus dan sihat cara mudah
Nak Harga Istimewa - Email - pokoksena85@yahoo.com, SMS - 0199517292 & Fanpage - JOM SINGGAH
3. Mengambil vitamin pranatalWanita hamil perlu mengambil vitamin ini lebih daripada wanita biasa terutama asid folik kerana ia mengurangkan risiko janin mengalami kecacatan tiub saraf, contohnya spina bifida.
4. Melakukan senaman secara tetap
Program senaman yang sesuai bukan saja dapat memberi anda kekuatan dengan berat badan yang baru semasa hamil, malah dapat mengurangkan tekanan semasa proses kelahiran.
Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan serotonin iaitu bahan kimia yang dikaitkan dengan perubahan mood semasa hamil.
5. Elakkan mengambil minuman kerasKajian mendapati wanita yang mengambil minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan bayi yang mengalami kerencatan mental dan fizikal, masalah tingkah laku, rupa paras dan kecacatan jantung.
6. Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko untuk anda melahirkan bayi yang kurang berat badannya.
7. Berhenti merokok
Tabiat merokok meningkatkan risiko keguguran, kehamilan ektopik, pendarahan faraj, bayi lahir tidak cukup bulan, kematian bayi dan sebagainya.
Kajian juga mendapati wanita yang merokok 20 batang atau lebih sehari lebih cenderung melahirkan anak yang sumbing.
8. Rehat yang mencukupiTidur yang mencukupi penting untuk kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Jika anda tidak boleh tidur, angkat kaki ke atas sambil membaca buku atau majalah.
Kaedah berehat seperti yoga, regangan, menarik nafas dalam-dalam dan urutan merupakan cara terbaik untuk menangani tekanan dan tidur yang baik pada waktu malam.
Credit - faish5807.blogspot.com
No comments:
Post a Comment