^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Mar 5, 2012

16 Fakta Menarik Mengenai Bayi

Bayi adalah makhluk yang sangat dinantikan kehadirannya. Setiap pasangan menikah pasti mengharap untuk mendapat anugerah bayi atau anak dari pernikahannya. Beruntunglah para pasangan muda yang cepat dan mudah dikurnia bayi oleh Yang Maha Kuasa. Jom kita ketahui fakta menarik tentang bayi!

 

1.  Bayi tiada kepala lutut kerana ia tidak terbentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan 

2.  Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3.  Bayi mempunyai 300 tulang manakala orang dewasa mempunyai 206 sahaja. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar

[Gaya Hidup Sihat]  Rahsia cergas walau dalam pantang.
[Gaya Hidup Sihat] Protein berhasil untuk boost up susu ibu
4.  Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir

5.  Bayi mempunyai deria bau yang kuat dan boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6.  Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7.  Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8.  Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat dan boleh membezakan bunyi-buyian serta boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.

9.  Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Oleh itu mereka tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10.  Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11.  Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit

12.  Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.  Mendengarkan music klasik boleh menambah kepintaran bayi.

14.  Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15.  Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah mereka sangat cepat terkena alahan.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...