^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Mar 16, 2012

PTPTN - Peminjam tak faham

Oleh Mohd Sabran Md Sani
          
KUALA LUMPUR: Kurangnya kefahaman mengenai pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyebabkan agensi terbabit dilabel sebagai along selepas didakwa mengenakan caj tidak munasabah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Agos Cholan berkata, lebih mendukacitakan apabila ada yang sanggup melontar pelbagai tuduhan tidak munasabah, sedangkan niat agensi terbabit hanya membantu menyalurkan pinjaman dengan menggunakan pendekatan yang bersifat mesra pelanggan.

[JOM SINGGAH] Nak Rahsia Kulit Cantik - Tips Muka Berseri - Petua Lama VS Petua Moden
[JOM SINGGAH] Set Berpantang - Vitamin dan jamu, mana satu menjadi pilihan?
“Sudah setahun saya bersama PTPTN dan banyak cerita didengar mengenai agensi ini. PTPTN nak ubah persepsi daripada along kepada penolong. Persoalannya, kalau kami tidak mengenakan caj bagaimana kami nak pusing dan nak cari dana baru.

“Persepsi mereka (peminjam) seolah-olah menganggap kita berkasar dengan menahan mereka daripada ke luar negara, mengejar dan menyaman mereka, tetapi cara berkenaan adalah langkah terakhir dan akhirnya menggelar kita sebagai along,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan muhibah bersama rombongan pengurusan kanan PTPTN di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di sini, semalam.

Pertemuan santai dan mesra itu memberi ruang kepada agensi berkenaan melihat lebih dekat operasi penerbitan kumpulan NSTP, selain menjalinkan hubungan erat dengan pengurusan kanan NSTP.

Taklimat berhubung operasi dan penerbitan akhbar disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar; Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nazri Syed Harun dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Turut serta mewakili PTPTN adalah Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff dan Pengurus Kanan Bahagian Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat Mengulas mengenai perkara itu Agos menyifatkan tindakan menggelar agensi terbabit sebagai along selepas ada yang dikenakan tindakan saman oleh mahkamah dan dikenakan caj sehingga lapan peratus berbanding satu peratus ditetapkan di bawah skim Ujrah berlandaskan syariah.

“Macam kes saman, ada yang dikehendaki membayar lapan peratus. Itu perintah mahkamah dan mengenakan caj lapan peratus. Sebaliknya ada yang mendakwa kita yang mengenakan caj lapan peratus kerana merasakan (PTPTN) sudah sama macam along.

“Itu kadar diperintah dan ditetapkan oleh mahkamah. Kita nak semua peminjam yang ada ni datang berunding dengan kita dan memberi maklum balas surat menyurat yang sudah hantar termasuk notis pertama, kedua, ketiga, Notis Tuntutan (LOD) dan terakhir tindakan saman,” katanya.

Menurutnya, kegagalan peminjam memahami cara pembayaran semula pinjaman, selain menuduh agensi terbabit bertindak kasar dalam menyelesaikan masalah amat dikesali.

“Kita sentiasa sedia berunding di mana mana peringkat. Cuma bila kes ini di bawa ke mahkamah dan ada keputusan, kebiasaan caj dikenakan mahkamah adalah lapan peratus daripada jumlah tunggakan. Jadi bila lapan peratus ia jadi lebih tinggi. “Sedangkan yang asalnya, kalau mereka membayar dalam keadaan biasa dan berunding dengan kita, caj atau Ujrah hanya satu peratus dan bukanlah tinggi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...