^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Mar 25, 2012

17 Tips Menjaga Hati Isteri

Gambar ihsan Mr Google
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. 
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah. 
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cuba lah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah. 


[Gaya Hidup Sihat] Saya Setuju! "SMS : Rugi Siapa Tak Cuba Set Penyusuan Shaklee"
[Gaya Hidup Sihat] Hadiah hebat buat suami : Set "I Love You, Hubby!"


5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain 

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.  
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri. 

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya. 

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.  

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi. 
  
11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah  

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.  

13. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri  

14. Buktikan kasih sayang daripada suami
- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
 

15. Sentuhan sayang
- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali.
- Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
 

16. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
 

17. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami 


Sumber - alhelmi.tripod.com/tip/utama.html 

2 comments:

  1. Isteri pun kena amalkan 17 tips ini kat suami gak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. sama2 mengamalkan bru la bahagia..
      tolak ansuran sume tu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...