^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Jun 4, 2012

Sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat




Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!

1. Angkuh & Materialistik

Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.

2. Pasif Luar Biasa

Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.

3. Queen Control

Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!


4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri

“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.

5. Membebel &Mengeluh

Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.

6. Terlebih Berdandan

Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.

7. Bercerita Tentang Lelaki Lain

Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...