Perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan menyebabkan kulit
turut terkena tempiasnya. Dr Helena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakit
puan dan perbidanan dari KL Fertility& Gynaecology Centre, Kuala
Lumpur menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut.
Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.
Topeng Kehamilan/ Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.
Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.
Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.
Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.
Jerawat Dan Bintik-bintik
Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.
Spider Naevi/Spider Veins
Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan
beransur-ansur pudar.
Varicose Veins
Berkemungkinan ada di kalangan anda yang mengalami masalah urat biru besar terutamanya di bahagian kaki yang kadang kala menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Bagi mengatasi atau mengurangkannya, elakkan berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu-satu masa, pakai stoking khusus dan tinggikan laras kaki berbanding kepala sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari apabila berbaring. Selain itu, dapatkan nasihat doktor yang memeriksa kehamilan bagi mendapatkan ubat untuk mengurangkan bengkak yang pada masa yang sama dapat membantu mengatasi haemorrhoids.
Seri Kehamilan
Perubahan inilah yang dinanti-nantikan! Ketika hamil, aliran darah di bahagian kulit akan meningkat. Jadi, lebih banyak sebum atau minyak dihasilkan lalu menjadikannya semakin berminyak. Hasilnya, kulit wajah kelihatan lebih cerah, berseri dan berkilat.
Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.
Bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang dialami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakinilah keadaan ini adalah biasa dalam kehamilan. Ia dikenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara spontan selepas anda bersalin nanti. Walau bagaimanapun, dapatkan pandangan doktor sekiranya kegatalan menjadi lebih teruk. Sesetengah jenis ubat boleh diambil untuk melegakan simptom yang dialami.
Keadaan lain yang dikenali obstetric cholestasis berlaku apabila anda mengalami kegatalan kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Pada masa yang sama, anda akan mengalami loya, jaundis (kulit dan mata kekuningan), kehilangan selera makan dan mudah letih dan lesu. Jika hal ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

No comments:
Post a Comment