^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

May 22, 2012

Doa Bulan Rejab - Berdoa Tanda Bersyukur Kepada Allah Untuk Diri Sendiri, Ibu bapa, Isteri dan Anak-anak




Sebagai seorang hamba Allah S.W.T. kita perlu berdoa kepada-Nya untuk bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita dan kepada kedua ibu bapa kita dan segala kebaikan itu akan berterusan hingga kepada zuriat keturunan kita. Berdoalah setiap hari ketika lepas solat.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanla...h daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam"


Intisari doa ini terdapat di dalam ayat al-Quran surah al-Ahqaf ayat 15.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."

Berdoa untuk mendapat isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh dan solehah :

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."

Intisari doa ini terdapat di dalam surah al-Furqan ayat 74.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Oleh itu amalkanlah doa ini setiap hari terutama selepas solat kerana banyak kebaikannya untuk diri kita, kedua ibu bapa, isteri dan anak-anak dan zuriat keturunan kita


Sumber - facebook.com/kitabku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...