Salam Hari Jumaat semua kepada yang beragama Islam,
Semoga hari ini anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan tenang hendaknya.. semoga berterusan begitu sepanjang hari..
Kredit : Google.com
Hadith:
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda,
“Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak
menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di
hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah
memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”
Huraian Hadith:
- Menahan marah adalah sifat yang baik dan dipuji.
- Menahan marah dan memberi kemaafan yang dijanjikan dengan ganjaran yang besar di sisi allah ialah yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu mampu bertindak, kerana memberi maaf, disebabkan lemah dan tidak mampu bertindak balas tidak ada nilainya di sisi Allah.
- Kekuatan jiwa dan peribadi seseorang akan terserlah dalam situasi-situasi yang mencemaskan dan boleh menimbulkan kemarahan, iaitu dengan menguasai diri dan menahan marah.
- Allah SWT memuliakan orang yang sabar menahan marah.
- Di antara ganjaran Allah di akhirat terhadap hambanya yang bersifat sabar ialah bidadari syurga.
Sumber rujukan dari : www.islam.gov.my
credit - myvitrd.com
No comments:
Post a Comment