^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

May 1, 2012

13 Tip Perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus..!!!


TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS......

Suami isteri ibarat sebuah ikatan yang sangat tulus dan suci... Tetapi di sebalik ikatan itu, tersimpul berbagai jenis simpulan yang sukar untuk di ramal belitnya.. Begitulah juga ibaratnya sebuah perkahwinan yang kejap ada pasang dan dan sekejap ada surutnya.. Jadi Mari kita selongkar diantara Tips perkahwinan yang dinukilkan oleh  seorang ustaz siber yang agak famous sekarang ni.. Ustaz Azhar Idrus..!!


1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika RumahTangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merudum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...