^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

May 8, 2012

Kosmo : Bayaran lebih murah lesen B2



KOTA BHARU - Penduduk termasuk nelayan di daerah Bachok berpeluang mendapatkan lesen menunggang motosikal kelas B2 dengan kos yang lebih murah melalui program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Satu Komuniti Satu JPJ, awal bulan depan.

Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim berkata, keutamaan diberikan kepada mereka yang berumur 45 tahun ke atas dan peserta hanya perlu membayar RM150 seorang untuk mendapatkan lesen tersebut berbanding lebih RM300 jika mereka menggunakan perkhidmatan akademi sekolah memandu.

"Walau pun mereka perlu menjalani ujian mengikut prosedur JPJ tetapi ia dapat menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan tempoh masa menunggu yang agak lama untuk mendapatkan lesen tersebut,” katanya di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, pada program tersebut, orang ramai juga boleh mendapatkan perkhidmatan lain yang disediakan JPJ seperti pemeriksaan kenderaan, membayar kompaun saman trafik, memperbaharui lesen memandu dan membayar cukai jalan.

Beliau berkata, program “turun padang” itu adalah bagi membantu orang ramai terutamanya penduduk di kawasan luar bandar yang berpendapatan rendah, memiliki lesen menunggang motosikal kelas B2. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...