“BERCINTA bukan hanya waktu dilamun cinta sahaja, tetapi bercinta seharusnya sampai bila-bila!”
Setiap
orang yang bertahun-tahun pengalaman berkahwin, akan tahu betapa
pentingnya rasa cinta di waktu susah, apatah lagi jika sudah 12 tahun!
Bukan sesuatu yang mudah dan bukan selalunya indah. Ada waktu teramat
susah, ada
masanya, gundah! – Paling bahaya adalah semasa cinta sudah hambar,
tetapi kita letak tepi rasa kehambaran itu, sebaliknya kita fokuskan
kepada mengekalkan perhubungan agar pasangan kita yang disayangi terus
kekal bahagia.
“Mengapa
kena fikir perasaan dia… bagaimana perasaan kita? Well… itulah cinta!
Jika benar cinta, jika benar sayang, perasaan sendiri, kepentingan
sendiri, sudah tidak bermakna lagi yang kekal adalah DIA YANG TERSAYANG!
Bagaimana caranya untuk kekalkan perhubungan cinta / perkahwinan?
5 cara utamanya :-
- Untuk mengekalkannya, kita amat perlu TOLERANSI – Di sini bererti, kita kena berpuas hati dengan kekurangannya, kelemahannya, dan cuba menerima seadanya. – Kalau asyik komplen itu ini, tak puas hati itu, tak puas hati ini, tak suka semua perkara, buat apa bersama dia? Cari yang benar-benar sukalah. JIKA nak terus bersama, kenalah tolerate perangainya, be cool dengan tabiatnya.
- SELALU BERSAMA di dalam membuat keputusan dan berbincang. KOMUNIKASI teramat penting. Jika asyik memendam rasa, suatu hari ia akan ‘meletup’ – Hidupkan perbualan, cari cara untuk berkomunikasi dengan lebih mudah faham dan cuba ketahui apa yang suka/tak suka oleh pasangan. Kemudian BERBINCANG!
- Saling memberi dalam menerima. Kalau asyik nak ikut cara kita, dan ikut apa saja yang kita mahu, perhubungan/perkahwinan tidak akan kekal lama. Berikan BAHAGIA untuknya. Cuba perhatikan apabila kita memberi tanpa mengharap sebarang balasan, selalunya, di akhir waktu kita sendiri yang akan bahagia bersamanya.
- Selalu bertanya, apa yang dia mahu, apa lagi yang boleh menggembirakan dia… Jangan hanya tanya apa untuk aku… Aku nak bahagia, aku nak puas rasa, aku, aku, aku…. Jawabnya, tinggal aku sorang-sorang aje lah!
- Hargai dia yang ada di depan mata! Jika asyik fikir yang singgah sekilas lalu, jika asyik membanding dengan yang telah berlalu, kita tidak akan kekal walau yang datang itu lebih baik dari sesiapa pun. HARGAI DIA YANG ADA BERSAMA ANDA SEKARANG!
Sebenarnya,
berbagai-bagai cara lagi, namun segala-galanya terletak pada individu
itu sendiri, jika tahu caranya pun jika tidak praktikkan, tak guna juga!
Putus juga akhirnya… jadi, kena rajin mengamalkan insyaAllah, kekal dan
aman
sentosa!
Selalu fikir macamana nak bahagiakan orang tersayang, InsyaAllah akhirnya kita yang akan bahagia bersama-sama!
kredit - klk@yahoogroup.com
Betul dalam cint aini mesti ada GIVE and TAKE...
ReplyDelete