Jun 8, 2012
Kelebihan hari Jumaat dalam Islam
– Hari Jumaat seperti yang kita semua sudah maklum merupakan penghulu segala hari. Kalau di dalam Bahasa Arab ia disebut “Saiyidul Aiyam: سيد الأيام”. Bila sudah title Penghulu tu mestilah ada banyak kelebihan. Ok, di bawah ini Admin kongsikan bersaman pembaca blog www.PelikBinAjaib.com tentang kelebihan hari Jumaat dalam Islam.
Pada hari Jumaat Allah SWT menciptakan Nabi Adam dan Hawa, kemudian pada hari itu juga Allah mengahwinkan mereka. Maka barangsiapa yang mengadakan akad Nikah hendaklah dilaksanakan pada hari Jumaat.
Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi 7 Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :
1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Hari Jumaat:
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya): “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:
1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi
Menurut Imam Sayuti:
1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.
Doa Hari Jumaat
Zikir Hari Jumaat
يَا الله
Kelebihan dan Fadhilat Amalan Hari Jumaat
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
Banyak betul kelebihan hari Jumaat dalam Islam kan ? Sama-samalah kita amalkan, insya-Allah kita bukan sahaja beroleh pahala yang banyak, bahkan mendapat rahmat dan naungan oleh Allah SWT. Sekian.
PS: Kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
Selamat Pengantin Baru buat yang bakal bernikah hari ni
Semuga bahagia selamanya
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ...
Labels:
Keagamaan,
Rahsia Kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment