^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Jun 6, 2012

Kelebihan Vitamin E utk kulit, kesuburan, ibu menyusu, & pelbagai lg - Jom Dapatkan dengan HARGA RUNTUH di mcna-health.blogspot.com


Kelebihan Vitamin E utk kulit, kesuburan, ibu menyusu, & pelbagai lg - Jom Dapatkan dengan HARGA RUNTUH di mcna-health.blogspot.com

Vitamin E adalah sejenis vitamin yang eksklusif. Ini kerana vitamin E adalah antioksida yang sangat powerful yang boleh larut dalam lemak di mana ia akan menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan imum sistem.

Apa lagi kebaikan Vitamin E ini?

  1. Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
  2. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
  3. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan kesan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  4. Vitamin E juga boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  5. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  6. Mengembalikan kehangatan hubungan intim antara suami isteri terutama yang mengalami kedinginan selepas melahirkan anak.
  7. Vitamin E adalah vitamin untuk kecantikan kerana dipercayai kesan penuaan dan pigmentasi yang berlaku adalah akibat dari radikal bebas dan pengoksidaan sel. Jadi dengan pengambilan anti oksida kita mencegah perkara ini dari berlaku.
  8. Vitamin E mengelak pertumbuhan sel tidak normal.

Kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Kajin dari sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan keimunan pada warga tua.

Sumber Vitamin E

Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.

Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.


Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin E

· Penuaan kulit sebelum masa.
· Rambut gugur
· Anemia.

Begitu banyak kebaikkan dan kelebihan Vitamin E. Sebab itu ia adalah sangat-sangat eksklusif dan vitamin yang mahal. Namun kerana kebaikkannya yang begitu banyak, sangatlah berbaloi mengamalkannya. Tambahn pula, Jun 2012 adalah bulan promosi untuk Vitamin E, vitamin kegilaan wanita ini. Jangan tunggu lagi kerana walaupun promosi baru bermula, ada cawangan yang sudah kehabisan stok. Jadi kena tunggu pula untuk mendapatkan stok baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...