Perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan menyebabkan kulit turut terkena tempiasnya. Dr Helena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakit puan dan perbidanan dari KL Fertility& Gynaecology Centre, Kuala Lumpur menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut.

Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.

Topeng Kehamilan/ Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.