^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

Mar 16, 2013

Tips Mengambil Hati Suami Dan Isteri


Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan
Sumber : http://www.informasi.my/tips-mengambil-hati-suami-dan-isteri/

Makanan Minuman Lemahkan Ingatan




Makanan & minuman boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa, ingatan menjadi lemah & menumpulkan minda.

Jangan makan atau minum:-

*Makanan atau minuman yang bercampur dengan semut.

*Makanan ringan atau segera kerana kadar garam & bahan perasa banyak.

*Makanan atau buah yang masam secara kerap seperti jeruk atau asam.

*Makanan laut & darat diambil dalam satu hidangan.

*Makanan yang lama terdedah & disentuh oleh tikus.

*Kepala ikan & organ dalaman haiwan seperti hati atau perut.

*Bawang besar, ketumbar kering & berempah.

*Minuman bersusu selepas makan daging atau ayam.

*Minuman bergas atau beralkohol.

Firman Allah S.W.T: “(Kalaulah ia tidak memikirkan asal & kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya).” (Surah ‘Abasa-ayat 24)

Kesan Ayat Al Quran pada Sel Darah Merah Dalam Tubuh Manusia


Kesan Ayat Al Quran pada Sel Darah Merah Dalam Tubuh Manusia

Alunan ayat al Quran terdiri dari beberapa frekuensi yang sampai ke telinga dan seterusnya menggetarkan sel otak. Ia memberi kesan kepada medan elektronik tubuh yang dikeluarkan oleh getaran frekuensi dari sel-sel tersebut. Tindakbalas langsung ini menukar getaran yang sedia ada pada tubuh jika frekuensi dari al Quran satersebut dihantar/didengar secara berulang. 

Virus dan kuman pula sangat terkesan dengan getaran suara terutama dari getaran alunan al Quran. Ia akan menjadi lemah dan berhenti. Aktiviti sel yang sihat pula akan meningkat dan menyembuhkan kembali program penyembuhan tubuh yang terganggu untuk bersedia semula bagi menentang virus dan kuman

Dibawah adalah gambar sebenar sel darah merah yang mula menukar medan elektromagnetik di sekitarnya selepas diperdengarkan alunan al Quran.


Feb 28, 2013

15 Perkara Melepaskan Anda Daripada Azab Neraka


kredit pic - iluvislam.com


1-Menjauhkan 25 pekara yang mewajibkan anda menerima azab Allah SWT
2- Muhasabah diri setiap hari sebelum tidur malam.
3- Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur.

Feb 21, 2013

Info Kesihatan : 11 Manfaat Omega 3 untuk WANITA




Kita sedia maklum yang Omega-3 diperlukan oleh janin dalam kandungan, kanak-kanak yang sedang membesar. Tapi adakah terdapat manfaat minyak ikan yang eksklusif untuk wanita? Ya, semestinya! Dan manfaat minyak ikan untuk wanita boleh membuat hidup wanita tersebut secara mendadak akan menjadi yang lebih baik. Anda akan menjadi lebih gembira dan sihat. Bukankah itu impian setiap wanita?


Yang pasti jika anda mengambil supplemen minyak ikan Omega-3 anda daripada sumber yang tulen dan berkualiti tinggi, anda akan mendapat manfaat omega 3 yang terbaik untuk tubuh badan.

Mengapa minyak ikan tulen begitu berbeza daripada sumber omega-3 yang lain? Kualiti omega 3 minyak ikan adalah sumber terkaya dan terbaik EPA, DHA dan DPA - tiga Omega 3 asid lemak yang terbukti dalam kajian penyelidikan saintifik demi kajian untuk menghasilkan omega berikut menakjubkan 3 faedah.

Minyak Ikan Omega 3 dan Manfaatnya untuk Wanita


1. Perlindungan terhadap kanser payudara: 

Kajian menunjukkan wanita dengan pengambilan  asid lemak minyak ikan yang tinggi mempunyai sehingga 50% peluang kurang mendapat kanser payudara, yang adalah satu kebimbangan utama bagi kebanyakan wanita. DHA adalah semulajadi anti-radang yang menghalang transformasi selular dan membunuh sel-sel kanser.


Info Hamil : 10 Tanda Anda Hamil

Sharing info kehamilan dari portal kehamilan - http://portal.alamhamil.com/
Semoga Bermanfaat untuk semua ye, tak semua 10 tanda nie ibu2 akan alaminya tapi tanda yang ke-10, kalau positif confirm hamil la tu..huhu
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.














Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

Feb 19, 2013

Rahsia Untuk Mudah Mengandung





Saya ada 1 kisah menarik dan sangat bermakna (bagi saya) yang saya nak kongsi dengan anda di sini. Kisah ini mungkin bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah sukar mendapat anak @ susah mendapat cahaya mata.

Kepada pasangan yang mengalami masalah susah nak dapat anak (walaupun dah bertahun-tahun kahwin), sila beri perhatian atas apa yang saya kongsikan ini.

Begini kisahnya…

Saya dan isteri sebenarnya ada masalah susah dapat anak walaupun sudah 2 tahun berkahwin. Sudah puas kami berusaha, sudah banyak buku (ebook) kami baca, sudah bermacam-macam jenis ubat kami makan, sudah berurut dengan beberapa orang tukang urut kampung, malah kami juga pernah pergi ke LPPKN beberapa kali, bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah sukar mendapat anak ini.

Namun, semua usaha kami gagal. Dalam masa 2 tahun menunggu berita gembira, tak juga kunjung tiba. Kami berasa betul-betul kecewa dan hampir berputus asa.

Antara Pangkat dan Impian


Jumpa artikel nie kat MohdHisyam.com , semoga mendapat iktibar dari cerita.. sedih baca cerita nie..

3 tahun lepas, aku seakan bermula semula dari “0″. Aku terpaksa meminjam duit dari adik perempuanku(dengan agreement bertulis) untuk dijadikan modal pergi bekerja. Tidaklah banyak, hanya RM150 sahaja. Namun sangat bermakna pada aku yang benar-benar kontang ketika itu. Jumlah itulah segala-galanya untuk keperluan sementara mendapatkan gaji pertama.
Aku bekerja di sebuah kilang. Bekerja bersama2 warga Nepal & Bangladesh. Tinggal dihostel berkongsi tilam dengan ramai orang. Makan bersukat. Biasanya bajet makan hanya RM2 sehari, malah seringkali terpaksa dikurangkan sehingga 0.60sen sahaja. Terima kasih kepada makcik yang selalu menjual nasi goreng kosong dengan harga 0.60sen kepadaku, walhal harganya adalah RM1. Seperti dia tahu kesusahanku ketika itu, walau tidak pernah aku zahirkan. Banyak ruang perut aku isi dengan air suam, kadang2 sampai 3 liter sehari.Keadaanya lebih perit bilamana tiba shift malam. Pukul 2-4 pagi biasanya adalah masa tidur yang paling nyenyak. Namun kami lencun dengan peluh.Seolah bekerja di bawah panas matahari. Memang selayaknya begitu, kerana aku bersama pekerja2 lain bekerja di bahagian produksi yang sedia panas. Kilang membuat Tilam & Bantal!

13 sifat lelaki tak disukai wanita



Para istri atau kaum wanita adalah manusia yang juga mempunyai hak tidak suka kepada laki-laki karena beberapa sifa-sifatnya. Karena itu kaum lelaki tidak boleh egois, dan merasa benar. Melainkan juga harus memperhatikan dirinya, sehingga ia benar-benar bisa tampil sebagai seorang yang baik. Baik di mata Allah, pun baik di mata manusia, lebih-lebih baik di mata istri. Ingat bahwa istri adalah sahabat terdekat, tidak saja di dunia melainkan sampai di surga. Karena itulah perhatikan sifat-sifat berikut yang secara umum sangat tidak disukai oleh para istri atau kaum wanita. Semoga bermanfaat.

  • Pertama, Tidak Punya Visi
Setiap kaum wanita merindukan suami yang mempunyai visi hidup yang jelas. Bahwa hidup ini diciptakan bukan semata untuk hidup. Melainkan ada tujuan mulia. Dalam pembukaan surah An Nisa’:1 Allah swt. Berfirman: “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. 

Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”. Dalam ayat ini Allah dengan tegas menjelaskan bahwa tujuan hidup berumah tangga adalah untuk bertakwa kepada Allah. Takwa dalam arti bersungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah haramkan benar-benar dijauhi. Dan apa yang Allah perintahkan benar ditaati.

Namun yang banyak terjadi kini, adalah bahwa banyak kaum lelaki atau para suami yang menutup-nutupi kemaksiatan. Istri tidak dianggap penting. Dosa demi dosa diperbuat di luar rumah dengan tanpa merasa takut kepada Allah. Ingat bahwa setiap dosa pasti ada kompensasinya. Jika tidak di dunia pasti di akhirat. Sungguh tidak sedikit rumah tangga yang hancur karena keberanian para suami berbuat dosa. Padahal dalam masalah pernikahan Nabi saw. bersabda: “Pernikahan adalah separuh agama, maka bertakwalah pada separuh yang tersisa.”

Nov 14, 2012

Kepentingan Vitamin dan Mineral Sewaktu Tempoh Penyusuan

Khas untuk ibu yang sedang menyusu si manja.. jom baca kepentingan vitamin & mineral sepanjang proses penyusuan..

Sumber : PA&MA. Mac 2011.
_________________________________________________________________

Kebanyakan orang menganggap vitamin dan mineral cuma penting tatkala hamil. Selepas itu, ia tidak diperlukan lagi. Anggapan ini ternyata salah! INTAN JASTINA JAMALUDDIN mengintai kelebihan yang ada pada supplemen tambahan untuk anda amalkan sepanjang tempok penyusuan.

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.

Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama supplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...