^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Aug 3, 2012

Sheikh Muszaphar Ajar Bella Berenang


Angkasawan negara pertama, Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr. Harlina telah mengajar puteri sulung mereka, Sophea Isabella atau Bella untuk berenang walaupun anak kecil mereka itu belum lagi menjangkau usia setahun.
Umum mengetahui, Harlina telah melahirkan Bella pada 21 Julai tahun lalu melalui proses ‘water-birth’ atau pun kaedah melahirkan bayi dalam air.
Nampaknya, Bella dan air sememangnya tidak dapat dipisahkan!
Video Bella yang sedang belajar berenang yang dimuat naik oleh Sheikh Muszaphar sendiri di laman You Tube sejak bulan lalu mendapat kunjungan penonton sebanyak 175,395.
Eloklah Sheikh Muszaphar dan isterinya sudah membiasakan Bella dengan air kerana belajar berenang itu adalah salah satu sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah S.A.W.
Semoga cara serta didikan Sheikh Muszaphar dan Harlina dapat memberikan inspirasi kepada ibu bapa yang lain.
Oleh: NAIMAH SHAARI
kredit - NewHub

Jun 8, 2012

Khasiat Kurma, Kismis & Madu terutamanya perempuan hamil






Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkanNabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Makanan-makanan manis yang lain yang perlu dijauhkan.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Nov 22, 2011

Anemia

Apa itu anemia? Kita mungkin biasa mendengar rakan-rakan mengadu seperti cepat letih, sakit kepala yang berlarutan, muka kelihatan pucat tak bermaya dan beberapa lagi yang sebenarnya ia merupakan simpton kepada penyakit anemia. Dikatakan ada 400 jenis anemia namun 2 jenis yang amat bahaya yang boleh mengakibatkan dua perkara berikut iaitu ;
• Kematian
• Lumpuh badan

Secara umum anemia lebih dikenali sebagai kurang darah dan secara khusus tubuh kekurangan sel darah merah, atau kurang hemoglobin dan secara langsung menyebabkan kurangnya oksigen yang di bekalkan ke sel-sel.

Apakah tanda-tanda kepada penyakit ini? Antaranya ialah lemah badan, keletihan atau kelesuan, pening@sakit kepala, pucat- pada muka , kuku, bibir, dan kelopak mata, kesedihan, mudah terganggu, sakit dalam mulut, tercunggap-cunggap, gangguan mental dan kurang stamina.Namun terdapat tanda-tanda awal yang perlu kita ambil berat sekiranya ia berlaku iaitu kurang selera makan, sakit kepala dan sembelit


MAKLUMAT TENTANG SEL DARAH MERAH


1. Jangka hayat 120 hari
2. Sentiasa di ganti
3. ½ cawan darah – 5 juta sel 100% hemoglobin
< 80% hemoglobin, < 4 juta sel ANEMIA


SEBAB UTAMA


1. Kekurangan B6

• Kebiasaan berlaku pada lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.
• Kurang B6 --- kurang sel darah merah & kurang hemoglobin
• Tidak di sedari sehingga 10 tahun


2. Kurang Magnesium
• B6 & Mangnesium macam “salt + pepper”

3. Kurang Vitamin E
• Mengganggu penyerapan Iron
• Hasil penyelidikan menunjukkan sel darah merah yang terdedah kepada cahaya & oksigen selama 13 jam, jika dengan Vitamin E – hanya 4% kerosakan. Manakala tanpa Vitamin E -- 100% kerosakan akan berlaku terhadap sel.Penggunaan minyak yang banyak terutama dalam masakan harian memerlukan lebih Vitamin E.

4. Kukurangan Asid Folik
• Kekurangan B12

5.
Kekurangan Iron
• Hemoglobin, enzim, rendah
• Akibat kelesuan yang kronik, sakit kepala

6. Kekurangan asid dalam perut
• Kekurangan B1, B2 , B5 , Vialin
• Cholin – perut tidak dapat keluarkan asid untuk penyerapan

sumber : Anakkuwira.com

Vitamin E untuk kecantikan luaran dan dalaman

Masa zaman remaja dulu, saya cuma tahu Vitamin E boleh hilangkan parut. Jadi, saya pun mencari krim berasaskan vitamin E untuk disapu. Parut tak hilang pun sebab saya tak berapa rajin jadikan amalan. Sebotol pun tak habis. Dah besar ni, selamat rajin makan vitamin. Ada pula Vitamin E untuk kesihatan luar dan dalam. Sangat bagus..



Perbezaan Vitamin E Shaklee

Vitamin E Shaklee mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.




Kebaikan Vitamin E

  • merupakan antioksida yang penting untuk membantu pencegahan kancer dan penyakit kardivaskular.
  • ia mampu memperbaiki peredaran darah seterusnya menyumbang pada baik pulih tisu dan mengurangkan prementrual sindrom.
  • berupaya memelihara pembekuan darah yang normal dan menyembuh serta mengurangkan parut akibat kecederaan.
  • membantu mengurangkan tekanan darah,  risiko katarak dan mengendurkan otot kaki akibat kekejangan.
  • bagi lelaki, vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran dan kualiti sperma.
  • Vitamin E berfungsi mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 
  • merupakan anti-aging vitamin kerana mampu melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
  • Vitamin E boleh mencegah pertumbuhan sel abnormal terutama kanser. 
  • Bagi ibu yang mengalami bengkak susu atau clog duct, bolehlah mengambil 2 biji vitamin e sebagai altenatif tetapi bukan untuk jangka masa berterusan.  
  • Ada kes di mana, pesakit mengalami benjolan seperti ketumbuhan di bahagian kemaluan. Selepas mengambil vitamin E selama 7 hari sebanyak 2 biji sehari, ketumbuhan telah mengecut dengan sendirinya. Ini kerana vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal dan menlancarkan saraf.
  • bagi ibu yang mengalami masalah kedinginan terutama selepas melahirkan anak, vitamin E turut membantu. Antara punca kedinginan adalah hormon prolaktin yang tinggi berbanding hormon estrogen. Dengan pengambilan vitamin E insyaAllah dapat membantu dengan menstabilkan hormon.
  • Pengambilan vitamin E secara konsisten juga amat membantu mencerahkan kawasan aerola para ibu. Perasankan, selepas kita mempunyai anak, kawasan tersebut menjadi semakin gelap. Jadi, vitamin E mampu mencerahkannya kembali.

Nov 20, 2011

Khasiat Pisang



Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!


sumber : email KLK yahoogroup

Oct 1, 2011

Kulit Cantik Dengan Khasiat Kelapa

Sejak dahulu kita telah ketahui bahawa santan mempunyai pelbagai kebaikan dalam makanan mahupun dalam kecantikan. Selain untuk kulit cantik, Santan turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang cantik dan rambut lebat bersinar

Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu juga berfungsi dalam mengekalkan daya ketahanan badan dan melindungi kulit.

Pernahkah anda mendengar mengenai lulur santan? Tahukah anda bahawa lulur santan dapat menjadikan kulit cantik dan gebu.. ini lah kebaikan dan khasiat pada lulursantan yang akan di paparkan di sini..

Lulur santan adalah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang kulit menjadi lebih anjal dan membantu mengekalkan kelambapan kulit untuk kulit
 cantik berseri. Di samping itu, lulur santan juga bolehmegurangkanb kesan kegelapan kulit apabila berjemur.

Asid laurik yang terdapat dalam lulur santan turut berupaya meransang pembentukan kolagen dalam sel kulit dan juga melindungi kulit daripada kuman. Kulit akan cerah secara semula jadi tanpa pengelupasan melalui penyingkiran sel kulit mati dan kotosan yang melekat pada badan. Inilah fungsi lulur santan.


Kaedah LulurSantan


  • Sebelum melakukan rawatan lulur santan, kulit akan di analisis untuk memastikan rawatan yang sesuai.
  • Lulur santan akan di oleskan padan badan dari atas bahu hingga ke tapak kaki.
  • Badan akan di bilas dengan air suam.
  • Kemudian serbuk susu akan di sapu pada keseluruhan badan
  • Setelah itu urutan daripada kaki hingga ke kepala.
  • Berendam di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
  • Selalunya anda akan di berikan  dengan teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.
Kebaikan Lulur Santan
  • menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
  • Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
  • Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
  • Mengurangkan tekanan & keletihan.
  • Mengekalkan tenaga.
  • Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
  • Memperbaiki tekstur kulit.
  • Mengurangkan dehidrasi
**Di petikdari Majalah Rapi nov 15 2009
credit to KELAB DIET

Sep 30, 2011

Rahsia Vitamin E





~~..7 sebab kenapa wanita perlukannya..especially yg pentingkan kecantikan dan yang tgh menyusu tu.:-)
JOM BACA 7 RAHSIA VITAMIN E

*credit to adhatine2.blogspot.com & anakkuwiraku.blogspot.com

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

rahsia lain...~~~ vitamin E juga membantu mengurangkan strecth mark... ni kata mommy icha~.."baru-baru saya ada update kat Facebook yang makan vitamin E boleh hilangkan stretchmark masa mengandung. ye memang betul pun... saya tak tipu.. malah saya tak sapu apa-apa krim pun tau kat perut saya (sebab malas). stretchmark tu memang sangat pudar di perut saya, cuma yang jelas garisan linea.." negra tu

Jan 12, 2010

KHASIAT PISANG

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.




PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda. Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.




Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita. Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! Lain-lain

Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah. Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

P/S: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!


Dec 7, 2009

Rahsia Taugeh


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang , serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis ). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.

Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda . Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser . Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya .
Jadi apalagi,

JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...