^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Jun 3, 2012

Pesanan untuk LELAKI dr Ustaz Azhar Idrus

Photo: Pesanan untuk LELAKI dr Ustaz Azhar Idrus
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[♥Sila klik LIKE, TAG and SHARE jika korang suka♥]

1. Jangan pikat wanita kalau anada tak bersedia cintakan dia

2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia

3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak pasti

4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya

5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya

6 HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahi nyer.

kredit - koleksi ZahidZidane



1. Jangan pikat wanita kalau anada tak bersedia cintakan dia

2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia

3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak pasti

4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya

5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya

6 HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahi nyer.

kredit - koleksi ZahidZidane

May 3, 2012

Pantang Larang Melayu Lama Untuk Wanita Hamil



1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.


2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.


3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.


4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.


5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.



Petua Melayu Lama Untuk Memudahkan Bersalin



1. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempuh kehamilan.

2. Hampir bersalin, amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.

3. Amalkan minum air lebihan suami.

4. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.

Mar 25, 2012

17 Tips Menjaga Hati Isteri

Gambar ihsan Mr Google
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. 
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah. 
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cuba lah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah. 


[Gaya Hidup Sihat] Saya Setuju! "SMS : Rugi Siapa Tak Cuba Set Penyusuan Shaklee"
[Gaya Hidup Sihat] Hadiah hebat buat suami : Set "I Love You, Hubby!"

Mar 8, 2012

Petua Menghilangkan Selulit


Sedia maklum,selulit atau kesan parut pada bahagian luar paha,perut dan punggung amat sukar untuk dihilangkan. Akan tetapi rawatan tradisional akan dapat mengurangkan kesannya.


Cara-caranya:

Cara 1. Ambil tawas,bancuh/canpur dengan sedikit air suam. Sapukan pada tempat atau bahagian yang terdapat selulit setiap hari.

Cara 2. Ambil minyak kelapa hijau,gunakan untuk mengurut bahagian badan yang berselulit setiap pagi selepas mandi.

[Gaya Hidup Sihat]Cara memerangikan Selulit cara Moden
[Gaya Hidup Sihat] Mengapa Asid Folik Penting Buat Ibu Hamil?

Feb 21, 2012

Pelanggan Tahap Mana Yang Lebih Utama ?

alt Tanpa pelanggan, maka tiada jualan, tanpa jualan, tiada wang masuk dalam perniagaan, tanpa wang masuk dalam perniagaan bermaksud perniagaan ini tidak akan bertahan lama.
Jadi mencari pelanggan baru serta mengekalkan pelangan sedia-ada adalah sangat penting. Namun ada ketika kita akan menghadapi dilemma samada mementingkan pelanggan sedia ada atau mengutamakan pelanggan baru.

Pelanggan Baru

Bagi perniagaan yang baru, pelanggan baru adalah sangat penting. Atas sebab ini banyak perniagaan baru terkandas jika tidak mempunyai produk atau servis yang unik. Mengubah seseorang yang telah menggunakan produk jenama lain kepada menggunakan produk kita adalah sukar. Namun ia mampu dilakukan, antara kaedahnya :

- pemasaran yang konsisten
- tawaran menarik
- mengajak pelanggan mencuba sample produk secara percuma
- memberi latihan serta informasi percuma tentang produk
- mendapatkan testimoni positif dari seramai mungkin pelanggan.

Kita perlu meletakkan diri kita di tempat pelanggan dan bertanya "kenapa aku perlu membeli daripada syarikat ini berbanding syarikat yang aku pernah beli sebelum ini ?"
Manusia secara umumnya takut kepada sesuatu yang dia tidak tahu (fear towards the unknown) atau secara ringkasnya takut mencuba. Mereka tidak kisah samada perkara ini bagus atau tidak, tetapi mereka berani mencuba.

Oleh yang demikian, kita sebagai usahawan perlu memulakan langkah pengerak untuk mendekati pelanggan dan meyakinkan mereka dengan perniagaan kita.

Pelanggan Sedia-ada

Bagi perniagaan yang sudah mula bertapak beberapa tahun, dilema yang sering dihadapi adalah samada mengutamakan untuk mencari pelanggan baru atau menjaga sebaik mungkin pelanggan lama.

Pada bila-bila masa, jawapannya adalah menjaga pelanggan sedia ada. Menjaga pelanggan sedia ada adalah 10 kali ganda lebih utama daripada mencari pelanggan baru.

Ini adalah kerana pelanggan sedia-ada bermaksud pelanggan yang pasti dan pernah percaya pada anda. Mereka ini perlu diutamakan dalam semua keadaan. Mereka ini adalah sumber kewangan bagi anda untuk tempoh mungkin 20-30 tahun akan datang.

Mereka yang pernah membeli dari kita akan merasa lebih yakin untuk membeli untuk kali yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Mereka ini juga takut dengan sesuatu yang kurang pasti. Jadi di sini adalah kelebihan kita kerana mereka mengenali kita.

Pelanggan baru belum tentu menjadi pelanggan anda.

Pelanggan yang berpaling tadah

Tahap yang seterusnya adalah pelanggan anda yang sedia ada dan kemudian dia beralih kepada syarikat lain untuk membeli produk yang sama.

Terhadap pelanggan seperti ini, anda tidak seharusnya berdendam dengan mereka. Sebaliknya anda seharusnya bersangka baik dan cuba mendekati mereka semula. Hantar sms dan call mereka sekiranya perlu.

Jika mereka tidak reply atau tidak balas call anda, ini adalah lebih baik. Anda hantar sms dan call secara konsisten setiap bulan. Selepas beberapa bulan, mereka akan merasa bersalah terhadap diri mereka dan lambat laun mereka akan kembali kepada anda.

Jika mereka kembali buat kali kedua, kebarangkalian untuk mereka berpisah semula adalah sangat tipis. Jadi usaha anda ini tidak sia-sia.

Sebagai usahawan, kita perlu memandang gambaran yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu bagi satu masa tertentu.
sekian, terima kasih

- Artikel iluvislam.com 

Credit to Shahabudeen Jalil

Penawar masalah pencernaan

Kalsium @ Ostematrix Shaklee melegakan sakit pinggang

Pulihkan tekanan darah dengan Vitalea dan dapatkan tidur yang nyenyak dengan Ostematrix

Jan 27, 2012

Petua Hilangkan Panau

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Iaitu kulat dari jenis genus Malassezia. Sekiranya kulit anda berpanau, tentu akan berasa gatal-gatal semasa berpeluh. Lepas tu ianya agak berdebu bila digaru. Mesti tak selesa, kan?

Hah, kat bawah ni ada satu contoh kulit yang berpanau. Saya amik dari web Wikipedia.

gambar sejenis penyakit kulit iaitu panau



Justeru itu, bagi anda yang ingin sangat menghilangkan panau di badan ni, cubalah satu petua berikut;


1. Dapatkan 2 helai daun gelenggang dan basuhlah supaya ia bersih.

Ini rupa bentuk daun gelenggang yang saya jumpa di Flickr.com milik syzygy_in.

inilah rupanya daun gelenggang


2. Kemudian, anda letakkan daun gelenggang tu kat tapak tangan. Putar-putarkan daun tersebut sampai lumat.

3. Bila dah lumat, sapukanlah pada kawasan kulit anda yang ada panau tu.

4. Buatlah petua ni 2 kali sehari sehingga panau tersebut hilang.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Set A untuk kesihatan Optimum lelaki dan perempuan

Kekayaan vs kesihatan... Ubat vs vitamin

Tips untuk elak anak senang sakit dan demam.

Dec 31, 2011

Petua Orang Lama Untuk Wanita


hearth Petua Orang Lama Untuk Wanita

1.Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat – urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat – urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.


6. Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif

Sumber : Home Family Site 

Jeragat Hilang, Hidung Licin, Muka Berseri!!!

Kelebihan bawang putih untuk mengawal tekanan darah, kencing manis, ulser dan cirit birit

Perlukan Vitamin ? Mungkin yang anda cari ada disini...

 

 

Dec 30, 2011

Rawatan Untuk Mata Rabun


epal

Jika mata anda rabun, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti kangkung, lobak merah, epal, mangga dan betik. Semoga tahap rabun anda berkurangan.

Sumber : Pa&Ma

Khasiat VIVIX : Kekal Sihat, Bertenaga dan Awet Muda

Cantik dan Awet Muda dengan Shaklee GLA Complex

Carotomax :Vitamin utk mata dan Kanser."Sel2 diserang berjuta radikal bebas. Apakah yg dapat membantu?"

 

 

Petua Hilangkan Sakit Gigi


bawangputih
Ambil seulas bawang putih dan kemudian hiriskan nipis-nipis. Kemudian, tempel pada gigi yang sakit. Biarkan selama lebih kurang satu jam. Anda akan dapat merasa kesannya.

Dec 27, 2011

Cerahkan Kulit Secara Semulajadi



1) Sediakan parutan lobak merah, kuning telur dan sedikit air limau nipis
2) Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau sehingga sebati
3) Sapukan bahan yang sudah sebati serata pada muka
4) Biarkan kering
5) Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka
Selamat Mencuba!~

Dec 23, 2011

Khasiat Madu Lebah



A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG

a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN

a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. nDikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBIOTIK”

SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
Jauhkan dari litar elektrik.
Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

Sumber : PetuaBahagia

Dec 22, 2011

Kunyit Penaik Seri Wajah

seri wajah
Bagi mendapatkan wajah yang berseri, campurkan kunyit yang telah ditumbuk halus dengan sedikit garam dan sesudu perahan limau nipis. Gaulkan kesemua bahan dan gosokkan pada muka sehingga rata. Lakukan seperti skrub. Amalkan tiga kali seminggu. Insya-Allah, berkesan.


Jeragat Hilang, Hidung Licin, Muka Berseri!!!

Sihat Berseri Dengan Shaklee Meal Shakes!

Boleh Cantik ke dengan Vitamin Shaklee?

 

Gigi Tambah Berseri

garam
Agar gigi anda tambah berseri, amalkan cara ini. Mula-mula, ambil satu sudu garam halus dan campurkan dengan beberapa titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai garam tersebut menjadi lembap agar anda mudah mencoleknya. Kemudian, gosok garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasilnya, gigi akan menjadi bersih dan berseri.


Dec 5, 2011

Petua untuk bahagia

Dari inbox admin,kredit kepada penulis- isuhangat

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3.. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Boleh Cantik ke dengan Vitamin Shaklee?

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

sumber : IsuHangat

Jom Langsing Cara Mudah & Selamat

Nak Kulit Cantik Berseri??

Nov 23, 2011

Petua Orang-orang Tua Membina Rumahtangga Yang Harmoni



Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang.

Insya Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh.

Ok tak apa suruh maid atau pun ibu kita basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri.

Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).

Juga bilik, Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan kepada sesiapa pun walaupun ibu kita sendiri atau anak'2 bila usia mereka dah meningkat dan yang terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.

Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.

Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA??? AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu.

Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.

Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya.

Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...

Kalau kita tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi.

Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya.

Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah.

Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami.

Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu dan antara dua lututnya... (syahwatnya).

Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak.

Balik kerumah pun kita minta 'bibik' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita???

Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah.

Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya?

Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain.

Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang.

Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang.

Sorok2lah sikit... malu org tenguk... tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf, kena berterus terang sikit... tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri.

Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri.

Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin) dan menyidai lalu melipatkannya.

Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak... kenapa mesti bagi org lain 'menguruskannya'???

Dan ini yg paling penting. Bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!.

Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri.

Peliharalah keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2...
Sumber : pakbelang@yahoogroups.com

Nak Tambah ZURIAT??

Kalsium VS Wanita...

Oct 11, 2011

Petua Murah Rezeki:


Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesa...nan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !
~LB~

Oct 2, 2011

Petua Orang Lama Vs Moden

Kulit Lebih Licin

Untuk mendapatkan kulit muka yang tegang dan licin, ambil putih telur yang sejuk.
Sapukan dimuka seperti masker selamat 30 minit
Kemudian bilas seperti biasa. Hasilnya wajah anda lebih cantik bila dekenakan solekan

 
Pegaga Hilangkan Parut

Sumber : Mingguan Wanita - Feb 2011
Bagi menghilangkan parut di muka, ambil daun pegaga dan campurkan dengan sedikit beras.
Tumbuk sehingga lumat dan lumurkan disekitar parut tersebut.
Amalkan setiap malam sebelum tidur. Insyaallah parut akan berkurangan

Nak cara cepat??
Wajah beseri2 dengan pengamalan vitamin yang sesuai
Lebih cepat kesan nya  KLIK SINI 

Sihat Berseri Dengan Shaklee Meal Shakes!

Boleh Cantik ke dengan Vitamin Shaklee?

Cantikkan diri sebelum usia 40 tahun.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...