^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Mar 16, 2013

Tips Mengambil Hati Suami Dan Isteri


Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan
Sumber : http://www.informasi.my/tips-mengambil-hati-suami-dan-isteri/

Nov 14, 2012

10 Tips Mendidik Anak Soleh & Solehah



Tips untuk mendidik anak-anak untuk menjadi anak yang soleh & solehah..insyaallah..

anak soleh, child development, tip anak soleh dan solehan, child, kanak-kanak, kedai barangan bayi secara online, online baby shop, petua, tips














1.Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain – yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

Oct 12, 2012

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran


Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.


Oct 4, 2012

Tips Keluarga Bahagia


Tips keluarga bahagia” yang saya kira sangat baik untuk kita ambil manfaat daripadanya.



·         Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH…berdoa bersama2…mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2

·         Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama….

·         Galakkan isteri tidur di atas lengan suami…

·         Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan….

·         Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri….

Sep 12, 2012

WANITA SOLEHAH PERMATA SUAMI





Allah SWT mengurniakan keupayaan intelektual dan kognitif untuk berfikir kepada makhluk-Nya bergelar manusia. Dengan kemampuan itu, manusia diberikan kebebasan membuat pilihan, mahu taat dan patuh secara sukarela, atau mengingkari seruan mentauhidkan Allah serta tahu akibatnya.

Kapasiti menggunakan akal dianugerahkan Allah yang akan membezakan manusia dengan makhluk lain. Malaikat dikurniakan akal tanpa nafsu, menjadikan mereka makhluk paling taat serta tidak langsung membantah segala ketetapan dan perintah Allah.

Sementara haiwan melata diberikan nafsu tanpa keupayaan akal sofistikated, sehingga mereka hanya mampu bertindak menuruti keperluan nafsu syahwat semata-mata.
Individu yang memilih jalan ketakwaan, ketaatan dan keimanan akan mendapat kemenangan serta kejayaan besar. Sementara mereka yang memilih dengan penuh sedar jalan kefasikan, kemungkaran dan kemunafikan, akan menempa azab sengsara yang berkekalan.

Tanda-tanda kita sudah jatuh cinta



Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta, iaitu (Sila rujuk Tuq al-Hamamah) :-

Pertama :
Kecanduan memandang orang yang dikasihi. atau apa sahaja barang kepunyaannya lalu mengingatkan kepada pemiliknya. Itu sahaja sudah sebuah nikmat.


Kedua :
Segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.



18 Petua Mengasihi Teman Hidup Anda



1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.


2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan  gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.


3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (I LOVE U 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

Sep 11, 2012

Tips untuk hidup bahagia sebagai suami isteri



Keluarga yang harmoni dibina dengan susah payah, bukan terbina dengan sendirinya. Untuk bahagia, suami perlu berusaha. Isteri pun perlu berusaha. Suami kena buat pengorbanan, isteri juga perlu bersusah payah. Pendek kata, kedua-dua belah pihak kena saling faham memahami, saling bertolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Si suami kena tahu peranan, tugas dan tanggungjawabnya. Si isteri juga begitu, ada peranan dan tanggungjawabnya pada suami. Masing-masing kena tunaikan hak kepada pasangan masing-masing.


Suami isteri perlu saling bertolak ansur
Berikut ini dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk jadikan rumahtangga yang dibina agar sentiasa harmoni dan bahagia. Sila baca dan amalkan;


Jul 4, 2012

7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak

7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak



1. Mencuci pakaian sendiri

```````````````````````
Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.

Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor--mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan noda, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.

2. Memasak yang sederhana
```````````````````````
Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, untuk belajar maupun bekerja nantinya, atau saat ia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan bisa masak sendiri, selain lebih hemat juga lebih sehat.

Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan ia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak ia merapikan meja dan mencuci piring setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan ia menjadi orang yang independen dan meningkatkan rasa percaya diri mereka.


Tip untuk LAYAK MENJADI ISTERI



Seringkali wanita bertanya, mengapa lelaki begitu, mengapa lelaki begini, mengapa lelaki selalu tidak menghiraukan wanita? Mengapa cinta lelaki selalu bertukar hambar pada wanita? – Namun, tidak pernah pula wanita bertanya, adakah wanita itu sendiri layak untuk dijadikan seorang isteri?

Pasti ramai yang mengaku diri mereka layak, kerana mereka rela berkorban, sanggup melakukan apa saja demi cinta, amat setia, ikhlas cinta, dan sangat sayangkan lelaki pilihannya itu. TETAPI, itu pendapat mereka sendiri. Bagaimana pula pendapat lelaki terhadap wanita, kekasih/tunang/bakal isterinya itu?

JADI, PERSOALANNYA… “Adakah anda layak untuk dijadikan isteri?”

·         TIP 1 : Letakkan AGAMA no 1 di dalam perhubungan cinta anda agar pasangan lelaki anda merasa segan untuk dengan mudah mempermainkan anda. Jika kerana agama, membuatkan anda susah untuk mendapat jodoh, well itu lebih baik daripada mendapat jodoh yang tak ada pegangan agama dan tidak menghormati agama sendiri.

·         TIP 2 : Jangan terlalu MUDAH! Jika anda mudah diayat, mudah dipegang, digosok, dan akhirnya mudah dinoda, anda sebenarnya jauh daripada layak untuk dijadikan isteri. Jika anda begitu mudah melepaskan ‘Mahkota’ anda, apakah yang anda ada lagi untuk lelaki merasa anda layak untuk dijadikan isteri? (Berbeza jika anda pernah terlanjur dan sudah bertaubat, insyaAllah anda masih mempunyai peluang)


Jun 27, 2012

5 Cara KEKALKAN Cinta!



“BERCINTA bukan hanya waktu dilamun cinta sahaja, tetapi bercinta seharusnya sampai bila-bila!”
Setiap orang yang bertahun-tahun pengalaman berkahwin, akan tahu betapa pentingnya rasa cinta di waktu susah, apatah lagi jika sudah 12 tahun! Bukan sesuatu yang mudah dan bukan selalunya indah. Ada waktu teramat susah, ada masanya, gundah! – Paling bahaya adalah semasa cinta sudah hambar, tetapi kita letak tepi rasa kehambaran itu, sebaliknya kita fokuskan kepada mengekalkan perhubungan agar pasangan kita yang disayangi terus kekal bahagia.
“Mengapa kena fikir perasaan dia… bagaimana perasaan kita? Well… itulah cinta! Jika benar cinta, jika benar sayang, perasaan sendiri, kepentingan sendiri, sudah tidak bermakna lagi yang kekal adalah DIA YANG TERSAYANG!
Bagaimana caranya untuk kekalkan perhubungan cinta / perkahwinan? 

Jun 4, 2012

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkire.


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkire...: Teduhan Kasih :

May 25, 2012

PELUKAN? ADAKAH IA RUTIN KEHIDUPAN ANDA BERDUA?




♥ Ramai pasangan suami isteri muda pada masa sekarang tidak menyedari betapa pentingnya sentuhan fizikal dalam kehidupan seharian…Kehidupan yang terlalu sibuk, kelethian yang melampau serta kerenah anak-anak kecil yang memerlukan perhatian menyebabkan kita mempunyai kekangan masa yang membuatkan pasangan suami isteri masa kini mengambil mudah sentuhan fizikal sesama mereka…

♥ Tahukah anda, PELUKAN adalah salah satu sentuhan fizikal yang sebenarnya tidak perlu diajar caranya…Setiap daripada kita, saya yakin, pernah rasa dipeluk, pernah memeluk dan ianya merupakan satu sentuhan fizikal yang dapat memberi kedamaian…Kita pernah dipeluk oleh ibu, ayah, adik-beradik yang lain, cikgu serta rakan-rakan seperjuangan kita…

♥ Namun, selepas berkahwin, kita seakan-akan lupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga sebenarnya sangat menginginkan pelukan dari pasangan masing-masing..

PENTINGKAH PELUKAN DI ANTARA SUAMI DAN ISTERI?
**********************************************
Tidak dinafikan, suami dan isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab dan beban kerja yang perlu digalas..Di dalam kehidupan yang serba moden ini, kedua-duanya menjalani kehidupan yang sangat meletihkan dan kadang kala membebankan..

Bagi suami, ketua keluarga yang perlu bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menyara kehidupan isteri dan anak-anak…Tekanan di tempat kerja, dibebani dengan tugas yang tidak pernah selesai, serta perasaan putus asa dan marah, menyebabkan si suami sentiasa stress dan dan sentiasa berperasaan negative bila pulang ke rumah..

Si isteri pula..sama seperti suami…menggalas beban tugas di pejabat semata-mata untuk membantu bebanan yang ditanggung oleh suami…Kerja rumah yang tak pernah habis..Kain baju yang bergunung sedang menanti untuk dilipat, pinggan mangkuk yang tersadai di sinki dapur, kerenah anak-anak kecil yang rindukan belaian ibu mereka, menyebakan kadang kala kehidupan kita bertambah kusut dan kita sangat cepat putus semangat…

Jadi, bagaimanakah caranya kita sebagai pasangan suami isteri dapat membantu sama lain.?
Caranya sangat mudah….

♥ ♥ “Ramai pakar psikolgi menyarankan ‘RAWATAN PELUKAN’ selama 10 minit sebelum pasangan suami isteri tidur TANPA diikuti dengan hubungan jima’..Pasangan suami isteri haruslah berpeluk sebelum tidur dan pelukan itu haruslah dinikmati oleh kedua-dua pasangan..Tujuannya agar segala perasaan negative yang tersimpan di dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri…”

Cubalah….pasti anda akan rasa lebih relax keesokan harinya…

“PELUKAN tidak harus dilihat sebagai mukadimah kepada hubungan jima’ suami isteri sahaja..Ia harus dilihat sebagai medium perkongsian emosi untuk pasangan suami isteri”


**Dah habis baca kan??...Seronok tak baca artikel ni??Nanti saya sambung untuk tajuk “KELEBIHAN BERPELUKAN” pulak yer…Kalau anda semua rasa ianya harus disebarkan dan bermanfaat untuk pasangan suami isteri diluar sana…klik button SHARE ye..TQ**


Copyright : WonderfulLife.my
Sumber : drzubaidi.com

May 22, 2012

40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak


PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?

Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka. Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.


Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.
Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak. 

Teknik menghukum anak.

kredit pic - Mr. Google

Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi 'terror' atau 'terrorist'?

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

ASAM GARAM RUMAH TANGGA: "DIK, ABANG PON SAYANG"




Perempuan. Orang perempuan memang tahu perkara ini. Asal sahaja Allah beri ‘cuti’, masa itu mesti emosi membuak-buak. Ada sahaja yang tidak kena. Berusahalah hendak sabar macam mana pun, kadangala meletup juga, dan untuk saya, saya tidak tahu mengapa suami saya jugalah yang menjadi mangsanya.

Betul, suami saya memang baik, tapi bila bila sampai masa hendak meletup itu, ada satu perkara ini yang sentiasa akan jadi isu. "DIK"

"Sekurang-kurangnya, senyumlah, dik."

Aduhai suami saya yang sangat saya kasihi ini, setiap kali dia mahu memujuk, hanya itulah caranya dia memujuk. 'Senyumlah, dik'. Paling berbeza pun, dia cuma berkata, 'Maniskanlah mukamu, dik'. Hanya itulah kata-katanya berdengung menambah perit rajuk dalam hati.

Malah, tidak tahu saya daripada mana datangnya panggilan 'dik' untuk saya. Semasa zaman anak dara dulu, selalu terbayang suami akan panggil saya 'sayang', 'ayang', 'darling', dan paling saya mahu, dipanggil, 'honey'. Ikut Western lah kononnya.

Namun, pada kali pertama dia memandang wajah saya, dia tersenyum dan berkata, "Dik, kamu sudah makan?"
Sempat jugalah saya tergamam, tetapi itu tidak apa-apa lagi kerana saya fikir mungkin dia lelaki yang gugup. Jangankah dia, saya sendiri hanya tunduk memandang inai pada ibu jari kaki sendiri. Kaku dan nafas pun ditahan-tahan.

Namun, sehari, seminggu dan sehinggalah mendapat dua anak, tetap jugalah dia memanggil saya, 'dik'.

"Dik, ikan ini kamu mahu masak apa?"
"Nanti abang belikan baru. Janganlah sedih, Dik."
"Dik, esok jangan lupa, ya."

Untuk kebanyakkan waktu juga, saya cuma diam dan kemudiannya dengan aneh suami saya akan melakukan sesuatu yang membuat saya ketawa. Sesuatu yang saya sendiri tidak faham mengapa saya menjadi sangat mudah ketawa.

Sehinggalah pada hari itu, saat adegan pujuk-memujuk berlangsung lagi, saya dengan tidak tahan lagi berkata, "Abang ini, dari dahulu sampai sekarang asyik memanggil saya, dik. Dik. Dik. Tak adakah kata-kata lain yang lebih romantik bunyinya?"

Suami saya yang saya kasihi itu terdiam lama sebelum berkata, "Maafkan abang, dik. Abang tidak tahu kata apa lagi yang lebih kasih daripada itu. Maafkan juga kerana selama ini, abang hanya fikir dengan melengkapkan segala keperluan rumah ini, akan membuatkan kamu bahagia. Terima kasih kerana mengingatkan abang, dik, kerana apa yang diperlukan oleh hati itulah yang lebih utama."

Saya diam. Saya berasa puas, namun tetap juga ada berasa kesal. Apalah salah suami saya ini sehingga perlu saya merajuk begini.
Lalu terjadilah detik itu apabila dia berkata, "Janganlah merajuk lagi, sayangku."

Tidak tahu saya, terus sahaja saya ketawa sehingga keluar air mata. Entah mengapa kata-kata suami saya itu terdengar sangat lucu. Rajuk saya hilang, bertukar rasa yang bertambah sayang kepada dia.

Itulah yang sering-sering berlaku dalam hidup saya. Pada ketika saya merajuk, dan mengharapkan dia memujuk, dia seringkali gagal memujuk dengan cara yang saya fikirkan tetapi akhirnya tetap juga saya ketawa dan rajuk pun hilang.

Lalu pada hari itu, saya ceritakan perkara itu kepada ibu dan ibu segera memarahi saya, "Hal rumahtangga kamu, jangan ceritakan kepada orang lain, walaupun dengan ibu sendiri. Kamu sekarang adalah milik suami kamu."

Tersentak dengan itu saya berkata, "Ibu, saya bukan mahu ceritakan hal rumahtangga saya. Saya cuma mahu minta pandangan ibu, mengapa saya begitu? Adakah normal?"

Ibu tersenyum.

"Anakku, suatu hari ada sorang lelaki mahu mengadu kepada Saidinar Umar R.A berkenaan isterinya yang suka membebel padanya, tetapi sebaik sahaja melihat Khalifah Islam yang paling garang dan digeruni musuh itu, lelaki itu membatalkan hasratnya dan terus pulang.

Ini kerana, semasa beliau hendak masuk berjumpa Saidina Umar, beliau terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel kepada Khalifah Islam itu. Sedangngkan khalifah pun sedang dibebel isterinya, apalah yang dia mampu tolong lagi?

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"
Lelaki tadi menjawab, "Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."
Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Jadi, adalah normal kita perempuan ini terkadang membebel, tetapi bukanlah bermakna hari-hari begitu. Sekiranya hari-hari, itu namanya perempuan sakit. Iyalah, kepada siapa lagi kita mahu mengadu selain kepada suami sendiri. Lagipula, kita perempuan ini, semarah mana pun kita, tetap sahaja kita sayang kepada suami.

"Jadi, adakah suami saya itu sebenarnya sedang mencontohi Saidina Umar?" soal saya segera, kerana hati saya menjadi sangat lapang mendengarnya.

"Ibu tidak tahu. Tetapi ibu tahu seperkara. Memang benar, Allah tidak memberikan kamu suami yang kaya, yang tinggi sekolahnya, yang kacak rupanya, tetapi Allah kurniakan kamu suami yang taat kepada-Nya dan ikhlas mengasihi kamu. Kerana taat dan ikhlasnya itu, Allah mudahkan dia dengan memudahkan hati kamu lembut dan hilang rajuk. Lembut hati kamu untuk ketawa dan lembut hati kamu untuk kembali ceria. Kamu sangat beruntung, kerana kamu juga mendapat tempiasnya. Ingatlah, keluarga yang gembira bermula dengan isteri yang gembira, dan kamu sudah memperolehnya."

Hati saya semakin berbunga-bunga, sepertinya cinta saya kepada suami kembali basah, dan tidak sabar mahu sampai ke rumah, menunggu pulangnya suami saya. Sampai sahaja suami saya di depan pintu terus dia berkata, "Dik, kamu sudah makan?"

Saya tidak menjawab soalannya, sebaliknya terus meluru memeluk dia dengan erat-erat, dan saya tidak mahu lepas. Terima kasih Tuhan, kerana memberikan suami ini.

"Dik, kamu mengapa, dik?"

"Saya sayang...." Tidak mampu saya meneruskan kata-kata saya, kerana sudah ada air mata bening yang tumpah ruah daripada mata.

"Dik, abang pun sayang. Jangan menangis, dik."

Sekadar renungan bersama. “Jika kita mengharapkan suami sehebat Rasulullah S.A.W. jadilah isteri sehebat Saidatina Khadijah”.


Credit to Bahruddin Bekri & ILuvIslam

Copyright LifeFit.my

May 17, 2012

Hakim & Mahkamah Bantu Nenek Tua Yang Mencuri





Kredit
Agak sedih dan terharu gak baca kisah hakim juga hadirin dalam mahkamah yang membantu seorang nenek tua membayar denda akibat mencuri ubi kayu. Aku harap masih ramai insan yang berhati mulia seperti dalam kisah di bawah ni…

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Kisah Sedih Hakim Mahkamah Bantu Nenek Tua Yang Mencuri

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

May 8, 2012

Teknik Spontan Menggoda Suami Atau Isteri



1. Cuit-cuit
---------------
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, ok ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit
------------------
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggembirakan hati anda.

Jan 31, 2012

25 Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya


Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
1 - dunia ibarat laut yang dalam
Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”
2 - terima nasihat
Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”
3 - tawadduk
Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”
4 - baja bagi tanaman
Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
5 - hutang
Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”
6 - putus asa dari rahmat Allah
Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
7 - pendusta akan hilang kpercayaan
Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”
8 - jiran tetangga yang jahat
Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
9 - orang bodoh sebagai utusan
Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
10 - dusta dan daging burung
Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
11 - pilih majlis
Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”
12 - jangan makan sampai kenyang
Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
13 - pahit dan manis
Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
14 - makan bersama orang yang bertakwa 
Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
15 - ilmu untuk diamalkan
Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
16 - mencari kawan sejati
Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
17 - bertutur dengan baik dan sopan serta bermanis muka
Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
18 - pilih teman yang berharap
Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
19 - jangan riya' dan mengharapkan sanjungan
Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
20 - jangan condong kepada dunia
Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
21 - berdiam diri lebih baik dari berkata yang kotor
Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”
22 - berjalan tanpa tujuan dan mensia-siakan harta
Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
23 - disayangi dan tiada penyesalan
Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
24 - bergaul rapat dengan orang yang alim dan berilmu
Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
25 - ala kadar dan jangan hipokrit

Jan 9, 2012

10 Bakti Perlu Dilakukan Setiap Anak Terhadap Ibu Bapa


ibu 10 Bakti Perlu Dilakukan Setiap Anak Terhadap Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.



3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.

Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Sumber : Family Site
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...