^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Nov 14, 2012

Kepentingan Vitamin dan Mineral Sewaktu Tempoh Penyusuan

Khas untuk ibu yang sedang menyusu si manja.. jom baca kepentingan vitamin & mineral sepanjang proses penyusuan..

Sumber : PA&MA. Mac 2011.
_________________________________________________________________

Kebanyakan orang menganggap vitamin dan mineral cuma penting tatkala hamil. Selepas itu, ia tidak diperlukan lagi. Anggapan ini ternyata salah! INTAN JASTINA JAMALUDDIN mengintai kelebihan yang ada pada supplemen tambahan untuk anda amalkan sepanjang tempok penyusuan.

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.

Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama supplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.

Jun 26, 2012

Info Hamil : Kenali Perubahan Kulit Ketika Hamil


Sumber - PA& MA
kehamilan
Perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan menyebabkan kulit turut terkena tempiasnya. Dr Helena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakit puan dan perbidanan dari KL Fertility& Gynaecology Centre, Kuala Lumpur menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut.

Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.

Topeng Kehamilan/ Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.

Jun 8, 2012

Khasiat Kurma, Kismis & Madu terutamanya perempuan hamil






Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkanNabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Makanan-makanan manis yang lain yang perlu dijauhkan.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Apr 9, 2012

Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak


Sumber - Malajalh PA MA
mac1
Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kkamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...