Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.
Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri. Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran iaitu :
1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan. Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.
[JOM SINGGAH]Kebaikan Soy Lecithin - Kurus & Minda
[JOM SINGGAH] Perlukan Vitamin ? Mungkin yang anda cari ada disini...
[JOM SINGGAH]Kebaikan Soy Lecithin - Kurus & Minda
[JOM SINGGAH] Perlukan Vitamin ? Mungkin yang anda cari ada disini...
