^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label Pelansingan. Show all posts
Showing posts with label Pelansingan. Show all posts

Apr 27, 2012

Perlu Berlapar Untuk Kurangkan Berat Badan?


Sumber - ILuv Islam

Alhamdulillah, ini merupakan tips pertama yang ingin saya kongsikan selepas artikel pengenalan yang ditulis oleh saudara Im Koyube.

Moga-moga ia bermanfaat untuk anda semua yang ingin memiliki badan yang lebih sihat.
Pada suatu hari (pertengahan tahun 2008), saya menziarahi rakan-rakan yang dah lebih 5 bulan tidak jumpa. Mereka semua terkejut apabila melihat saya - kebanyakan mereka tidak dapat mengecam saya dengan pandangan pertama dan menurut mereka, kelihatan berat badan saya turun dengan banyak! Sebahagian daripada mereka pula sangat ambil berat akan kesihatan saya dan minta saya makan lebih sikit.

Saya rasa masih ramai yang percaya bahawa untuk turunkan berat badan, kita perlu berlapar, kurangkan pengambilan makanan sebanyak mungkin, 'skip meals' dan seumpanya. Hal ini dipanggil 'a starvation diet.' Sebenarnya, ia merupakan salah satu mitos dan salah faham dalam usaha kita menurunkan berat badan.

Apr 12, 2012

Masalah Kurang Berat Badan : Jangan Pandang Ringan




Ada yang bertubuh gempal dan ada juga yang kurus melidi hingga termasuk dalam kategori kurang berat badan. Tubuh yang kurus ditambah pula dengan tinggi lampai membuat anda tampak tidak seimbang dan tidak gagah perkasa.

Sebenarnya keadaan tubuh sebegini jangan dipandang ringan kerana masalah kurang berat badan boleh membawa kepada komplikasi beberapa penyakit.

Faktor Kurang Berat

Metabolisme yang tinggi (Metabolic disorder)

---------------------------------------------------------------
Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kekurangan berat badan. Ini disebabkan oleh kesan daripada Hyperthyroidism. Komplikasi ini mungkin terjadi secara semula jadi atau disebabkan komplikasi daripada penyakit-penyakit lain.

Ubat-ubatan
----------------------
Pengambilan ubat-ubatan juga menjadi punca berlakunya kurangnya berat badan. Ubat-ubatan ini tidak termasuk dengan ubat yang dicipta untuk menjadi kurus. Elakkan daripada mengambil ubat yang mengandungi stimulan. Ambil hanya jika perlu sahaja.

Penyakit kronik (sama ada didiagnosis atau belum)
----------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit kronik, anda berpeluang untuk mempunyai berat badan yang kurang. Antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis, sakit jantung, keradangan (pada sistem pencernaan), penyakit pada organ pencernaan, mempunyai parasit dalam pencernaan dalam badan, HIV atau AIDS.

Apr 9, 2012

3 Rahsia Membakar Lemak












Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?

1. Kurangkan beban semasa angkat berat

Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30% daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90% daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latiham pusingan terakhir.

Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolism berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.

2. Latihan anda!

Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih banyak membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal.

Kajian terbaru mendapati wanita yang kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10% berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

3. Pastikan perut yang sihat

Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10kg dan mengamalkan rutin kecergasan samada melakukan latihan kekuatan atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33% lemak degil yang meningkat.


Feb 27, 2012

25 TIPS NAK KURUS!

Bagi yang tengah mencari tips nak kurus badan ni, tidaklah susah mana, cuma nk kena usaha secara berterusan..baru nampak kesan nak kurus .
Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah jogging atau berenang.
Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;
3. Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.
4. Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.
5.Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
6.Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
7. Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
8. Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
9. Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet (Saya timbang tiap hari nak tahu berat saya caner...hehe)
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Feb 22, 2012

Kelebihan Berjalan Kaki

jalan-kaki-1
 Berjalan mampu mengawal berat badan dan membentuk tubuh supaya nampak menarik


Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.
 
Faedah berjalan kaki 

Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti

1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.

2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.

3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.

4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.

5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.

6. Mengekalkan kekuatan otot.

7. Mengurangkan risiko osteoporosis

8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.

9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.
 
Bagaimana untuk bermula? 

1. Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.

2. Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.

3. Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.

4. Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.

5. Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.
 
Teknik-teknik berjalan dengan betul

Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi. 

1. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain.  Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai. 

2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.

3. Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.

4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.

5. Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.

6. Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.

7. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.
 
Cara Mudah Untuk Berjalan 

Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.

1. Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju. 

2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.

3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja. 

4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.

5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.


Makan Untuk Meningkatkan Metabolisma?



Setiap hari anda mengira kalori. Setiap hari juga anda menyimpan kalori. Kemudian anda berusaha membakar kalori seberapa banyak yang anda mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jika anda seperti 67% wanita yang kurang berjaya untuk menurunkan berat badan secara berterusan,
 jawapannya adalah TIDAK. Ini disebabkan kerana anda mungkin tidak memahami apa itu kalori.

Sejak anda belajar mengenali kalori, anda telah diberitahu bahawa kalori ini adalah sama: samada anda makan 500 kalori kek atau 500 kalori lasagna, tubuh anda akan membakar atau menyimpan kalori secara purata bagi kedua-dua jenis makanan. Betul ke? Salah. Kajian sains menunjukkan bahawa apabila membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan.

Sebenarnya kalori adalah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan yang diambil. Tenaga dari makanan ini akan dihasilkan semasa proses respirasi berlaku. Apabila zat makanan bertindakbalas dengan oksigen di dalam sel badan semasa proses respirasi, pada masa inilah nutrisi terhasil dan seterusnya tenaga akan dihasilkan. Jumlah kalori dalam setiap makanan adalah berbeza sama sekali.

Sesetengah zat pada makanan yang sukar diserap ke dalam badan akan ‘bekerja lebih’ untuk dicernakan. Oleh itu tubuh badan memerlukan lebih banyak kalori bagi penghasilan tenaga seterusnya meningkatkan metabolisme. Dalam satu kajian di Jepun mendapati wanita yang makan makanan seperti ini mempunyai bentuk badan yang ramping berbanding mereka yang hanya makan makanan lembut dan paling mudah untuk dicernakan. Fiber dan protein adalah antara contoh makanan yang sukar dicernakan.

Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisma

Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
  1. Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.
Tubuh manusia akan menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa proses respirasi sebanyak 20% untuk metabolisme otak, dan selebihnya adalah untuk BMR (basal metabolic rate) organ dan tisu dalam badan. Penukaran tenaga kepada tenaga fizikal (mekanikal) adalah bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil dan jenis penggunaan tenaga fizikal harian anda.
Oleh itu anda perlu memahami definisi sebenar tenaga makanan atau kalori ini supaya kalori yang anda ambil setiap hari tidak melebihi keperluan harian anda. Malah, untuk mengurangkan berat badan, kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan.





10 Tip Motivasi dalam Diet

Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.

Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?


  1. ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga

    Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda.
  2. Pelaburan untuk kesihatan (gym)

    Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi.
  3. Secret admirer

    Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani).
  4. Baju-baju idaman

    Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.
  5. Model-model

    Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
  6. …one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago…
  7. Kawan baru

    Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.
  8. Pencapaian anda sendiri

    Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
  9. Bayangan masa hadapan

    Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?
  10. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’

    Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.
  11. Berasa semakin sihat

    Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.
- Artikel iluvislam.com




Jan 26, 2012

Di antara sebab kegagalan diet


Diantara sebab mengapa diet kita tak menjadi

1- Salah memilih makanan
Makanan yang diambil mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kita seharusnya lebih memberi tumpuan kepada makanan yang kaya dengan serat.

2- Keadaan sekeliling yang tidak menyokong
Di depan pagar pejabat terjual pelbagai juadah enak kuih muih dan pelbagai makanan lain. Ataupun terdapat lambakan makanan di pantry pejabat ataupun kawan-kawan pejabat selalu mengunyah sambilberbual. Ini akan mendorong anda untuk makan.

3- Keadaan sosial yang tidak menyokong
Ini lebih kepada keadaan persekitaran anda di rumah ketika bersama keluarga.Menemani anak makan sambil menonton TV, atau menemani suami minum petang ataupun pelbagai keadaan yang menyebabkan anda menjadi "teman makan"..

4- Kurangnya disiplin
Ini adalah masalah utama kegagalan diet dan hampir menjadi dalang kepada semua orang yang sedang menjalani diet. Kurangnya disiplin akan menyebabkankita terikut-ikut dengan keadaan semasa, malas bersenam dan sebagainya.

5- Kurangnya pengetahuan
Ini juga salah satu aspek penting kegagalan diet. Anda tidak tahu kalori dalam makanan, anda tidak tahu penyebab utama masalah kegemukan, anda tidaktahu tentang kadar metabolisme, anda tidak tahu tentang BMI dan sebagainya...

Jalan Penyelesaian Bagi Masalah Sendi... 
Alzheimer : cegah melalui supplement? 
Waktu badan melakukan detox  

Jan 15, 2012

Buah turunkan berat badan

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.



Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1.Limau gedang

Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.


Sumber: Berita Harian & Penerangan

Dec 28, 2011

5 Helah Untuk Mengurangkan Berat Badan


Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan?

1.Menghidu makanan

-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu.

2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda 

-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.

3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru

-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.

4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil

-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.

5.Ikat seutas benang pada bahagian perut

-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.

Sumber :  Artikel iluvislam.com

Suka Entry Ini? Ringakan Tanga utk Like yeah..Thanks in advance

Dec 27, 2011

Tip Untuk Langsing Dan Mengurangkan Berat Badan

BERIKUT adalah tip langsing yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan tubuh yang didamkan bagi wanita. Ia juga sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan..

Tip Untuk Langsing Dan Mengurangkan Berat Badan

Tip langsing 1: 
Potong buah-buahan yang anda suka dalam potongan kecil untuk menggantikan snek yang tidak sihat dalam diet anda.

Tip langsing 2: 
Pilih roti gandum penuh (ini bagi yang menggemari roti). Elakkan roti yg mengandungi gula atau keju yg banyak.

Tip langsing 3: 
Hindari makanan yang mengandungi lemak melebihi 10 peratus. Baca dahulu label makanan anda.

Tip langsing 4: 
Minum air secukupnya. Paling kurang 2 liter sehari bagi menggantikan kandungan air yang hilang sepanjang melakukan aktiviti seharian bagi mengekalkan suhu badan dan mengelakkan hidrasi.Kurangkan minuman bergas, bersoda dan bergula. Perlu juga minum air manis tetapi cukuplah sekali atau 2 kali sehari.

Tip langsing 5: 
Pastikan ada snek sihat antara makan tengah hari dan makan malam untuk mengelakkan anda mengambil makanan berlebihan.

Tip langsing 6: 
cari teman yang mempunyai matlamat diet sihat untuk brsama-sama mengamalkan diet. Ini akan memberi semangat dan mengekalkan momentum diet anda.

Tip langsing 7: 
Amalkan olahraga, senaman ringan setiap minggu. Paling kurang 3 kali seminggu. Bagus untuk mengekalkan berat badan ideal dan meningkatkan stamina serta menyingkirkan toksin dari bdan melalui proses perpeluhan.

credit

Suka entry ni ? Ringankan tangan anda untuk tekan button like yeah ! Thanks  

25 Tips Kuruskan Badan Kevin Zahri


Memilki badan yang kurus seringkali disalahtafsir sebagai “cantik”. Sebenarnya kita mesti mencapai berat badan ideal supaya “sihat”. Bila kita sihat, automatik kita akan kelihatan cantik, walaupun rupa tak ada macam Fazura pun. Apa kata orang tu, kecantikan bermula dari dalam.

Bila dalaman sihat, luaran pun ceria.
Tips kurus ni sesuai untuk mereka yang ‘obese’ atau overweight, bukan untuk orang kurus yang yang jadi melengking macam sesetengah model tu. Silap gaya bole kena bulimia pula.

Ini adalah tips yang dikongi oleh Kevin Zahri dalam blog beliau. Kalau tak kenal, Kevin adalah seorang model dan juga health & fitness instructor. Beliau juga ‘cikgu fitness’ untuk pelajar Akademi Fantasia. Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook beliau, Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

OK jom kita tengok apa petua Kevin Zahri untuk cepat kurus.

Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan?
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak)
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

 Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah
  5. Dapatkan suplemen multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

Bestnya Lecithin! Suplemen 'Pemecah' Lemak!

Testimoni Mengunakan LECITHIN.. Tak Perlu Kata Apa

Kelebihan berpuasa: Sihat, kurus dan cantik

Makan lecithin untuk kurus?


 Suka entry ni ? Ringankan tangan anda untuk tekan button like yeah ! Thanks 

    Tip Kurus: 4 makanan bantu kurus



    Anda mahu sihat dan menjaga berat badan? Di sini ada 4 makanan yang dapat membantu dalam program diet anda.

    TEH HIJAU
     
    TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

    Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.

    Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

    Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.

    LIMAU GEDANG


    BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.

    Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.

    Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

    Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.

    Cuka

    CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.

    Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

    Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).

    Pengarang buku, Khasiat Cuka - Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.

    Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.

    Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.

    HALIA

    SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.

    Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

    Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.

    Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

    Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

    Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/

    Lecithin Shaklee Membantu Saya Kembali Berkeyakinan

    Elakkan makan vitamin sebelum makan? Apa kesannya?

    Tiga Supplement Asas Untuk Mereka Yang Berdiet

    Fiber & Lechtin Shaklee pilihan bijak untuk diet sihat

    Dec 16, 2011

    Kegagalan Diet

    Diantara sebab mengapa diet kita tak menjadi

    1- Salah memilih makanan
    Makanan yang diambil mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kita seharusnya lebih memberi tumpuan kepada makanan yang kaya dengan serat.

    2- Keadaan sekeliling yang tidak menyokong
    Di depan pagar pejabat terjual pelbagai juadah enak kuih muih dan pelbagai makanan lain. Ataupun terdapat lambakan makanan di pantry pejabat ataupun kawan-kawan pejabat selalu mengunyah sambilberbual. Ini akan mendorong anda untuk makan.

    3- Keadaan sosial yang tidak menyokong
    Ini lebih kepada keadaan persekitaran anda di rumah ketika bersama keluarga.Menemani anak makan sambil menonton TV, atau menemani suami minum petang ataupun pelbagai keadaan yang menyebabkan anda menjadi "teman makan"..

    4- Kurangnya disiplin
    Ini adalah masalah utama kegagalan diet dan hampir menjadi dalang kepada semua orang yang sedang menjalani diet. Kurangnya disiplin akan menyebabkankita terikut-ikut dengan keadaan semasa, malas bersenam dan sebagainya.

    5- Kurangnya pengetahuan
    Ini juga salah satu aspek penting kegagalan diet. Anda tidak tahu kalori dalam makanan, anda tidak tahu penyebab utama masalah kegemukan, anda tidaktahu tentang kadar metabolisme, anda tidak tahu tentang BMI dan sebagainya...

    Sumber : Mcna 

    SHAKLEE LECITHIN!! Turun 15 KG dalam 2 BULAN

    Fiber & Lechtin Shaklee pilihan bijak untuk diet sihat

    Bestnya Lecithin! Suplemen 'Pemecah' Lemak!

     

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...