^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Mar 11, 2012

Khurafat Kekejaman Sihir


Semalam layan cerita TV9.. tengok lak pasal Khurafat kul 8.30 malam.. 
Tajuk nya mengenai SIHIR. Macamana orang yang terpelajar tapi sanggup menyihir orang lain..padahal sakit hati bab2 kecik jer tapi sayang akal pendek, tak boleh nak pikir apa yang baik dan apa yang tak elok.

Memang sungguh kejam, menyihir lak sampai lubang kubur. Apa nak jadi la zaman sekarang nie
Manusia nie tak pernah puas, ada sahaja perasaan hasad dengki, iri hati. & sebagai nyer yang berkenaan. Mohon jauh dari perasaan semua tu..

Bila tengok pasal nie semalam, betul2 membuat aku teringat kat arwah abah.
Keadaan nya sama macam yang ditayangkan kat dalam TV9.  Kita sendiri pun tak boleh nak paham & rasa kesakitan yang arwah abah alami. Kesakitan nya hanya pada waktu maghrib hingga ke subuh.  Kejadian nie betul2 time arwah abah dah nk pencen.Memang besar dugaan yang arwah alami. Kami sekeluarga redha dengan apa yang telah berlaku, tapi benda macam nie susah untuk dilupakan, tambahan lak ayah sendiri yang terkena.


Ya ALLAH, Engkau lindungilah kami sekeluarga dari perbuatan khianat manusia lain.

Search kat Internet, cara2 nak elak kena sihir..

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :- 
 
1) Al-Fatihah. 

[Gaya Hidup Sihat] Carotomax : Membantu Penglihatan
[Gaya Hidup Sihat] Seribu Satu Kegunaan Basic-H2

Feb 29, 2012

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)




[Gaya Hidup Sihat]10 kebaikan kalsium yg anda perlu tahu
[Gaya Hidup Sihat]Khasiat VIVIX : Kekal Sihat, Bertenaga dan Awet Muda

Feb 27, 2012

FIMA Family Day - Bukit Gambang


Baru sempat nk upload gambar-gambar kt Family day kat Bukit Gambang..huhu .. Atas nie tema baju Family Day tu..

 Hada dengan Jet Fighter nya.. suka la dapat main tu

 Nie lagi best.. main air kt Bukit Gambang.. Seronok amat sgt la.. sampai tak nak naik terus..


Dalam swimming pool, sama gak tak nak naik sampai sudah..

Feb 25, 2012

Pengajaran untuk semua..




Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...Buat kawan-kawan semua.... 
Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan...... atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu
Bila baca statement, perasan bercampur aduk.. takut, risau..semua ada.. Selama ini aku cuai dalam menunaikan amanat yang ALLAH telah kurniakan pada ku..
Ya Allah, Engkau lindungi Kami sekeluarga dari sebarang kecelakaan. 
Semoga Aku tabah menghadapi segala rintangan yang datang dengan redha. Amin
 

Protein berhasil untuk boost up susu ibu

Suplemen Kalsium Penyebab Sembelit! (Testimoni Pengguna GenkiMomma)

Ada bezakah setiap brand?

Feb 20, 2012

Kerja..oh Kerja





Kenapa la rasa penat sangat kerja kt FIMA nie.. Manager baru ok..Tapi tempat Manager kt Sub-FIMA @ FIMA Freight Forwarders Sdn Bhd memmang tenpat panas, selalu je bertukar Manager.. Yang paling cepat, kerja sebulan je.. Mr Nazri..


Tapi environment dan kena manage all driver yang otak pelik.. ada yang baik..kira ok la..
yang ikut kepala sendiri tak yah cakap..pening..penat..

Dari engineering, tercampak kat bidang logistic nie..Duk FIMA nie asyik kena campak ikut suka hati je..Nasib badan gini la..

Handle mesin2 lagi senang la kot berbanding nak manage orang yang susah ikut arahan kita nie.
Time2 mcm nie rindu kat kampung, nak balik kerje kampung tapi apa kan daya, rezeki tak menyebelahi lagi..

Ok la, nak balik main ngan syuhada lak..Harap2 syuhada pun tak merengek sgt la malam nie..
Macam mak tunggal pun ada, husband keje jauh. Everything kena handle sendiri..ALONE
Penat..Letih..Tapi Redha la..






Feb 19, 2012

Family Day FIMA




Pada aktiviti minggu lepas, masih berpeluang jugak untuk join Family day FIMA nie..
Lama juga stay dengan FIMA..nie tahun ke-3..tapi ini tahun ke -4 kerja dengan company FIMA nie
Bagi sesiapa yang minat dengan nak kerja dengan FIMABULKING GROUP nie --->> Klik pada nama kumpulan FIMA untuk info-->> Promote sket..big boss nya sgt xbest la..
nasib baik aku nie org biasa2 je,

Semalam baru sampai umah setelah 2 hari bercuti dekat Kuantan..
Tadaa... kat sini la kami ber FAMILY DAY untuk 2 hari nie.. Bukit Gambang Water Park  --->> ok la no bad. Bilik pun Best..Main Air pun Best sampai Syuhada tak nak naik2..

My Little Princess Syuhada main air tak ingat dunia..kalau boleh nk duk dalam air je
Kalau di angkat je nangis... budak2 lain xnk main air..tp syuhada sebalik nyer.
Di sebabkan semalam je baru sampai, tak sempat nk upload gambar Family day lagi..
Nanti tggu sambungannya.. tgk gambar2 main air lak..huhuh




Feb 13, 2012

Mana satu aku Vs Mcna ye.. cuba teka?? Hadiah Percuma Menanti Anda..

Balik kampung  masa cuti panjang maulidur rasul + thaipusam haritu.. dapatlah rehat2 kan minda sekali sekala balik kampung, jauh dari debu-debu, jem dan banyak lagi la.

Kebetulan gak 4Feb2012 tu, ada exam untuk Kemasukan Kastam Gred WK1-1
Exam je memanjang, ntah bila ada rezeki nak ada rezeki. Tapi aku percaya rezeki kita memmag dah ditetapkan pun.. apa2 pun, mencuba tu tak salah kan..huuhh

Sebenar nak bercerita tentang benda lain tapi benda lain lak keluar..ahah..
Tapi tak per, masa kat kampung ada la belek2 gambar..terjumpa gambar nie

Agak2 la..mana satu la aku nie???
Ni zaman kanak2 riang, re-capture balik, tu gambar blur je..
Cepat teka ye.. Ada Hadiah Menarik Menanti Anda..

Syarat Penyertaan..senang je
Tinggalkan komen anda dan nyata yang mana satu 
(Baju color apa, sebelah mana, wat description sket la)
Tinggalkan Email & blog anda utk dihubungi ye 
Tarikh tutup - 17 March 2012

Ni Masa umur 6tahun, Graduan PASTI tahun 1991

Feb 12, 2012

Aktiviti Hari Minggu..12 February 2012




Nie la aktiviti hari minggu lepas, niat nk pegi jogging kat Tasik Shah Alam. Jogging sambil ambik angin pagi dengan Hada.. Macamana la nak turunkan berat badan nie..berat makin naik je.
Hampir sejam jogging 1 around Tasik Shah Alam, planing pegi hantar kuih frozen umah abang.. kak ipar ajak gi jejalan & sambil air katPresint 9 Putrajaya.. utk kanak-kanak ribena je. Ini first sampai kat tempat tu, nama jer duk selangor nie tapi baru 2 kali sampai kat Putrajaya.. Jakun betol..hahaha



Tadaaa... nie la budak yang suka main air tu.. Syuhada. Kat sejam lebih, angkat naik terus nangis, nak main air lagi la tu.. Main air tu favorite dia.. Anak sape la nie Ehhh...
 

Nie sepupu syuhada, mula2 diorang takut nak main air.. Rumaisa & Nuqman

Feb 10, 2012

Hepi Besday..My Little Princess Syuhada





Dah lama berlalu, baru sempat nak update pasal besday Syuhada nie....huhu

Masa cuti maulidur rasul hari, balik kampung dan ada wat kenduri doa selamat sket untuk besday My Little Princess, dah cukup setahun 3 February 2012

Mami & Dedi doakan Syuhada membesar dengan riang ria.
Dan menjadi anak yang solehah.. AMIN

Nanti update lagi pasal besday celebration tu.. gambar tak sempat nk upload lagi. busy sket nya keje-keje ofis yang berlambak2 nie.. aduh..Penat + Malas - Tak Tau nk jadi apa??

Penawar Alergic

 Diabetis / Supplemen untuk pesakit kencing manis

Untuk Bakal Pengantin / Raja Sehari - Kecantikan itu bermula dari dalam.

Jan 30, 2012

2nd Anniversary



Pejam celik dah pun 2 tahun usia perkahwinan kami.. saya nk imbau masa awal2 kahwin lak..


nie gambar masa akad nikah 30 Jan 2010

Nie lak time umah belah laki - 31 Jan 2012

 Time jalan2 kat Langkawi.. 
Best gak kalau dapat gi sana lagi..huhu





Jan 29, 2012

Syuhada- Nak masuk setahun dah..

Semalam keluar jalan2, tiba2 teringat nk kena gi klinik ambil injection untuk setahun nya..
Iya, 2 Feb nie dah planning untuk balik kampung.  Kebetulan lak ahad nie public Maulidur Rasul, dan selasa Thaipusam lak. Memang cantik sesangat utk cuti, rehat kan minda yang tak berapa betol nie. Kan terlambat lak untuk inject, so ambik awal senang sket.

Timbang syuhada semalam, berat 8 kg jer, last inject masa berumur 6bulan, berat 6.7 Kg
Sepanjang 6 bulan tu, naik 1.3 kg je, tapi kira ok la lagi kan.
Ada gak peningkatan. Membesar dengan susu ibu plus makan & minum jus + madu..

Kejap je masa berlalu, nak masuk setahun my little princess nie - Syuhada.


Nie gamabar masa berumur sehari, 3Feb2011, dalam pukul 1000. 
Jauh beza nya dengan rupa sekarang nie.. sebiji muka Baba.. tapi tak per, orang kata sejuk sket kalau anak perempuan sama muka ayah kan. Harap2 gitu la.


Nie masa pegi jalan2 kt Tasik Shah Alam dengan Auntie n

Semalam badan syuhada panas sket, macam nak deman sket. Mungkin effect dari kena injection petang semalam la kot. Memang merengek la sket, menyusu je sepanjang nak tido tu..bila dah ok sket, mmg lena je tido.


Jan 28, 2012

Malang nya Nasib Hari..

Gambar hiasan dr Mr Google

Aku nie bukan jenis workaholic sesangat tapi terpaksa kerja pada hari sabtu nie sehingga sekarang pukul 2326.. aduh penat nya la..sakit kepala, sume penyakit dah menyinggah nie

Alahai, sian nya kat anakku, Hada terpaksa stay dengan pengasuh sampai lewat malam gini..
Maafkan Mommy sayang, terpaksa kerja..@ dengan kata lain kena standby kat ofis je untuk key in data in port system., So, senang nak communicate dengan colleague lain. . Apa punya operation clerk, cabut lari tapi kalau kerja hari ahad nak la.. Benci botol..tapi sabar je la.. KERJA


Malangnya la, nasib la jadi kuli orang.
Time2 gini la terpikir kalau kerja sendiri kan best..dapat duk kampung lak..takda la kena merantau jauh ke negeri orang..huhuhu ( sebenarnya takda jauh sangat kelantan dengan selangor tapi tetap dipanggil perantau. Orang duk Oversea sana lagi jauh)..

Testimoni cocoa collagen

Anda Nak Tahu Rahsia Vitamin B Compleks ? 

FAQ - Antara soalan-soalan yg biasa ditanya oleh pembeli.

Jan 27, 2012

Cepatnya Masa Berlalu



Pejam celik dah masuk setahun anak daraku sorang nie.. Tinggal berapa hari je lagi nak celebrate besday pada 3Feb2012. Selama setahun ni juga syuhada membesar dengan SusuIbu walaupun dah campur la sket masa umur 3 bulan dulu.. tak da kesedaran civik masa itu.. Anak sulung la katakan, takda pengalaman pasal breastfeeding..moga dapat teruskan penyusuan sehingga 2 to 3 tahun.
Al maklum je la susu sekarang nie agak mahal dipasaran.. Insyaallah Susu Ibu adalah yang terbaik.

Detail My Princess - Syuhada

Nama Penuh - Mazarina Amsyuhada Bt Amran ( Nama Ayah pendek je, nama anak panjang lebar)
D.O.B  - 03 February 2011; 0830
Tempat Lahir - Pusat Bersalin Az-zahra, Kuantan ( Tak Sempat nk balik Kelantan..sangkut kt umah akak kat kuantan..hahahha.. tarikh due 14 February 2011) Syuhada tak sabar2 nk mellihat dunia nie

Jom dapatkan info psl Breastfeeding kt SINI


4 Set Penyusuan yang sangat POPULAR !

Susu mula menitik sambil menunggu anak angkatnya lahir.

Jimat dan Sihat Kerana Susu Ibu

Zat besi, susuibu dan berat anak yang ideal.

Jan 25, 2012

Gambar2 Lama..

Bila belek gambar2 lama kat dalam PC nie.. jumpa pulak gambar time wedding nie.. Gambar dengan arwar abah lak tu.. sedih tertiba je.. 

YA ALLAH, kuatkan semangat hambu pun ini. Aku mohon Engkau lindungi la Kami sekeluarga dari perbuatan khianat dan hasad dengki sesama manusia.

Dalam ingatan selama-lamanya..




ALLAHYARHAM MOHD NAZIR B. ZAKARIA
01SEPT1951 - 13OCT2011

Hari ini hamper 105 hari, abah dah meninggalkan kami sekeluarga. Semoga kami semua terus tabah untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Semoga abah ditempatkan dalam golongan yang beramal soleh. Kami hanya mampu mendoakan kesejahteraan nya disana.. Semoga Abah tenang disana.. dan mendapat tempat disisi umat Nabi Muhammad S.A.W yang lain. 

Bila abah sudah tiada lagi, semua nya tinggal dalam kenangan. 

Setiap kali solat, aku menitiskan air mata, sedih, pilu bila mengenangkan arwah abah yang telah pergi buat selama-lamanya. Kami yang hidup ini, kehidupan seharian tetap perlu diteruskan. Kami redha dengan apa yang telah ditentu oleh Mu Ya ALLAH. Semoga kami semua terus tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Pada Mu jua kami bergantung, pada Mu jua kami kembali Ya ALLAH.

Ya Allah, engkau berkatilah hidup kami sekeluarga. Lindungilah ibu dan adik beradikku yang lain dari sebarang perbuatan manusia yang suka menganiaya, hasad dengki dan pelbaga. Kami redha dengan apa yang telah tetapkan oleh Mu Ya Allah.

Abah, kami sangat merinduimu. Semoga arwah abah tenang berada di alam yang lain dan berada dalam golongan beramal soleh. AMIN

Semoga Ibu ku tabah untuk menghadapi apa jua rintangan dan dugaan yang mendatang seorang diri tanpa arwah disisi nya lagi..

Dec 16, 2011

Hilangnya Kasih Ayah Sebagai Ganti



Sunyi sepi tanpa suara, malam yang sangat dingin memandangkan musim sejuk belum berakhir. Di atas sejadah cinta ini ku sujud menghadap-Mu Ya Allah dan di sini jualah tempat aku mengadu dan menagih kasih yang pasti.

Air mata ini bercucuran lagi, hati ku bergelodak menanggung beban perasaan yang tak mampu ku luahkan. Saat ku menadah tangan menagih simpati dan keredhaan-Mu, mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat ayah ku, aku terdiam lagi cuba menahan sebak di dada.

Namun apakan daya aku juga manusia biasa, biarlah air mata ini mengalir buat pengubat rindu. Dalam hati kecil ku, ku mohon ketabahan untuk meneruskan hidup. Ya Allah amat perit untuk ku telan ujian-Mu ini.
Selesai menunaikan solat, aku diam sejenak cuba mentafsir atas segala ujian yang aku hadapi. Sedar dan pasti akan hikmah pemergian ayah yang telah pergi hampir tiga bulan.

Banyak hikmah yang telah Allah berikan buat keluarga kami. Segala perubahan yang berlaku adalah yang terbaik. Alhamdulillah atas segala hikmahnya dan aku redha.
"Tuppp!!!!..."

Tiba-tiba hatiku bagai disentap kuat. Aku menangis lagi.

Ya Allah betapa Kau Maha Mendengar dan Maha Mengasihi hamba-Mu ini. Kenapa???

Sebenarnya fikiranku menerawang mengingat kembali saat aku berdoa di hadapan Kaabah semasa mengerjakan umrah pada Ramadhan tahun lepas. Bila difikirkan kembali, segala apa yang berlaku adalah berkaitan dengan pemergian ayah dan segala hikmah yang berlaku selepas itu.
Sememangnya kita tahu, banyak tempat yang termakbul doa. Semasa di hadapan Kaabah aku tidak melepaskan peluang memohon hajat yang telah lama aku simpan, betapa bersungguhnya aku akan perkara itu sampaikan aku siapkan senarai doa yang nak dibaca kerana takut terlupa.
2 antaranya adalah :
  • Ya Allah kau satukanlah keluargaku , saudara-maraku , jiran-jiranku (nama disebut satu per satu). Damaikanlah mereka Ya Allah. Lembutkanlah hati mereka Ya Allah. (pertelingkahan selalu berlaku antara saudara mara disebabkan permasalahan harta yang menjadi punca dan begitu juga salah faham antara jiran tetangga sehinggkan kami tidak bertegur sapa.)
  • Ya Allah ampunkan dosaku Ya Allah. Bukanlah aku menolak fitrah-Mu tetapi Ya Allah janganlah kau jadikan aku anak derhaka ke atas ibubapa ku hanya kerana persoalan jodoh. (Aku risau dipaksa kahwin oleh ibubapa. Memandangkan ayah adalah wali dan berhak memaksa aku kahwin, aku sangat risau akan menjadi anak derhaka jika menolak.)
Apa perkaitannya?
Sebenarnya doa aku termakbul lima bulan selepas mengerjakan umrah. Namun diambil sesuatu daripada aku sebagai pengganti. Suatu kehilangan yang kekal yang tak dapat dicari dan diganti iaitu insan yang aku panggil AYAH!!!
Segala doaku termakbul selepas pemergian ayah. Dia  mengambil kembali satu daripada nikmatnya dan memberikan aku seribu nikmat lain sebagai pengganti. Maha Adil dan Pengasihnya Allah.
Terkejut dan pilu hati ini, rupanya Allah mendengar rintihan hamba-Nya ini. Seribu hikmah disebalik ujiannya. Hubungan kami dan saudara mara pulih dalam sekelip mata dan begitu drastik, malah bertambah sangat baik. Dan aku kehilangan wali utama dalam hidupku.
Ya Allah aku syukuri atas segala ujian dan nikmat kurniaan-Mu. Redhailah dan damaikanlah hatiku, ibuku, adik-beradikku dan saudara maraku dalam menerima pemergiannya.
Jadikanlah segala ujian-Mu sebagai penguat iman kami. Tempatkanlah ayah di kalangan orang yang beriman. Ampunilah dosa-dosanya, jauhilah dia akan siksa kubur-Mu, terangilah kuburnya dengan cahaya-Mu, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah ilmunya, dan sedekah jariahnya sebagai bekalannya. Dan jadikanlah kami, sebagai anak yang soleh dan solehah sebagai pelaburan akhiratnya yang amat berharga. Amin.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Drqeina merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...