DALAM PERJALANAN KE MADINAH
Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah reda, rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah dan sahabatnya bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah dan sahabatnya itu telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah, “Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah seekor tunggangan ini”. Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu.
.
Jawab Rasulullah, “Ku ambil Dengan harga”.
Asma’ binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah dan Abu Bakr, beliau terlupa membawa tali pengikat untuk diikat bekalan tadi pada kenderaan baginda, akhirnya beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah lagi diikat semula ke pinggangnya, dengan itu beliau dikenali dengan “Zat al-Nitaqain ” yang empunya dua tali pinggang. Rasulullah bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya, bersama-sama mereka Amir bin Fahiirah, melalui jalan pinggir pantai mengikuti dalil penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqat. Arah pertama yang beliau tunjuk sebaik sahaja keluar dari gua itu, ialah ke arah selatan negeri Yaman, kemudian baru beliau mengalih arah menuju persisiran pantai, hingga apabila beliau sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, beliau mengalih arah ke utara menghampiri pantai laut merah, iaitu jalan yang tidak diguna orang kecuali jarang-jarang sahaja.
.
Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui Rasulullah di dalam perjalanan mulia ini. Katanya, “Sebaik sahaja dalil penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lama kemudian beliau membawa mereka rrtenyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah Asapan, kemudian baru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki al-Kharar, terus pergi ke Thaniya al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke al-Jadajid, lepas itu ke al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A’ada memasuki Ta’hn berlepas ke al-Ababid melintasi al-Fajah turun al-A’rj mengarah ke Thaniyah al-A’air di sebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn Ra’im akhirnya sampai ke Quba’.
.
Di sini diringkaskan beberapa peristiwa di dalam perjalan berkenaan:
.
1. Al-Bukhari meriwayat dari Abu Bakr al-Siddiq (r. a) dengan katanya: Pada malam itu, malah dari kelmarin lagi kami berjalan malam hinggalah rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun melaluinya, di suatu tempat kami menghampiri sebuah batu panjang ditepinya teduhan, di situ kami singgah sebentar, aku sediakan tempat, menyapu-nyapu dengan tanganku untuk Rasulullah berhenti dan tidur dengan menghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, “Tidurlah wahai Rasululllah dan hamba hendak memerhati yang di sekeliling man hamba ini”. Rasulullah pun tidur.
.
Kemudian aku pun keluar memerhati di sekeliling baginda, tiba-tiba aku bersua dengan seorang pengembala membawa kambing-kambingnya ke batu yang kami singgah, hendak berteduh seperti kami, ku berseru kepadanya, “Siapa tuan kamu, wahai pengembala?”. Jawabnya, “Yang ampunya ini ialah seorang lelaki dari penduduk Madinah atau Makkah. Kataku kepada lelaki itu, “Ada tak di antara kambing-kambing ini yang bersusu?”.
Jawabnya,
“Ya, memang ada”. Kataku, “Boleh tak kauperahkannya”. Jawabnya, “Ya,
sudahtentuboleh”.Beliaupun segera memegang seekor kamping betina. Kataku, “Hai, kau bersihkan uncang susunya dari tanah-tanah, bulu dan kotoran”. Lepas itu, beliau memerah susu ke dalam sebuah bekas, kemudian ku tuangkannya ke dalam bejana yang sedia ku bawa bersama ku untuk Rasulullah. Baginda meminum dan berwudhu’ darinya, ku pun bawa ke hadapan Rasulullah, keberatan untukku mengejutkan Rasulullah dari tidurnya itu, ini membolehkan daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi dingin. Setelah Rasulullah terjaga, aku pun segera meminta Rasulullah meminumnya, baginda pun meminum kesemuanya, kemudian Rasulullah bersabda, “Boleh tak kita bergerak sekarang ini?”. Jawabku, “Bahkan boleh, wahai Rasulullah”. Kemudian kami semua bergerak. .
.
2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang Rasulullah, beliau seorang yang dikenali sedang Rasulullah seorang yang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya, “Siapa yang dihadapan kamu itu?” Jawab Abu Bakr, “Itu penunjukjalan”. Orang itu menyangka yang dimaksudkan itu ialah penunjuk arah perjalanan, namun apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakr ialah penunjukjalan kebaikan dan kebenaran.
.
3. Suraqah bin Malik telah mengekori mereka dari belakang. Cerita Suraqah, “Ketika ku sedang duduk di dalam satu majlis qabilahku, Banu Mudlij, tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke majlis berkenaan. Beliau berdiri, sedang kami semua duduk, lalu berucap, “Wahai Suraqah, baru sebentar daku telah melihat lembaga hitam dipersisiran pantai, aku mendapati Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Kata Suraqah di dalam hatinya, “Aku tahulah mereka itu memang Muhammad dan sahabat-sahabatnya”.
.
Kemudian katanya kepada lelaki itu, “Mereka itu bukan Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yang kau lihat itu si Fulan dan si Fulan, mereka itu berjalan dalam pengawasan kami”. Daku duduk dalam majlis beberapa ketika, kemudian ku keluar dari situ dan suruh “perempuan suruhanku” iiupaya bawa keluar kudaku yang tertambat disebalik berlukar, sementara aku mengambil tombak dan ku keluar dari belakang rumah, dengan mengheret batang tombak di atas tanah dan matanya direndahkan, hinggalah sampai dekat kudaku, terus ku pecutnya, aku mengenali mereka itu dan menghampiri mereka, malangnya kuda aku terbenam kaki depannya ke dalam pasir, hingga aku terjatuh, setelah ku berdiri, ku membuat cabutan nasib dengan menggunakan anak panahku dengannya aku bersumpah di antara dua “membunuh mereka atau tidak”, cabutan nasib keluar yang ku tidak suka, namun aku melanggar sumpahan itu, sekali lagi kuda ku menghampiri mereka, memang dekat hingga aku dapat mendengar bacaan Rasulullah (s.a.w) baginda tidak menoleh ke mana-mana tetapi Abu Bakr kerap sangat menoleh ke belakang, sekali lagi kaki hadapan kuda ku terbenam ke dalam pasir hingga ke lututnya sekali lagi aku tercampakjatuh, ku mengherdiknya ia pun bangun, kaki depannya hampir-hampir tidak dapat dibawa keluar, namun setelah berdiri tegak semula tidak semena-semena kelihatan debu bercahaya di depan langit seperti asap, sekali lagi ku membuat cabutan dengan anak panah dan sekali lagi keluar yang ku membencinya, kali ini ku menyeru kepada mereka memohon keselamatan, mereka semua berhenti dan ku pun memacu kuda, ku menuju arah mereka hingga sampai ke hadapan mereka, kini terlintas di dalam jiwa ku dengan apa yang telah terjadi di mana tindakan ku itu semua terhalang adalah petanda kepada kejayaan urusan Rasulullah itu di masa-masa akan datang. Ku menyeru kepada baginda, “Kaum ku telah menawar ganjaran untuk sesiapa dapat menangkap Rasulullah”. Dan ku menceritakan kepada mereka apa yang hendak dilakukan oleh orang ramai, ku tawarkan kepada mereka bakalan dan barang-barang makanan, namun tak seorang pun yang mempedulikan, cuma apa yang mereka meminta dengan berkata, “Jauhilah dari kami”. Ku meminta Rasulullah menuliskan daku watikah keamanan, baginda menyuruh Amir bin Fahiirah, beliau pun tulislah ke atas sebidang kulit, setelah itu Rasulullah pun meneruskan perjalanannya.
.