Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Nov 14, 2012
Kepentingan Vitamin dan Mineral Sewaktu Tempoh Penyusuan
Khas untuk ibu yang sedang menyusu si manja.. jom baca kepentingan vitamin & mineral sepanjang proses penyusuan..
Sumber : PA&MA. Mac 2011.
Sep 27, 2012
7 Kebaikan yang boleh anda dapatkan setelah menangis
Hola!Siapa suka menangis?Siapa kata menangis tak berguna?Setiap yang dicipta oleh tuhan ada
kelebihannya!Jadi mari kita tengok apa kelebihan menangis!
7 Kebaikan yang boleh anda dapatkan setelah menangis.
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri.
7 Kebaikan yang boleh anda dapatkan setelah menangis.
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri.
Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh
membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi.
Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar
90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin
dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
Sep 11, 2012
Petua Mencantikkan Rambut
Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda petua untuk mencantikkan rambut. Kepada yang berminat, bolehlah baca dan cuba amalkan.
Petua untuk mencatikkan rambut.
Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
- Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah.
- Rebus serai itu sehingga mendidih
- Apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
- Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
- Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.
Jul 29, 2012
Jun 27, 2012
Apa Sebab Demam?
APA khabar
anda semua. Sihat? Diharapkan semua yang membaca berada pada keadaan
yang paling sihat. Tidak ada yang batuk, tiada yang sakit-sakit kaki,
tak ada juga yang demam.
Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda beberapa punca utama bagi simptom demam? Apa sebab-sebabnya ya?
Demam
adalah salah satu simptom utama yang sering kita alami. Hampir setiap
masa kita mendengar teman, jiran-jiran atau saudara-mara kita mengalami
gejala ini. Benar bukan?
Seseorang
itu boleh dikatakan mengalami gejala demam apabila suhu badannya
melebihi daripada suhu normal manusia iaitu 36.5-37.5 darjah celsius.
Peningkatan suhu ini adalah disebabkan oleh meningkatnya ‘regulatory set
point’ di dalam sistem tubuh kita, dan ini akan turut mengakibatkan
gejala lain seperti kesejukan, menggigil dan sebagainya.
Jun 26, 2012
Info Hamil : Kenali Perubahan Kulit Ketika Hamil
Perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan menyebabkan kulit
turut terkena tempiasnya. Dr Helena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakit
puan dan perbidanan dari KL Fertility& Gynaecology Centre, Kuala
Lumpur menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut.
Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.
Topeng Kehamilan/ Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.
Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.
Topeng Kehamilan/ Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.
Pandangan Kabur dan Pengsan Tanda Ibu Hamil Kurang Darah
sumber - PaMA
Ibu hamil ada kalanya boleh pengsan dengan tiba-tiba saja. Ketika
sedang berdiri di pejabat ataupun mungkin juga di pusat membeli belah
ada masanya ibu hamil mungkin berasa pening-pening disertai dengan
pandangan kabur. Tubuh juga terasa longlai hingga seterusnya menyebabkan
diri rebah dan tidak sedarkan diri.
Sekiranya berlaku di pejabat, anda mungkin boleh selamat kerana ada yang boleh memberi pertolongan, tapi bagaimana sekiranya anda sendirian di dalam lif ataupun ketika sedang menaiki tangga. Ia mungkin boleh membahayakan.
Penyebab utama keadaan ini adalah anemia atau kadar hemoglobin atau sel darah merah yang terlalu rendah (6g/100ml) sedangkan ukuran normal sekitar 12g/100ml. Tubuh seharusnya mendapat bekalan darah yang lebih banyak bagi mengangkut oksigen dan juga makanan ke janin.
Sekiranya volume darah anda tetap sama seperti sebelum hamil sedangkan jumlah darah yang ada dipakai untuk keperluan anda dan janin maka secara automatik volume darah jadi berkurangan. Akibatnya jumlah oksigen ke otak akan berkurangan dan anda akan jatuh pengsan.
Sekiranya berlaku di pejabat, anda mungkin boleh selamat kerana ada yang boleh memberi pertolongan, tapi bagaimana sekiranya anda sendirian di dalam lif ataupun ketika sedang menaiki tangga. Ia mungkin boleh membahayakan.
Penyebab utama keadaan ini adalah anemia atau kadar hemoglobin atau sel darah merah yang terlalu rendah (6g/100ml) sedangkan ukuran normal sekitar 12g/100ml. Tubuh seharusnya mendapat bekalan darah yang lebih banyak bagi mengangkut oksigen dan juga makanan ke janin.
Sekiranya volume darah anda tetap sama seperti sebelum hamil sedangkan jumlah darah yang ada dipakai untuk keperluan anda dan janin maka secara automatik volume darah jadi berkurangan. Akibatnya jumlah oksigen ke otak akan berkurangan dan anda akan jatuh pengsan.
Jun 6, 2012
Kelebihan Vitamin E utk kulit, kesuburan, ibu menyusu, & pelbagai lg - Jom Dapatkan dengan HARGA RUNTUH di mcna-health.blogspot.com
Kelebihan Vitamin E utk kulit, kesuburan, ibu menyusu, & pelbagai lg - Jom Dapatkan dengan HARGA RUNTUH di mcna-health.blogspot.com
Vitamin E adalah sejenis vitamin yang eksklusif. Ini kerana vitamin E adalah antioksida yang sangat powerful yang boleh larut dalam lemak di mana ia akan menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan imum sistem.
Apa lagi kebaikan Vitamin E ini?
- Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
- Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan kesan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
- Vitamin E juga boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
- Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
- Mengembalikan kehangatan hubungan intim antara suami isteri terutama yang mengalami kedinginan selepas melahirkan anak.
- Vitamin E adalah vitamin untuk kecantikan kerana dipercayai kesan penuaan dan pigmentasi yang berlaku adalah akibat dari radikal bebas dan pengoksidaan sel. Jadi dengan pengambilan anti oksida kita mencegah perkara ini dari berlaku.
- Vitamin E mengelak pertumbuhan sel tidak normal.
May 8, 2012
Kosmo Online : Ereksi petunjuk kesihatan
Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my
syalmizi.hamid@kosmo.com.my
PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira
dan yakin. - Gambar hiasan
|
SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.
“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.
Apr 27, 2012
Perlu Berlapar Untuk Kurangkan Berat Badan?
Sumber - ILuv Islam
Alhamdulillah, ini merupakan tips pertama yang ingin saya kongsikan selepas artikel pengenalan yang ditulis oleh saudara Im Koyube.
Moga-moga ia bermanfaat untuk anda semua yang ingin memiliki badan yang lebih sihat.
Pada suatu hari (pertengahan tahun 2008), saya menziarahi rakan-rakan yang dah lebih 5 bulan tidak jumpa. Mereka semua terkejut apabila melihat saya - kebanyakan mereka tidak dapat mengecam saya dengan pandangan pertama dan menurut mereka, kelihatan berat badan saya turun dengan banyak! Sebahagian daripada mereka pula sangat ambil berat akan kesihatan saya dan minta saya makan lebih sikit.
Saya rasa masih ramai yang percaya bahawa untuk turunkan berat badan, kita perlu berlapar, kurangkan pengambilan makanan sebanyak mungkin, 'skip meals' dan seumpanya. Hal ini dipanggil 'a starvation diet.' Sebenarnya, ia merupakan salah satu mitos dan salah faham dalam usaha kita menurunkan berat badan.
Mitos Tentang Jerawat & Kulit
Berikut kami kongsikan tentang 4 mitos berkaitan jerawat dan kulit :
Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.
Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.
Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.
Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.
Sumber - ILuvIslam
Apr 12, 2012
Masalah Kurang Berat Badan : Jangan Pandang Ringan
Ada yang bertubuh gempal dan ada juga yang kurus melidi hingga termasuk dalam kategori kurang berat badan. Tubuh yang kurus ditambah pula dengan tinggi lampai membuat anda tampak tidak seimbang dan tidak gagah perkasa.
Sebenarnya keadaan tubuh sebegini jangan dipandang ringan kerana masalah kurang berat badan boleh membawa kepada komplikasi beberapa penyakit.
Faktor Kurang Berat
Metabolisme yang tinggi (Metabolic disorder)
---------------------------------------------------------------
Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kekurangan berat badan. Ini disebabkan oleh kesan daripada Hyperthyroidism. Komplikasi ini mungkin terjadi secara semula jadi atau disebabkan komplikasi daripada penyakit-penyakit lain.
Ubat-ubatan
----------------------
Pengambilan ubat-ubatan juga menjadi punca berlakunya kurangnya berat badan. Ubat-ubatan ini tidak termasuk dengan ubat yang dicipta untuk menjadi kurus. Elakkan daripada mengambil ubat yang mengandungi stimulan. Ambil hanya jika perlu sahaja.
Penyakit kronik (sama ada didiagnosis atau belum)
----------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit kronik, anda berpeluang untuk mempunyai berat badan yang kurang. Antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis, sakit jantung, keradangan (pada sistem pencernaan), penyakit pada organ pencernaan, mempunyai parasit dalam pencernaan dalam badan, HIV atau AIDS.
Apr 9, 2012
3 Rahsia Membakar Lemak
Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?
1. Kurangkan beban semasa angkat berat
Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30% daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90% daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latiham pusingan terakhir.
Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolism berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.
2. Latihan anda!
Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih banyak membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal.
Kajian terbaru mendapati wanita yang kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10% berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.
3. Pastikan perut yang sihat
Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10kg dan mengamalkan rutin kecergasan samada melakukan latihan kekuatan atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33% lemak degil yang meningkat.
Credit - kevinzahri.com
Apr 3, 2012
Diet untuk kehamilan yang sihat
Kemaskinikan diet anda semasa kehamilan
Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.
Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.
Dua ratus kalori bersamaan dengan:
Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.
Dua ratus kalori bersamaan dengan:
- dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
- segulung kuih popia (tidak digoreng);
- tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
- sekeping keju dengan roti.
- Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
- Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
- Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Mar 28, 2012
10 Mitos dan Fakta Tentang Kesihatan Lelaki
Penulisan- Hidayat Shariff,
Beberapa mitos dan fakta yang menjadi tanggapan orang mengenai kesihatan lelaki. Fakta-fakta di bawah akan membetulkan tanggapan sebenar anda mengenai kesihatan lelaki.
1. Memakai topi atau menggunakan pengering rambut menyebabkan kebotakan.
Mitos: Tiada bukti yang menunjukkan penggunaan pengering rambut menyebabkan kebotakan. Paten keguguran rambut lelaki adalah disebabkan liang-liang rambut semakin mengecil menyebabkan rambut menjadi semakin pendek, halus dan akhirnya tiada rambut.
2. Lelaki yang memakai seluar dalam mempunyai lebih rendah bilangan sperma.
Walaupun terdedah dengan suhu yang tinggi secara berpanjangan mampu memberi kesan kepada bilangan sperma, bukti-bukti yang mengatakan memakai seluar dalam mengurangkan bilangan sperma adalah tidak konsisten.
[Gaya Hidup Sihat] Vitamin utk perkembangan pintar minda dan IQ kanak2 di setiap peringkat umur - Memadai peruntukan duit average RM25-Rm30 per month
[Gaya Hidup Sihat] Kesilapan Menilai Suplemen Vitamin
Mar 16, 2012
Jogging. Takut mati tapi tak takut Allah

Kita ni kalau doktor cakap pasal penyakit pasti takut dan ikut nasihat doktor, nak panjang umurlah katakan, biar lambat mati.
Doktor kata jalan 10,000 langkah setiap hari untuk elak penyakit jantung, obesiti dan kencing manis.
Walhal Nabi Muhammad SAW dah cakap lebih 1400 tahun dulu, jalan setiap hari 5 waktu ke masjid.
Doktor kata jalan 10,000 langkah setiap hari untuk elak penyakit jantung, obesiti dan kencing manis.
Walhal Nabi Muhammad SAW dah cakap lebih 1400 tahun dulu, jalan setiap hari 5 waktu ke masjid.
Mar 13, 2012
Rahsia penciptaan buah delima

Assalamualaikum warahmatullah,
Laman-Seri kongsikan rahsia penciptaan buah delima. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah SWT yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." (Surah al-Rahman ayat 68)
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
[JOM SINGGAH] Jom dapatkan Vitamin Penyusuan di LILKAISTORE..
[JOM SINGGAH]Tips Kulit Cantik
Avokado buah kaya nutrisi

BUAH avokado kini dipromosi menjadi sebahagian diet sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
BUAH avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.
[JOM SINGGAH] Pulihkan tekanan darah dengan Vitalea dan dapatkan tidur yang nyenyak dengan Ostematrix
[JOM SINGGAH] Petua Lama Menghilangkan selulit & Cara memerangikan Selulit cara Moden
Khasiat buah kranberi untuk wanita

Kranberi atau nama saintifiknya vaccinium macrocarpon bukan sahaja sedap dimakan, malah mempunyai khasiat pemakanan mahupun khasiat ubatannya yang tersendiri. Dikatakan bahawa pengembara Eropah yang menjelajah benua Amerika pada zaman dahulu boleh hidup dengan hanya berbekalkan buah kranberi kering dalam perjalanan mereka. Amalan ini menunjukkan bahawa mereka menyedari akan khasiat dan agen penyembuhan yang terdapat pada buah kranberi.
[JOM SINGGAH] Kekal Sihat, Bertenaga dan Awet Muda - Vivix Shaklee
[JOM SINGGAH] Beza Obimin dan Vita-Lea Shaklee
Mar 12, 2012
4 Fakta Mengenai Vitamin C
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)
1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.
1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.
2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.
Subscribe to:
Posts (Atom)


