^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook
Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Mar 20, 2012

Ajoi cari awek

Masa Ajoi di zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…

Satu hari dia masuk ke kelab.

Dia duduk sorang-sorang di bar..

Tidak lama kemudian dia nampak Sumardi bersama 5 orang awek-awek cantik di sekeliling dia.

Mereka duduk2 di lounge dan Sumardi kelihatan seperti seorang Raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.

Ajoi yang duduk sorang dan berfikir, bila agaknya aku boleh jadi macam dia?

Awek pun aku takde…

Semasa Sumardi sedang ke tandas, Ajoi menahannya dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?

Sumardi membisik ke telinga Ajoi: “Joi,ni gua nak bagitau lu…”

Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk di bar, lemparkan kunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang dengan sendirinya.

Ajoi menjawab: “tapi aku takde keta bro, aku ada kapcai jer…”

Sumardi: “Ko hanya perlukan kunci kereta jer.. tengok aku ada keychain kereta Jaguar..”

Ajoi: Ler…tu jer tektiknya.

Malam esoknya Ajoi dengan semangat membara masuk ke kelab, dia melihat Sumardi di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.

Ajoi berjalan menuju bar dengan muka confident giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.

Tapi tidak ada respon sama sekali

Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.

Tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.

Ajoi tidak faham..

Korang nak tahu jawapannya ???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sumardi akhirnya datang ke Ajoi dan berbisik: “Ajoi, lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu bro……..!!!

Sumber  -  kumbangjingga.blogspot.com

Mar 16, 2012

Maaf Tuan!

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.

“Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???”, sergah Kapten pasukan.

“Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!” balas penembak tu.

“Takpe… takpe… saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!” 

Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf  “Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!”.

Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah “Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!”

Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.

“Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!”

Suami Kedekut

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.

Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

“Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?” sambil menunjuk kedalam cermin…
“Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!”

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya, 

“Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?”

Isterinya tidak menjawab… dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.

Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..

“Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?” sambil menunjuk kedalam cermin…

“Itu adalah kepunyaanmu… dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !”

Feb 20, 2012

Nak Cerita Pun Malas


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

---- sumbangan: Mat





Feb 19, 2012

Panggilan Sayang Untuk Isteri




Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang… Manis… Cintaku… Sayangku…Kasihku… dan seumpamanya. Kamal memandang

Mizal dan berkata, “Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu.”

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, “sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu.”

sumber: gelihati.blogspot.com

Feb 15, 2012

Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator



Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

Sumber : Cerita Lucu

Sudu



Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

Sumber : Cerita Lucu

Feb 14, 2012

Lampu Suluh



Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih.Dan Doktor buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang.Maka Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab dengan baik saya benarkan Ahmad pulang..Kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi”

Terang Doktor pada Ahmad.

“Baik Doktor,saya sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor).


“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor pada Ahmad.

“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor.

“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad

“Mmmmm..Oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Kata Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan begnya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu pagar.

“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil Ahmad semula.

“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba

“Hmmm..Ahmad duduk sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.

“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.

Sumber - Cerita Lucu




Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : “Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?”

Suami : “Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya… secara spontan burung

kakak tua itu menyanyi Lagu Pop… Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula…





Isteri : “Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?”

Suami : “Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!”

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah…

Burung Kakak Tua : “SATU-SATU LAH… BODOH!!!”

sumber - cerita lucu




Jan 16, 2012

Orang Gila dan Matahari





pada kawan2 blog himpunan terbaik baca sampai habis tau.. mesti pecah perut punya

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa.


Orang gila 1 : (sambil naik atas meja) "Kamu tahu tak?"


Orang gila 2 : "Tahu apa?"


Orang gila 1 : "Aku nie matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"


Orang gila 2 : (dalam hati) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."


Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:


Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."


Dokter : "Kenapa?"


Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."


Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."


Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."


Doktor : "???"
Sumber : Keluarga Islam 

Beza Obimin dan Vita-Lea Shaklee 
Amalan Terbaik Untuk Mama Hamil 
VIVIX Adalah Jawapan Kepada Sinar Baru Dalam Hidup Anda, InsyaAllah - Tiada Sakit Yang Tiada Penawar, Kecuali MATI 

Jan 14, 2012

Ayam vs Kambing



Pada suatu petan,ayam telah bersiap-siap untuk ke rumah kambing, untuk mengajak kambing ke Bandar. Bila sampai di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Hai Bing, Apa kabar?

Kambing: Khabar baik Ya,! Wah! Bukan main lagi kau Yam, nak ke mana tu? Segak sungguh hari ni.

Ayam: Nak pergi karoke di bandar. Nak ikut Tak?

Kambing: Terima kasih je! Hari ni saya ada urusan sikit. Yam! Aku Tanya sikit boleh tak?

Ayam: Boleh apa salahnya?

Kambing: Ko ni memang smart dan bergaya, hensem pulak tu!

Ayam: Terima kasih (Ayam tersengih dan tersenyum apabila mendapat pujian dan kambing).

Kambing: Tapi! (Kambing tersenyum)

Ayam: Tapi kenapa? (Ayam terkejut)

Kambing: Ye la! Harap muka smart dan hensem je! Tapi tak pakai kasut! He! He! He! (Kambing ketawa)

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko tu lagi teruk!

Kambing: Aku teruk! Apesal pulak!

Ayam : Nampak macam alim. Ada janggut. Tapi suka tunjuk telur... macam orang sewel... Kah! Kah! Kah! (Ayam ketawa dengan kuat, tanda rasa puas hati)

Kambing: (Ayam ni aku tanduk baru tau – dalam hati)
Sumber : Keluarga Islam

Dec 31, 2011

Doktor Vs Pesakit Sakit Mental

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.

Doktor : “??$??”

Sumber: Cerita Lucu 

Perlukah kalsium tambahan dan yang mana patut dipilih?

Suppelement untuk anak anda

Kesihatan tulang jgn dipandang remeh..

 

 

Ehwan & 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: “Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya).”

Pak Romee: “Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan.”

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan…

Pak Romee: “Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).”

Ehwan : “hantar ayam? Beres Tuan !”

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran.

Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa …

Orang yg bertanya : “Bang, abang tak apa-apa kan… ? Kepalanya tak sakit kan?”

Ehwan : “Ha… ha… ha… !”

 Orang yang bertanya : “Bang, kenapa bang ?”

Ehwan: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…..”

Sumber : Cerita Lucu  

Set B beri kesan positif pada ibu yang menyusu

Nampak muda, cantik dan sihat?

Elakkan makan vitamin sebelum makan? Apa kesannya?

 

 

Salah Selipar

Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.

Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.

Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.

“Kenapa kamu tidak bawa seliparnya …..?!!”, kata bapa dengan susah hati.

“Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna…”

Sumber : Koleksi Cerita Lucu 

Set A untuk kesihatan Optimum lelaki dan perempuan

Kekayaan vs kesihatan... Ubat vs vitamin

Tips untuk elak anak senang sakit dan demam.

 

 

Dec 21, 2011

Kisah sebuah Handphone .



Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut...

Lelaki: "Hello?"

Perempuan: "Abang, ni sayang ni,"

Lelaki: "Emmm"

Perempuan: "Abang masih ada di kelab lagi ke?"

Lelaki: "Iya."

Perempuan: "Sayang sekarang ni ada kat shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru. Cantik bang. Boleh ke sayang beli?

Lelaki: "Berapa harganya?"

Perempuan: "Cuma RM1500.00 aje"

Lelaki: "O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"

Perempuan: "Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi low price. Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu."

Lelaki: "Berapa harga yang dia bagi?"

Perempuan: "Cuma RM280 000"

Lelaki: "O.K. Tapi pastikan harga tu dah on the road."

Perempuan: "Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

Lelaki: "Apa?"

Perempuan: "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu..Sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang berhadapan dengan pantai tu..Cantik kan bang.."

Lelaki: "Berapa harga yang mereka minta?"

Perempuan: "Cuma RM740 000...O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.."

Lelaki: "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga RM700 000. OK?"

Perempuan: "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You!!!"

Lelaki: "Bye... I Love you too... "

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup handphone..Sambil mengangkat tangan dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

Lelaki: "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"


Sumber : ZUAR



 Suka entry ni ? Ringankan tangan anda untuk tekan button like yeah ! Thanks 
___________________________________________________________________________

Dec 20, 2011

Seringgit Dan Lima Puluh Ringgit



Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”


Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik

STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,

M’sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..

Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..

Sumber: Geli Hati 

Kembalikan Keremajaan Wanita Dengan Cocoa Collagen !

2b Model BERKESAN MENURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 7 HARI DENGAN SELAMAT

SABUN PELANGSING BADAN ; K- BOTANIK

Jabar, Rumahmu Terbakar

Di sebuah kedai potong rambut, seorang pemuda sedang dicukur rambutnya. Tiba-tiba masuklah seorang pemuda lain yang kelihatan panik dan berteriak kebingungan, “Jabar, rumahmu terbakar. Ayuh cepat …!!”

Spontan pemuda yang sedang dicukur rambutnya tersebut segera bangkit dari tempat duduknya tanpa mempedulikan rambutnya yang belum selesai dicukur. Dia berlari bagaikan orang gila kerana panik. Setelah berlari sepanjang kurang lebih 1 km, tiba-tiba dia berhenti.
“Hey,” dia berkata pada dirinya sendiri, “Buat apa aku berlari? Namaku kan bukan Jabar”. Adui

Sumber : Geli Hati 

Kembalikan Keremajaan Wanita Dengan Cocoa Collagen !

2b Model BERKESAN MENURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 7 HARI DENGAN SELAMAT

Testimoni Pengguna - Sabun Susu Beras

Mertua Vs Menantu


Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja. Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”

Sumber : GeliHati

Khasiat VIVIX : Kekal Sihat, Bertenaga dan Awet Muda

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

AGEN TOPUP DIPERLUKAN YURAN PENDAFTARAN SEMURAH RM10



 Suka entry ni ? Ringankan tangan anda untuk tekan button like yeah ! Thanks

Dec 16, 2011

Kodok Ajaib


Pada suatu hari ada seorang pemuda yang pendek mahu menambah ketinggian. Dia pun pergi berjumpa dengan seorang petapa di sebuah gunung.

Pemuda : tuk, saya mau menjadi lebih tinggi, bagaimana caranya?

Petapa :Jika kamu mau menjadi tinggi, kamu harus bertapa di gunung everest selama 30 hari, kemudian akan ada seekor kodok datang kepada mu. kamu tanya padanya adakah dia mahu mengahwini kamu, jika jawapannya tidak maka kamu akan 10cm lebih tinggi,

Pemuda : bagaimana kalau kodok tu jawab ya?

Petapa : ah tak mungkin ada kodok mau kawin dengan manusia.

setelah itu dia terus ke puncak gunung everest dan bertapa selama 30 hari.Setelah 30 hari datang seekor kodok dan dia langsung bertanya dengan kodok itu

pemuda :”apakah kau mau menikah denganku?”

kodok:”tidak”

setelah kodok itu berkata “tidak” tubuh dia pun bertambah tinggi 10 cm tetapi dia tidak puas maka dia bertanya lagi

orang:”apakah kau mau menikah denganku?”

kodok:”tidak”

tubuh dia bertambah 10cm lagi tapi dia tetap tidak puas maka di bertanya lagi

orang:”apakah kau mau menikah denganku?”

kodok:”uuuuh!!!! berapa kali aku nak jawab, tidak,tidak,tidak,tidak,tidak……”

dan setelah itu tinggi orang itu=1000cm..

Sumber : Geli Hati

Agen Topup diperlukan

Rahsia Menjana Income dengan Prepaid.

Sabun SUSU BERAS

SABUN PELANGSING BADAN ; K- BOTANIK

 


 Suka entry ni ? Ringankan tangan anda untuk tekan button like yeah ! Thanks

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...