^^JOM SINGGAH^^

JOM SINGGAH on Facebook

May 8, 2012

Teknik Spontan Menggoda Suami Atau Isteri



1. Cuit-cuit
---------------
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, ok ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit
------------------
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggembirakan hati anda.

May 7, 2012

Samsung Galaxy S III is finally officially announced


Samsung Galaxy S III is finally officially announced
 
The Samsung Galaxy S III is finally here! After months of rumors and speculations Samsung has unveiled its 2012 Android flagship, aiming to combing beautiful hardware with top notch software and here is the final result.

The Galaxy S III spec highlights include:

- a 4.8 inch HD Super AMOLED display
- a 1.4GHz quad-core Exynos processor
- Android 4.0, Ice Cream Sandwich
- an 8MP camera with flash and no shutter lag
- a 1.9MP front camera recording HD video
- 16GB/32GB/64GB versions, memory expandable via microSD card slots (up to 64GB)
- 136.6 x 70.6 x 8.6 mm, 133g

The first letdown when we think about the earlier expectations is the lack of a Super AMOLED Plus display. Instead, Samsung opted for the good old PenTile matrix in a Super AMOLED HD screen. You can see how it fares against the competition in a screen comparison here. 

Under the hood, the SGS III is powered by a quad-core Exynos processor clocked at 1.4GHz. There's also a reworked GPU that Samsung says is 65% faster than the one in the Galaxy S II. We also know that the SGS III will support 4G LTE depending on markets, and the States, Japan and Korea are the ones getting the LTE Galaxy S III. This might mean that we have two hardware platforms in the handset - one for non-4G S IIIs and one for those with LTE on board.

The Samsung Galaxy S III will be available in Pebble Blue and Marble White initially. It packs a relatively big 2,100mAh battery.

But it's not just about the hardware, Samsung is trying to steal the show in software with some "natural interaction" additions as the company calls them. In a nutshell, Samsung wants to know what you're doing to tweak the experience accordingly. For example, it uses the built-in front facing camera to check whether your eyes are on the screen and keeps it bright.

Samsung has also responded to Apple's Siri with its own S Voice natural language processing application. We don't know the full extent of its functions, but what Samsung gives as an example is that when your alarm sounds off you can say "Snooze" to have the phone try to wake you up later on.

In terms of connectivity, there's NFC on board for both mobile payments and beaming up files short distance. For instance, Samsung has improved the Android Beam in its own S Beam app, which functions similarly.

The Galaxy S III release date is May 29th globally, and the summer for the US. Check out the official press release below for all the tiny details and let us know how you like what you see!

source: Samsung

May 6, 2012

Harian Metro : Perkosa murid tepi tangga


Oleh Arifin Salleh
hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.

Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.

“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.

Tips menjadi Jutawan


salam 1Dunia,

siapa yang tak nak jadi Jutawan kalau pun tidak masuk senarai top 20 orang paling kaya Malaysia sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Bukan mudah nak jadi Jutawan tidak seperti mengutip sampah tepi jalan. Kalau kita baca biodata top 10 richest men in the world pasti ada ciri-ciri yang sama yang menjadikan mereka insan yang paling kaya di dunia.

Selain mempunyai sifat-sifat seperti bangun awal, menepati masa, berdisiplin, kerja kuat ada satu ciri yang unik yang ada pada semua orang paling kaya di dunia dan di Malaysia. Hampir semua orang terkaya ini mempunyai yayasan yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan. Mereka mengeluarkan berbillion dollar peruntukan untuk yayasan mereka.

The Bill and Melinda Gates Foundation — which has been handed $31 billion of Warren Buffett’s money — has turned its considerable charitable funds to help poor farmers in Africa. – WSJ (11/12/11)
Di Malaysia ramai yang sedia maklum bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk membiayai berbagai projek membantu masyarakat. Adakah mereka semua ini yakin semakin banyak mereka memberi maka semakin banyak mereka akan dapat?

Mari kita baca firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang maksudnya :”Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui”

Juga firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 245 yang maksudnya : “Siapa yang meminjami (infaqkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”

Mungkinkah ini boleh dijadikan Tips menjadi Jutawan. Seandainya kita mengambil kira setiap infaq, sedekah atau zakat yang ikhlas di balas ALLAH SWT dengan dilipatgandakan seratus kali maka kalau hendak mengumpul 1 juta maka kita perlu memberi RM10,000, (RM10,000 x 100 = RM1 juta) dan jika inginkan RM10 juta perlulah memberi RM100,000 (RM100,000 x 100 = RM10 juta). Yang penting memberi dengan ikhlas hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu. Memberi mengikut kemampun sedikit-sedikit lama-lama terkumpullah RM10,000 atau RM20,000 atau RM100,000.

Yang pasti untuk menjadi Jutawan tidak datang sekelip mata dan perlu disertakan dengan usaha-usaha yang lain selain memberi. Selain daripada itu ALLAH SWT akan memilih manusia yang paling layak menjadi Jutawan kerana menjadi Jutawan juga adalah ujian besar daripada NYA kerana buka semua mampu memegang status Jutawan.

sumber - denaihati.com

May 3, 2012

Pantang Larang Melayu Lama Untuk Wanita Hamil



1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.


2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.


3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.


4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.


5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.



Petua Melayu Lama Untuk Memudahkan Bersalin



1. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempuh kehamilan.

2. Hampir bersalin, amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.

3. Amalkan minum air lebihan suami.

4. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.

Tazkirah Jumaat | Empat Kunci Kebahagiaan

Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak kongsikan kepada korang semua yang sering berkunjung disini satu hadis yang boleh menjadi panduan kita bersama.
tazkirah kredit google.com

Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!"
Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :

i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

Tazkirah Jumaat | Ganjaran Menahan Marah



Salam Hari Jumaat semua kepada yang beragama Islam,
Semoga hari ini anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan tenang hendaknya.. semoga berterusan begitu sepanjang hari..
i_love_sabar
Kredit : Google.com

Hadith: 

Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”

Huraian Hadith:
  1. Menahan marah adalah sifat yang baik dan dipuji.
  2. Menahan marah dan memberi kemaafan yang dijanjikan dengan ganjaran yang besar di sisi allah ialah yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu mampu bertindak, kerana memberi maaf, disebabkan lemah dan tidak mampu bertindak balas tidak ada nilainya di sisi Allah.
  3. Kekuatan jiwa dan peribadi seseorang akan terserlah dalam situasi-situasi yang mencemaskan dan boleh menimbulkan kemarahan, iaitu dengan menguasai diri dan menahan marah.
  4. Allah SWT memuliakan orang yang sabar menahan marah.
  5. Di antara ganjaran Allah di akhirat terhadap hambanya yang bersifat sabar ialah bidadari syurga.
Sumber rujukan dari : www.islam.gov.my
credit - myvitrd.com

May 1, 2012

13 Tip Perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus..!!!


TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS......

Suami isteri ibarat sebuah ikatan yang sangat tulus dan suci... Tetapi di sebalik ikatan itu, tersimpul berbagai jenis simpulan yang sukar untuk di ramal belitnya.. Begitulah juga ibaratnya sebuah perkahwinan yang kejap ada pasang dan dan sekejap ada surutnya.. Jadi Mari kita selongkar diantara Tips perkahwinan yang dinukilkan oleh  seorang ustaz siber yang agak famous sekarang ni.. Ustaz Azhar Idrus..!!


1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika RumahTangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merudum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
 
 

10 Kelebihan Insan yang Bergelar Ibu..!!


Kelebihan seorang ibu.. Kalau nak ikutkan kelebihannya bukan 10 aja..mungkin tidak terhitung dibuatnya...tapi kalini kita nak selongkar antara beberapa kelebihan seorang ibu itu...

Ibu...Syurga Dibawah telapak kakinya..

1. 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil

2. Wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.

4. Satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala

5. Wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, allah beri satu tahun pahala solat dan puasa

6. Wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya

7. Seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8. Seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya

9. Bila dia hiburkan hati anaknya allah beri 12 tahun pahala

10. Apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan allah mengangkat 1000 darjat.

** Kenangilah jasa mak dan ibu yang mengandungkan kita.. =)
** THANX MOM ♥
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...