Syurga menantikan orang-orang hebat untuk memasukinya. Tidak menjadi hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak melayakkan manusia untuk mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan kebahagiaan ini.
Kita melihat syurga, orang-orang yang sudah menempah nama di dalamnya adalah para nabi, sahabat-sahabat mereka dan orang-orang yang telah membenarkan janji-janji mereka kepada Allah.
Maka mereka ini semuanya orang-orang yang hebat. Mereka hebat dalam melawan nafsu mereka sendiri. Mereka hebat dalam menyebarkan kebaikan di muka bumi ini. Mereka hebat dalam mentaati Allah di dalam seluruh kehidupan mereka.
Bayaran syurga adalah kehebatan anda. Anda hebat sebagai seorang hamba Allah adalah alasan yang kukuh untuk anda melayakkan diri ke sana. Tanpa kehebatan sebagai seorang hamba, anda telah gagal untuk menempah syurga.
Gagal memasuki syurga pula adalah hasil yang terburuk bagi setiap keputusan. Gagal masuk ke syurga maknanya akan dibawa ke neraka.
Maka pilihan yang anda ada hanyalah pilihan untuk menjadi hebat. Tanpa pilihan ini anda sebenarnya telah memilih untuk tidak ke syurga.
Kerana itu binalah kehebatan anda. Orang Islam mesti cemerlang. Hari ini perlu lebih baik dari sekarang.
Hinggalah akhirnya anda akan menemui Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Sumayyah, Sayyidina Bilal, Imam Syafie, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain dalam keadaan anda mengetahui nama-nama ini semuanya adalah nama-nama yang hebat.
Menjadi hamba Allah yang hebat adalah alasan untuk anda bersama mereka.
"semakin kita nak jadi baik, semakin kuat ujian yang akan ditempuhi.
rempuhlah semua ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."
Sumber : http://www.iluvislam.com/
No comments:
Post a Comment